in ,

NANCY SIK, CHIN HAN DALAM FORTUNE COUPLE LONG FENG CHENG

SLOT GOLDEN PHEONIX :  FORTUNE COUPLE (LONG FENG CHENG), SETIAP ISNIN HINGGA JUMAAT, JAM 7.00 PETANG DI TV2

Jika anda peminat setia drama bersiri yang mengetengahkan seorang chef sebagai watak utamanya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi slot tontonan ramai, Golden Pheonix menghadiahkan anda Fortune Couple (Long Feng Cheng), setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 petang di TV2.

Fortune Couple, 33 episod yang membariskan pelakon Nancy Sik, Chin Han, Kristy Zhang, Patrick Teng, Yan Kun, Zoe Yin, Zhou Ming Shan dan Zhang Shao Hua ini mengisahkan watak Long Jian Tong baru bersara dari jawatan Ketua Chef di Restoran Min Chuan yang sudahpun dipegangnya selama 30 tahun. Long Jian Tong terkejut apabila mendapat tahu orang yang akan menggantikan tempatnya adalah adik segurunya iaitu Zeng Li. Mereka pernah bergaduh 10 tahun yang lalu kerana satu resipi yang ditinggalkan tok guru mereka. Zeng Li kemudian telah berhijrah ke US untuk memperkembangkan kerjayanya.

Kepulangan Zeng Li bukan sahaja membuatkan Long Jian Tong berasa kurang senang hati, bahkan berita yang disampaikannya membuatkan Long Jian Tong betul-betul terkejut. Rupa-rupanya anak sulungnya, Long Yi telah berguru dengan Zeng Li tanpa pengetahuannya. Long Jian Tong berasa marah kerana selama ini dia mengharapkan anaknya menjadi seorang mahasiswa yang berguna, bukannya menjadi chef sepertinya. Lalu Long Jian Tong memaksa Long Yi pulang ke US untuk menyambung pelajarannnya, jika enggan, Long Jian Tong mengugut akan memutuskan perhubungan anak beranak mereka berdua. Bagaimanapun, Long Yi enggan menuruti arahan ayahnya, dia berkeras mahu meneruskan impiannya menjadi seorang chef. Ini membuatkan hubungannya dengan Long Jian Tong menjadi tegang.

Zeng Li mula berkerja di dalam restoran, dia mengambil keputusan melantik Long Yi menjadi chef utama bagi menggantikan tempat murid Long Jian Tong, ini membuatkan pekerja-pekerja lain berasa tidak puas hati. Long Jian Tong lalu menasihatkan anak muridnya itu supaya meletak jawatan dan mengikutnya berkerja di restoran stimbot yang dibuka oleh anak murid sulungnya. Akan tetapi, tanpa disangkanya, restoran stimbot anak muridnya itu berada di tingkat atas restoran stimbot yang dibuka oleh adik segurunya, Jiang Mei Feng.

Jiang Mei Feng pernah bercinta dengan Long Jian Tong suatu ketika dahulu, tetapi percintaan mereka tidak berkesudahan kerana Long Jian Tong telah mengahwini perempuan lain. Tindakan Long Jian Tong itu telah mengecewakan hati Jiang Mei Feng, jadi apabila Jiang Mei Feng mendapat tahu restoran Long Jian Tong berada di tingkat atas restorannya, dia segera mengeluarkan protes dan menghalangnya menjalani perniagaan yang sama dengannya. Long Jian Tong akhirnya terpaksa melepaskan perniagaan stimbot dan beralih ke masakan lain.

Anak perempuan sulung Jiang Mei Feng, Dong Dong merupakan seorang yang kedekut, dia menolong ibunya menguruskan restoran stimbot, tetapi imejnya agak selekeh. Walaupun Dong Dong suka memasak tetapi dia tidak mempunyai deria bau. Dong Dong terasa serasi dengan Long Yi selepas berkenalan dengannya, ini disebabkan mereka mempunyai satu masalah yang sama iaitu susah berkomunikasi dengan ibu bapa mereka.

Long Yi mendapati dirinya tidak berkeupayaan untuk menyandang jawatan Chef Utama di restoran kerana masih kurang berpengalaman. Long Yi cuba mendapatkan tunjuk ajar daripada anak murid ayahnya tetapi Long Jian Tong pula sengaja menyuruh anak muridnya menyusahkan Long Yi agak dia melepaskan impiannya menjadi tukang masak. Walaupun begitu, Long Yi dapat menerima segala cabaran yang dikeluarkan oleh ayahnya dengan penuh gigih dan sabar.

Ketika Long Jian Tong dan Jiang Mei Feng mengenang kembali kisah cinta lama mereka, hubungan Long Yi dan Dong Dong juga menjadi semakin intim. Dalam masa yang sama, anak perempuan Zeng Li tiba-tiba muncul di muka pintu rumah Long dengan berbadan dua, Long Jian Tong sangkakan kandungan itu adalah zuriat Long Yi lalu memaksanya mengahwini anak perempuan Zeng Li dengan segera. Zeng Li amat marah apabila mendapat tahu anak perempuannya mengandung tanpa bernikah. Ketika anak perempuan Zeng Li hendak beranak, Long Jian Tong meneman di sisinya, ini membuat Zeng Li merasa hutang budi terhadapnya.

Zeng Li bersaing dengan Long Yi demi merebut gelaran Ketua Chef Persatuan Masakan Chuan. Siapakah yang berjaya menyandang jawatan itu? Lalu bagaimana pula kesudahan cinta lama antara Long Jian Tong dengan Jiang Mei Feng apabila anak-anak mereka turut merancang untuk berkahwin? Justeru usah ketinggalan menyaksikan Fortune Couple (Long Feng Cheng), setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 Petang di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip: Elyana dan Ally Iskandar Dating Bercinta?

ASYIKFM MERIAHKAN JIS PAI DENGAN MALAM GERENTI ASYIK