Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Nabil Raja Lawak Bintang Paling Popular ABPBH 2008



Nabil Bintang Paling Popular ABPBH 2008

GENTING HIGHLANDS: Bakat baru, Ahmad Nabil Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Nabil, dipilih sebagai Bintang Paling Popular pada majlis kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, yang berlangsung di sini, malam ini.

Nabil, 26, yang meraih 127,524 undi, meraih gelaran itu selepas mengetepikan saingan empat artis lain yang mendapat undi tinggi iaitu Mawi yang menerima 55,080 undi, Datuk Siti Nurhaliza (29,676), Aznil Nawawi (18,864) dan kumpulan Meet Uncle Hussain (11,784).

Nabil memenangi hadiah utama kereta Nissan Sylphy 2.0L berharga RM109,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, barang kemas Rafflesia bernilai RM150,000 tajaan Rafflesia The Pearl Centre serta pakej penginapan bernilai RM8,000 tajaan Palace of the Golden Horses, selain trofi.  

Beliau yang baru setahun bergiat aktif dalam industri hiburan tempatan selepas muncul juara Raja Lawak Astro musim kedua tahun lalu turut meraih kemenangan dalam dua kategori lain iaitu Artis Komedi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular.

Trofi Bintang Paling Popular 2008 disampaikan Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Hishamuddin Aun, pada majlis kemuncak ABPBH 2008 di Arena of Stars, di sini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Anthony Firdauz Bujang dan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Manja Ismail.

Majlis gilang gemilang itu turut disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio Hot FM. Lebih 5,000 penonton hadir mengikuti acara berkenaan bertemakan “Sentuhan Tenun” yang berlangsung selama lebih dua setengah jam.

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada Raja Pop Malaysia, Jamal Abdillah sebagai mengiktiraf sumbangan dan jasanya dalam bidang seni suara dan perfileman tanah air selama 30 tahun.

Sementara itu, Mawi yang sebelum ini pernah merangkul gelaran Bintang Paling Popular selama tiga tahun berturut-turut termasuk pada ABPBH musim lalu, mempertahankan gelaran Penyanyi Lelaki Popular.

Mawi mengekalkan kemenangan empat tahun berturut-turut dalam kategori itu dengan menewaskan saingan terdekatnya, Aizat, selain Nubhan, Amy Search dan Adam.

Siti Nurhaliza terus mengekalkan reputasinya sebagai Penyanyi Wanita Popular apabila berjaya memenangi gelaran kategori itu untuk kali ke-12 selepas mengetepikan Stacy, Mila, Elyana dan Jaclyn Victor.

Aktor Que Haidar buat pertama kalinya memenangi gelaran Pelakon Filem Lelaki Popular dengan menewaskan Rusdi Ramli, Rosyam Nor, Saiful Apek dan Farid Kamil, manakala Maya Karin merampas semula gelaran Pelakon Filem Wanita Popular sesudah musim lalu gelaran itu diraih Fasha Sandha.

Rosyam mempertahankan gelaran Pelakon TV Lelaki Popular, iaitu kali kelapan dimenanginya sejak ABPBH 2001, sementara Dynas mengekalkan kemenangannya dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular.

Kumpulan Meet Uncle Hussain dan kumpulan nasyid Rabbani masing-masing memenangi kategori Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular dan Artis Nasyid Popular, manakala juara Akademi Fantasia 6, Stacy menang gelaran Artis Baru Wanita Popular.

Pelakon drama, Norkhiriah membuat kejutan apabila kali pertama namanya dicalonkan pada ABPBH berjaya membawanya meraih hadiah Artis Komedi Wanita Popular.

Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular, masing-masing dimenangi Faizal Ismail dan Fara Fauzana, kedua-duanya mewakili Hot FM. Fara turut berjaya mengekalkan kemenangannya sebagai Pengacara TV Wanita Popular.

Aznil turut berjaya mengekalkan gelaran Pengacara TV Lelaki Popular buat kali ketujuh.

ABPBH 2008 ialah edisi ke-22 penganjurannya oleh Berita Harian, iaitu acara yang menggabungkan pengiktirafan berdasarkan undian peminat untuk artis di negara ini dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran. [sumber]

Nabil masa menang Raja Lawak…

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008
  • Gambar Kad Kahwin Nabil Raja Lawak
  • Gambar Hazama, Farhan & Leez AF @ Raja Lawak Final
  • Siri Komedi HUA… HUA… HUA Lakonan Nabil Raja Lawak dan Saiful Apek
  • Video Nabil Peluk Irma Hasmie di Anugerah Bintang Popular 2008
  • Gambar Kekasih Nabil Raja Lawak
  • Video Persembahan Nabil di Final Maharaja Lawak Akhir
  • Gambar Mitsubishi Lancer Evolution 10 Milik Nabil Raja Lawak
  • Gambar Baju Shaheizy Sam Untuk Anugerah Bintang Popular 2011
  • Nabil Jawab Isu Selalu Ke Rumah Irma Hasmie



  • 23 Komen untuk entri “Nabil Raja Lawak Bintang Paling Popular ABPBH 2008”

    1. hafiz kata:

      Alhamdulillah…Nabil menang….
      hmmmm MAYA KARIN pun…DAN DYNAZ…yahoo…yahoooo…
      hehe….DAN yang paling DIVA…iaitu Dato SITI NURHALIZA…tahniah diucapkan…kerana 12 tahun berturut2…sangat LUAR BIASA PENCAPAIANNYA…dan sebak tengok dato CT menangis tadi…sangat sedih…sabar DATO CT….

    2. Wanna Idrisam kata:

      ABP kali ini persembahan YANG AKU RASA BEST secara JUJUR dan IKHLAS…SITI NURHALIZA….aku tak tau laa knp..sebab CT nih tak pernah tak buat yg terbaik…dia punya PERSEMBAHAN mcm lain dari yang lain..mcm BILA time die nak buat PERSEMBAHAN…satu keluarga aku duduk DEPAN TV…nak tengok…mcm aura die nih sgt berkesan…mak aku kata TENGOK dari sinaran MATA die ikhlas dan jujur…dan TAHNIAH CT serta DYNAZ

    3. Britney Spears kata:

      TAHNIAH WAT SITI NURHALIZA SBB MENANG 12 KALI BERTURUT2!
      HEHE.. PERFORMANCE SITI MMG BEST! POWER!
      HOPE DA MENANG WANITA POPULAR KT ABP BLEH LAGI DPT UTK VOKAL WANITA TERBAIK KT AIM.. HEHE..
      LOVE U SITI!
      WE WILL SUPORT U 4EVER!
      UCAPAN SITI MMG BEST, IKHLAS, SEDIH PUN ADE.. HUHU..
      >tahniah nabil sbb menang artis plg popular dan berjaya kalahkn mawi serta meletakkn siti artis paling popular yg terbyk! hehe.. <

    4. Jun kata:

      Wah..Tahniah..Anugerah tu mmg layak untuk dye
      moga abg. Nabil terus berjaya and x lupe diri

    5. june kata:

      rezeki nabil…

    6. zf kata:

      tahniah pd tok ti.mmg xde sp dpt pecah rekod mng 12x..pd nabil tahniah tp jgnle lpe diri plak.yg aku xkenan smlm ble tgk nabil cam terlebey sudaa.sori dude bkn nk kate pe tp pe yg aku nmpk part die ngn irma mmg xsesuweila sbb live maa…

    7. Reee kata:

      Tahniah tuk nabil…minat dgn kejujuran n slumber nabil…wat datok siti, farah n sume korang memang mantap seyyyyy!!!!!!! hehe ske tgk nabil n irma… muga bahagia…

    8. aten_zone kata:

      wah, suka nabil menang besar mlm nie dan dapat kalahkan mawi..
      hope jgn lupe diri ek.. suka lawak dia..

      kak siti mmg layak menang tuk kali ke12 sebb xrasa ada orang dapat kalahkan dia.. dan sedikit sebak dgr ucapan dia smlm..

      dan plg suka FF dapat kekalkan kemenangan dia dlm 2 kategori tue.. mesti Fun Corner gembira kan?? hurm..

