in , ,

Nelydia Senrose Tak Suka Kisah Cintanya Digembar-Gembur

[dropcap]J[/dropcap]ika semalam kita dapat tahu Qi Razali akhirnya mengaku bercinta dengan pelakon Nelydia Senrose atau nama penuhnya Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen, hari ini pula kita dapat tahu dari mulut tuan punya badan, Nelydia Senrose pula. Walaupun Nelydia tak suka kisah cintanya dengan Qi Razali digembar-gemburkan namun, jauh di sudut hati wanitanya, dia rasa cukup dihargai dan gembira dengan pengakuan Qi Razali. Nelydia dihubungi oleh Portal Gua untuk mendapat ulasan lanjut tentang hal ini.

“Saya dapat tahu Qi buat kenyataan kepada pihak media dengan sendiri. Dia tak beritahu saya pun tentang ini. Bagaimanapun, saya tidak marah dengan dia. Sebaliknya, saya rasa dihargai dan gembira. Memanglah, kalau boleh saya tidak mahu kisah kami berdua digembar-gemburkan, tetapi Qi sudah pun buat pengakuan.”

Jelas Nelydia lagi, biarpun Qi bersikap lebih terbuka tentang hubungan mereka, namun dia tetap dengan pendirian tidak mahu terlalu bercerita tentang kisah-kisah peribadi.

“Biarlah pihak lelaki sahaja yang membuka mulut. Saya hanya boleh katakan perhubungan kami kini dalam fasa yang baru. Sebelum ini kami hanya rapat sebagai kawan. Saya dan Qi belum ada kepastian kerana jodoh pertemuan ini ditentukan oleh Allah, jadi tak perlulah hendak gembar-gemburkan sangat perkara ini.”

Dalam masa yang sama, Nelydia menafikan dia fobia dengan kisah percintaan Qi sebelum ini sehingga membuatkan dia mengambil pendekatan mendiamkan diri.

“Saya sebenarnya tidak suka dikaitkan dengan percintaan Qi sebelum ini. Apa yang berlaku di antara Qi dan Yuna sebelum ini tidak ada kena-mengena dengan saya. Saya tidak mahu ulas lanjut tentang perhubungan kami kerana saya memang seorang yang tidak suka hendak kecoh-kecoh tentang hal-hal peribadi. Saya lebih suka bercakap tentang kerjaya. Seandainya saya dengan orang lain pun, saya juga tidak akan bercerita secara terbuka.”

Sementara itu, Nelydia turut diminta mengulas tentang perancangan Qi yang tidak mahu menjalinkan percintaan terlalu lama dan sudah bersedia mendirikan rumahtangga. Adakah Nelydia bersedia untuk berkahwin di usia yang muda?

“Qi memang ada berbincang dengan saya tentang perkahwinan. Saya faham dengan situasi Qi kerana dia bukannya muda lagi. Dengan usianya sekarang ini (35 tahun), memanglah dia sudah berfikir tentang kahwin. Saya baru berusia 19 tahun dan masih belum menamatkan pelajaran. Kalau sudah tertulis saya akan berkahwin awal, saya akan kahwin awal. Saya serahkan semuanya kepada Allah. Kalau memang saya ditakdirkan menjadi isteri dia, saya pasti akan berkahwin dengan dia juga.”

Dalam perkembangan lain, Nelydia kini sibuk menjalani penggambaran drama ‘Syurga Tanpa Bidadari’ yang akan bersiaran di TV3 bermula 14 Ogos hadapan. Pada 17 Julai ini pula, Nelydia akan masuk ke set penggambaran ‘Setia Hujung Nyawa Raya’. Sumber: Portal Gua

Terbaru, wajah Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose tampil menjadi penghias kulit majalah Pengantin keluaran Julai 2013. Go grab it. Dan esok, 13 Julai, Sabtu, anda yang berada di Johor Bahru dan Singapura boleh datang ke Plaza Angsana Johor Bahru untuk menemui Nelydia di Bazar Seindah Ramadan anjuran TV3 dan TV9. Budiey pun turut berada di sana. See you all there ya.

Pengantin Nelydia Senrose

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ayah Dira Abu Zahar Meninggal Dunia

Daniel Craig Bakal Membintangi Filem James Bond Siri Ke-24