in ,

Nabila Huda Mengaku Sayang Johan As’ari

Nabila Huda Mengaku Sayang Johan As’ari. Sejak dari mula mereka berdua digosipkan kononnya bercinta, baik Nabila mahupun Johan masing-masing lebih senang mendedahkan yang mereka berkawan baik. Pun begitu baru-baru ni kecoh di laman sosial Twitter berikutan pengakuan Johan As’ari yang menyatakan rasa sayangnya terhadap Nabila Huda.

Nabila Huda Johan Asari

Sementara itu menurit Nabila di sebuah laman hiburan, Nabila memberitahu yang dia terkejut apabila membaca tulisan berkenaan. Malah kata pelakon yang mesra disapa Abil ni berkata dia tahu luahan Johan itu ikhlasb terhadapnya.

“Saya membacanya dan saya terkejut sangat. Apa yang ditulisnya bermaksud dia ikhlas pada saya kerana dia tahu saya juga ikhlas dengannya. Apa yang ditulisnya juga, itulah yang berlaku antara kami. Dia memang sayangkan saya dan kami saling menyayangi sebagai seorang kawan yang baik. Saya bersyukur kerana dia menghargai saya. Saya banyak mengajar dan berkongsi banyak perkara dengannya.”

Dalam pada itu, Nabila juga menyatakan apa yang terjadi hari ini sesuatu yang cukup besar dan bermakna buatnya.

“Susah nak ungkap tentang perhubungan kami. Saya hanya ikut ketentuan atau dalam erti kata lain ‘just go with the flow’. Doakan sahaja hubungan kami menjadi,” ungkapnya dalam nada ceria. Nabila Huda Mengaku Sayang Johan As’ari

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dalam Bersiri Baitul Rahmat Sepanjang Ramadan

Undian SMS Drama Dejavu Di Kinabalu