in ,

Nidji Bakal Adakan Konsert Sempena Pelancaran Album King of Soundtrack

Nidji adalah sebuah kumpulan yang berasal dari Jakarta yang telah ditubuhkan pada tahun 2002. Mereka merupakan sebuah kumpulan yang tidak asing lagi di rantau Asia ini. Nidji juga merupakan sebuah kumpulan yang amat popular dengan lagu-lagu hit mereka seperti ”Sudah”, “Hapus Aku”, “Laskar Pelangi” dan ”Biarlah”.

Nidji terdiri daripada 6 pemuda iaitu Giring Ganesha (vokalis), Andro (pemain bass), Run-D (pemain keyboard), Rama (pemain gitar), Ariel (pemain gitar), dan Adri (pemain dram). Populariti Nidji di Malaysia tidak dapat disangkal lagi dimana mereka pernah menjadi wajah MTV Asia pada tahun 2007 dan juga telah menghasilkan sebuah lagu runut bunyi untuk drama bersini “Heroes” yang bertajuk “Shadow”. “Heroes” merupakan sebuah siri televisyen yang berasal daripada Amerika Syarikat, hasil ciptaan Tim Kring yang telah ke udara pada 25 September 2006.

nidji

Siri ini mengisahkan tentang kisah beberapa orang individu istimewa yang menyangka mereka sama seperti individu-individu lain sehinggalah mereka bangun dari tidur dengan menyedari mereka mempunyai kemampuan yang istimewa seperti telepati, pengawalan masa dan terbang. Siri “Heroes” merupakan siri televisyen yang paling popular dikalangan dewasa yang berusia dari 18-49 tahun, dan menarik 14.3 juta penonton keseluruhan dan mendapat ‘rating’ tertinggi antara siri drama NBC dalam masa lima tahun.

[pullquote]Selain dari itu, pada tahun ini, Nidji juga telah diberi kepercayaan untuk membuat lagu runut bunyi yang bertajuk ‘Sumpah Dan Cinta Matiku’ bagi filem “Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck” iaitu satu produksi filem terbesar dalam sejarah Indonesia. Filem “Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck” ini juga telah mendapat kutipan box office.[/pullquote]

Lagu ‘Sumpah Dan Cinta Matiku’ juga telah mengangkat Nidji ke satu era yang lain dan mengukuhkan lagi empayar mereka.

Dan kini, Nidji hadir pula dengan album terbaru yang berjudul “King of Soundtrack”. Lagu ‘Sumpah Dan Cinta Matiku’ juga telah dimuatkan di dalam album tersebut. Album “King of Soundtrack” ini merupakan himpunan-himpunan lagu runut bunyi yang telah hasilkan oleh Nidji untuk beberapa buah filem di Indonesia seperti ‘Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck’, ‘5cm’, ‘Laskar Pelangi’ dan ‘Sang Pencerah’.

Album “King of Soundtrack” akan dilancarkan pada 7 Mei 2014 bersamaan dengan hari Rabu ini dan Nidji sendiri akan mengadakan konsert bagi meraikan pelancaran album tersebut. Kepada semua peminat Nidji, anda semua boleh menyaksikan konsert ini melalui YouTube live-streaming pada jam 8.30 malam di hari pelancaran tersebut.

Ini merupakan pautan untuk anda semua menyaksikan live streaming konsert Nidji.
www.youtube.com/musicastudios

Nidji

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aziz Sattar Meninggal Dunia

Sinopsis Drama Bersiri Masihkah Ada Cinta