in , , ,

Nicky Astria Bakal Lancar Album Retrospective

Lama betul tak dengar berita tentang penyanyi yang terkenal di era 1980-1990-an, Nicky Astria.

Kalau pembaca masih ingat, penyanyi rock dari Indonesia ini pernah melonjak popular dengan lagu Samar Bayangan. Rasanya lebih 10 tahun beliau meninggalkan dunia nyanyian semata untuk menumpukan pada rumahtangga menjadi surirumah sepenuh masa.

Sekarang ini, beliau yang kini berusia 46 tahun kini muncul semula di persada seni suara dengan sebuah album terbaru berjudul Retrospective.

Album ini dikatakan menjadi bukti kebangkitan semula penyanyi yang sudah lama menyepi ini.  Antara lagu yang terkandung ialah lagu baru Carry On, Bias Sinar, Cinta di Kota Tua dan banyak lagi.

Nicky Astria-001

Album Retrospective mengandungi 16 buah judul lagu dan menampilan tiga buah lagu baru. Selebihnya adalah lagu kitar semula yang dipetik daripada album sebelum ini.

Penyanyi yang berasal dari Bandung, Jawa Barat ini betul-betul teruja selepas mendapat lampu hijau untuk datang ke Malaysia bagi mempromosikan album Retrospective.

Beliau akui, motivasi daripada penyanyi senior telah membangkitkan semula semangatnya untuk kembali memegang mikrofon.

Bakal dilancarkan di Malaysia pada minggu ini, album ini pasti akan mengubati rindu peminat penyanyi bersuara serak basah ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Episod Akhir Drama Bersiri Miranda & Romi Cinta Julia

More Free Seats Until 8 June