in

Najwa Latif Terima Anugerah Bakat Muda Selangor 2011

Najwa Latif Terima Anugerah Bakat Muda Selangor 2011

Sabtu lalu, 19 Ogos 2011, Najwa Latif telah melakarkan sejarah baginya kerana telah memenangi Anugerah Bakat Muda Selangor ketegori solo bahagian Muzik, selain Najwa, finalis lain pada malam itu ialah Amanda Imani dan Amirah Ali. Tahniah kepada semua. Bagi ketegori kumpulan pula di menangi oleh kumpulan Bunkface. Selain menerima anugerah, Najwa juga membuat persembahan pada malam itu dengan menyanyikan lagu popular beliau “Cinta Muka Buku “Dan” Carta Hati”.

Menurut Najwa, anugerah ini sangat bermakna buat dirinya ditambah pula hari yang sama lagunya menjuarai Carta 30 Hotfm yang turut di umumkan pengacara Majlis malam itu Keiran dari Hotfm. Najwa membawa pulang wang tunai sebanyak RM 3,000 berserta trofi dan sijil. Beliau juga bersyukur Muzik videon rasmi “Cinta Muka Buku” kini sudah mencecah 1.5 Juta view yg baru di muat naik 2 bulan. Tahniah Najwa!

Lagu single pertama beliau “Cinta Muka Buku” kini mulai diputarkan di corong-corong radio tempatan.

Najwa

Najwa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV9 Anjur Raudhah Di Hatiku

1 Juta Money Drop Astro