in

Nabil, Rozita Che Wan, Fouziah Gous Slot Senda Pagi

Slot Senda Pagi: Pangkin Atok – (10 Episod) Setiap Selasa dan Rabu, jam 10.00pagi, mulai 10 Ogos

Jangan lepas kan peluang untuk “mari dengar cerita dari Atok. Atok ada macam-macam cerita…” Saksikan keletah mencuit hati bagaimana seorang datuk mengajar dan membimbing 2 orang cucu kesayangannya dalam mendalami ibadah puasa, amalan lain yang dituntut agama dan perilaku yang baik berdasarkan cerita-cerita dongeng masyarakat dan kisah teladan daripada sejarah Islam sendiri.

Pelakon: Kaza, Maimon Talib, Mohd Izuan Fikri, Joey Daud, Fiza Elite

Slot Senda Pagi: Goyang Shafik – (13 Episod) Setiap Rabu dan Khamis, jam 11.00pagi, mulai 5 Ogos

Masih ingatkah anda pada watak Seha daripada “Kuih Goyang Seha” tahun lepas? Kali ini, Seha kembali menghiburkan dengan kisah menarik dan keletah lucu yang lebih tertumpu pada adiknya, Shafik, yang baru sahaja memulakan perniagaan “Kuih Goyang”nya sendiri.

Dapatkah Shafik memenuhi perminataan pembeli yang begitu banyak memesan kuih goyangnya yang cukup laris menjelang Hari raya? Adakah Shafik bersedia menyahut cabaran tersebut demi mengembangkan perniagaan yang dibinanya dan sekaligus melupakan hasratnya untuk mengahwini kekasih “Bollywood”nya?! Dapatkan jawapannya dengan mengikuti kisah Shafik pada bulan puasa nanti…

Pelakon: Nabil, Rozita Che Wan, Fouziah Gous, Eizlan Yusuf, Fadilah Mansor, Fimi Don, Maisarah

Slot Senda Pagi: 5 Rencah 5 Rasa – (4 Episod) Setiap Ahad, jam 5.00petang, mulai 15 Ogos

Pernahkah anda cuba memasak dengan hanya menggunakan 5 rencah? Menampilkan Chef Sher Sen, ikuti siri menarik ini untuk mengetahui rahsia 5 rencah utama dalam pelbagai resipi lazat dan mudah disediakan! Hidup akan bertambah relaks dan dapur pula tidak menjadi kotor dengan pengamalan konsep 5 Rencah 5 Rasa!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ahmad Fedtri Yahya Hos Dari Masjid Ke Masjid

Drama Syurgamu Ramadan