Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Naz Habibur Rahman Hos Program Jom Ke Panggung



Ketahui Filem-Filem Terbaharu di Pawagam Dalam Program Jom Ke Panggung di TV2

Informasi terkini industri perfileman dalam dan luar negara dikongsi Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi sebuah program terbaharu “Jom Ke Panggung” yang telah pun menemui penonton sejak 14 Februari lalu di TV2.

Sepanjang setengah jam siarannya setiap Selasa, jam 9.30 malam, program yang disiarkan khas untuk kaki-kaki wayang mendapatkan informasi tentang filem-filem yang berada di pawagam ini menampilkan Naz Habibur Rahman sebagai pengacara lokasi.

Naz Habibur Rahman ... pengacara Jom Ke Panggung

Program ini mengetengahkan segmen-segmen menarik termasuklah Segmen Pecah Panggung, Projektor, Buletin Panggung, Anak Wayang dan Gosip Panggung yang bukan sahaja memperkenalkan penonton dengan filem-filem dalam negara sebaliknya juga menarik tumpuan penonton dengan paparan menarik aksi dan sedutan filem antarabangsa yang diyakini dapat menarik minat penonton ke pawagam.

Segmen Pecah Panggung berkongsi sedutan menarik filem-filem yang berada di pawagam antaranya filem Beauty and The Beast 3D, Ghost Rider : Spirit of Vengeance, The Iron Lady, The Descendents, Chantek dan Man On The Ledge.

Seterusnya mengisi segmen Projektor pula kisah di belakang tabir pengambaran sesebuah filem yang bakal disiarkan di panggung dan temu bual dilakukan bersama pelakon, pengarah dan penerbit filem yang telah dipilih. Antaranya segmen ini berkongsi menyingkap di sebalik tabir filem Gerimis Mengundang arahan Ahmad Idham yang menggabungkan pelakon dan lokasi sekitar Malaysia dan Indonesia. Kesempatan yang ada digunakan untuk menemubual pelakon Kamal Adli dan pasangan pelakonnya, Olivia Jensen yang antara lain bertujuan menembusi pasaran di kedua-dua buah negara.

Nantikan juga segmen Buletin Panggung yang menyumbang maklumat tentang filem bakal berada di pawagam selain temu bual turut dilakukan bersama pelakon dan pengarah filem yang dipilih.

Bagi penonton yang ingin mengenali dan mendekati tokoh-tokoh dalam industri seni negara kita, usah terlepas menyaksikan segmen Anak Wayang yang mengangkat profil seseorang pengarah / pelakon tanah air. Penonton bukan sahaja dapat berkongsi kisah kejayaan mereka sebaliknya dapat mengikuti sejarah dan latar belakang suka duka sebelum menempa kejayaan dalam bidang seni juga siapakah individu yang terlibat menjadi tulang belakang di atas kejayaan mereka.

Program ini diakhiri dengan segmen Gosip Panggung yang memilih seorang artis tampil dengan gosip yang melanda mereka. Namun ia bukan berlandaskan gosip semata-mata sebaliknya menyumbang kepada platfom menjelaskan situasi sebenar yang berlaku terhadap mereka dan pada masa sama membuka peluang kepada artis terlibat untuk mempromosikan filem terbaharu mereka.

Saksikan 13 episod program padat informasi arahan Johan Farhan ini hanya di TV2.

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Pengacara MyStarz LG Naz Habibur Rahman
  • MALAM PREMIERE FILEM CONGKAK DI SINGAPURA PECAH PANGGUNG
  • Joanne De Rozario, Zaini Ahmad, William Quah, Daphne Iking Dalam The Breakfast Show
  • Program Merakyatkan Filem Ombak Rindu
  • Sinopsis Teater Muzikal The Secret Life of Nora
  • Filem PENCINTA Arahan Khir Rahman
  • Dokumentari Profil Tun Sambanthan & Tunku Abdul Rahman
  • My Starz – Program Realiti TV Terbaru TV3
  • Program Khas Aidiladha di RTM
  • Konsert Idris Saidi & Orkestra Simfoni Kebangsaan di Istana Budaya



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK