in , ,

Neelofa Dilantik Jadi Duta Rasmi Fashion Cosmetic AIRISH MIRACLE

Baru-baru ini, Budiey telah dijemput untuk menghadiri Pelancaran Airish Miracle. Hari tersebut merupakan hari yang bersejarah buat jenama produk kecantikan terbaru iaitu Airish Miracle, Fashion Cosmetic apabila berjaya melancarkan rangkaian kosmetik fesyen pertama milik mereka di Malaysia yang diberi nama Hemma Sakura.

Tak dapat dinafikan, kita dikelilingi oleh pelbagai jenama kecantikan tapi apa yang membezakan Airish Miracle ini dengan produk komersial lain ialah elemen fesyen yang diterapkan. Airish Miracle telah bekerjasama dan mendapat sentuhan jenama fesyen terkenal tanah air iaitu Bianco Mimosa yang bertanggungjawab membuat rekaan unik di setiap bungkusan.

Airish Miracle

Menteri Pelancongan & Kebudayaan, Dato’ Seri Mohamed Nazri Aziz merasmikan pelancaran.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Airish Miracle, Yang Berbahagia Dato’ Aizuddin Ghazali cukup yakin gabungan unik antara kosmetik dan fesyen akan menjadi fenomena baru di Malaysia.

Arish Miracle merupakan cetusan produk daripada saya kepada anda. Keunikan penggabungan kedua-dua elemen (fesyen & kosmetik) ini bakal menjadi fenomena bagi mereka yang mencari sesuatu yang baru dan unik.

Lebih menarik lagi, Airish Miracle telah melantik seorang selebriti yang cukup berpengaruh iaitu Neelofa sebagai duta kepada produk mereka.

“Saya dah amalkan produk ini kurang daripada setengah tahun sebelum bersetuju menjadi duta.

Muka saya memang tak banyak masalah tapi produk ini berkesan dalam mengekalkan kelembapan dan mengelakkan kekusaman kulit saya.”

– Neelofa

Kalau nak tahu, Airish Miracle juga akan mengembangkan sayapnya ke beberapa kota di luar negara yang menitikberatkan aspek fesyen dalam gaya hidup seharian seperti London, Jakarta, Hong Kong dan Singapura.

Airish Miracle
Airish Miracle
Airish Miracle

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelancaran Produk Airish Miracle Berlangsung Petang Ini

Filem RIBBIT Menang Anugerah di Niagara Integrated Film Festival 2014