in ,

Natasha Hudson & Carleed Terima Cahaya Mata Pertama

[dropcap]T[/dropcap]ahniah Budiey ucapkan buat pelakon Natasha Hudson atau nama Natasha Liana Hudson yang telah selamat melahirkan bayi perempuan sekitar jam 5.45 petang tanggal 22 April 2013 di Pusat Perubatan dan Bersalin UMRA, Shah Alam. Syukur alhamdulilah, segalanya selamat. Ini adalah anak pertama Natasha bersama Carleed. Kira dia dah ada dua orang anak. Terdahulu, Natasha dah melahirkan Nessa Helena yang kini berusia lima tahun, anak hasil perkahwinan sebelum ini.

[pullquote align=”right”]Natasha dan Carleed atau nama sebenarnya Khalid Kamal, 33, berkahwin pada April tahun lalu di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.[/pullquote]

Natasha telah mengumumkan berita gembira ini menerusi laman sosial Instagram. Aktres itu menerusi kenyataanya di Instagram juga bersyukur proses kelahiran berjalan dengan lancar dan dia berserta anaknya itu berada dalam keadaan sihat. Natasha juga tak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada keluarga serta peminat-peminatnya yang sentiasa mendoakan agar proses kelahirannya berjalan dengan baik.

Natasha telah dimasukan ke wad bersalin pada pukul 4 petang Isnin dan selamat melahirkan bayi pada pukul 5.45 petang. Isteri kepada Carleed Khaza itu bersalin secara normal tanpa sebarang suntikan ‘epidural’ mahupun ‘induction’.

Setakat ini pasangan itu belum mempunyai nama untuk bayi tersebut meskipun Natasha berkata dia suaminya telah pun memilih beberapa nama untuk bayi itu namun hanya akan menamakan anak mereka selepas tujuh hari kelahirannya.

Setakat ini, Natasha belum menyiarkan gambar anaknya yang baru lahir.

Natasha HudsonNatasha HudsonNatasha Hudson

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Butik Uniqlo Bakal Dibuka di KL Sogo

Filem Pecah Bakal Pecah Panggung?