in

Nasi Lemak Kopi O Anjur Adopt A Cat

Istimewa Ahad ini dalam Nasi Lemak Kopi O, sempena cuti sekolah, NLKO akan membawakan 30 ekor kucing comel ke Foyer Sri Pentas yang menanti keluarga baru untuk dijadikan ‘haiwan peliharaan’ mereka secara percuma.

Anda boleh datang ke Sri Pentas bermula dari jam 8-10 pagi Ahad ini untuk melihat kucing-kucing comel yang boleh dipelihara dan dijadikan sahabat kepada anak anda. Selain itu, setiap kucing ini turut diberi rawatan secara percuma oleh Dr Meow NLKO.

Jangan lupa, bersama pengacara Trio Ahad untuk memeriahkan Istimewa NLKO ‘Adopt A Cat’ pada Ahad ini 14 Disember di Foyer Sri Pentas.

Poster Adopt A Cat

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kem Cyberkids Maxis Cyberkids Challenge 2014

Oh My English Villa Isabellaaa