in

Nabila Huda Kini Jadi Penjual Gincu

Selain berlakon, nampaknya Nabila Huda sekarang dah jadi usahawan. Nak jadi penjual gincu katanya. Sesuailah dengan gaya dan imej beliau yang sentiasa memakai gincu berwarna garang. Kadang-kadang, memang warna yang digunakan tu, merah sepekat-pekatnya. Tidak dinafikan Nabila Huda adalah ikon fesyen yang bertaraf fashionista. Jadi, tidak hairanlah kalau beliau cukup cenderung untuk menjadi penjual gincu.

nabila-huda-ask2013

Terbaru, Nabila Huda dah pun melancarkan koleksi gincu terbaru dengan jenama Mariposa iaitu Butterfly.  Sesuai dengan nama gelaran beliau di Instagram iaitu Kupu-Kupu. Gincu berwarna merah itu hanya dikeluarkan dalam 1,500 unit sahaja. Dua jenis warna yang digunakan sangat menarik dan sesuai dengan remaja serta wanita masa ini.

Ramai yang selalu bertanyakan kepada Nabila, tentang jenama gincu yang digunakan dan kini, Nabila Huda dah pun mengesyorkan kepada peminat beliau agar menggunakan gincu keluaran beliau sendiri yang cukup eksklusif dan yang penting, harganya berpatutan.

Kepada anda yang berminat nak beli, apa kata usha je Instagram Nabila Huda ya. Kat situ ada info macamana nak beli gincu Nabila Huda.

Selamat maju jaya kita ucapkan kepada Nabila Huda!

Pelakon Ariana, Rose, Nabila Huda

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Yang Menariknya Shopping di IKEA Cheras?

Lagu WRITING’S ON THE WALL Sam Smith Dikritik Hebat?