in

Nantikan Live Update ISTIMEWAH Budiey di London Bersama Ella

Seronok dan excited apabila dapat tahu Budiey diberi peluang untuk mengikuti rombongan Universal Music Malaysia bersama Ratu Rock Ella ke London untuk merakam muzik video terbaru ISTIMEWAH.

Selain ditemani pengurus yang juga kakaknya Jojie serta Peah, Ella juga didampingi oleh suami tercinta di dalam penerbangan MAS Airbus A380 ke Kota London mengikuti trip media bersama Ratu Rock Ella shooting muzik video terbaru ISTIMEWAH selama 5 hari dari 20 Mei hingga 26 Mei.

Selain rakaman muzik video Istimewah, Ratu Rock Ella Aminuddin akan mengadakan showcase ISTIMEWAH di Restoran Melur Malaysian Kota London. Kat London skrg ni tgh musim panas tapi sekali sekala ada angin sejuk terutama waktu malam.

Seramai 12 orang menyertai rombongan Universal Music ini termasuklah empat orang media iaitu Media Prima, Muzik-Muzik, Media Hiburan dan Budiey.com – Blog Sensasi Selebriti.

Nantikan liveupdate dari Budiey serta gambar behind the scenes pengambaran MV Ella di sana. Terima kasih banyak Universal Music Malaysia kerana sudi menjemput Budiey.com. Doakan semoga trip kami esok berjalan dengan lancar dan selamat pergi balik. See you guys esok pagi ya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sony Pictures PIXEL Celebrate PAC-MAN Ke-35 Tahun

Muzik Video Taylor Swift BAD BLOOD Featuring Kendrick Lamar