    9. Ntahla.... kata:

      ..TAHNIAH…kpd semua pemenang2 ABPBH semlm…terutamenya kpd Nabil…tahun ni mmg tahun kau bro..hrp2 kau x lupe diri walaupun ade insiden yg ‘x d jangke tu’…x sobar tul kau ni Bil, hehe…

    10. zaza kata:

      memang menang besar lah nabil ni… undian mawi tak sampai separuh pun undi nabil….suka aku si nabil ni menang…melopong la mawi..saat kejatuhan dah hampir….berhati2 la mawi jgn ikut sgt bini ko tuh…tu salah satu sebab org dah tak kagum ngan ko…

    11. shin chanz kata:

      skenye ak..antr artis feveret ak mng spt nabil,dynas,q haidar,norkhiriah,aznil,fara…ske sgt tgk q dgn linda,nmpk so romantik..heheh..jeles ak..

    12. LOVECT kata:

      TAHNIAH KPD CT COS MENANG PENYANYI WANITA POPULAR 12 TAHUN BERTURUT2…….SEBAK DENGAR UCAPAN SITI…TKPE SITI,KAMI SEMUA,PENYOKONG SITI AKAN TERUS BERADA DI SAMPING CT…LUV U CT…HIDUP CT!!!

    13. pemerhati kata:

      alhamdulillah akhirnya dpt anugerah juga c norkhiriah ne! Dia ne mmg best apa je watak dia cuba n sgt berkesan. Saya mmg harap dia menang la sbb minat sgt kat dia ne.. Dia ne pun salh sorg artis yg berpelajaran jugak. Btw tahniah lh ye norkhiriah n Nabil

    14. bleumoon kata:

      Aku plg teruja tgk faizal tahir performed & persembahan dato ct mmg superb.. Mmg dia plg lyk utk vokal trbaik dan mmg spatutnya anugerah popular d berikn kpd mrk2 yg trbaik. Belated congrats to dato ct, nabil, nurkhiriah, dynaz n meets uncle husein..

    15. Ann kata:

      Memang sebak..jadi, time orang tua masih hidup dengar lah nasihat dan cakap mereka..time dah takde nanti tak guna dah nak sedih2.

    16. mimiy kata:

      dato ct punya penampilan pun sopan dan cantik…harap2 di kekalkan

    17. othman kata:

      Tahniah mawi sebab menang penyanyi lelaki popular selama 4 tahun berturut-turut. Aku rasa tahun depan Nabil tak akan menang lagi, sebab dia ni bukannya popular sangat, ramai orang masih tak kenal dia. Kelakar yang dia buat pun tak berapa lucu. Filem lakonan diapun tak meletup. Tahniah juga untuk Tok Ti dan Pak nIl

    18. rini kata:

      bgs la nabil menang sbb bleh kalahkn si sawi tu! hehe..
      yg penting siti stil the real winner!
      berjaya cinpta record yg susah nk beat! hehe.. :p

    19. sue_ain@kk kata:

      tahniah tok dato ct n nabil..ske sgt tgk penmpiln dato ct,tp kalu dato ct pakai tudung tutup penuh lg cntik..@;-

    20. louis v kata:

      tahniah sgt2 wat siti nurhaliza sbb berjaya pertahankn penyanyi wanita popular sbnyk 12 kali berturut2!
      tahniah gak wat nabil sbb menang artis paling popular!
      SAWI DA LAYU…….. LEH BUANG DLM LONGKANG JE. HEHE.. :p

    21. Loly kata:

      tahniah kat Nabil..sk lawak dia,spontan..tekejut dia ikut cara jamal besajak..hahaaa..n tekejut gak nabil terr peluk irma..hahaaa..hrp korang bahagia ek..Gud Luck Nabil!

    22. miya kata:

      tahniah utk nabil i love you…..

    23. mariya kata:

      Tahniah Nabil.I love yu..

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK