Nabil Mat Despatch Juara Raja Lawak Musim Kedua
TUAH MAT DESPATCH
Tahniah Nabil! Anda memang layak menyandang juara Raja Lawak! Walaupun dikatakan Nabil mengalami demam panas di saat akhir, namun segala masalah tidak menjejaskan persembahan. Semacam sudah dapat diduga bekas Mat Despatch dan mekanik separuh masa ini bakal merangkul hadiah lumayan sang juara. Nabil berjaya membawa pulang sebuah kereta Nissan Latio (Sedan 1.8 Auto), wang tunai RM10,000, pakej percutian serta trofi. Tagline Lu Pikir La Sendiri juga rasanya sudah menjadi ikutan dan sebutan ramai.

Dengan memperolehi majoriti undian SMS sebanyak 77% mengalahkan Charm yang mendapat 19% undian dan NX3 yang hanya mendapat 4% sahaja, Nabil antara peserta kegemaran semenjak Gelanggang Raja Lawak pertama lagi. Menurut sumber, undian kali ini meningkat sebanyak 2 kali ganda berbanding pada musim lalu. Budiey rasa, ini berikutan daripada undian penonton yang begitu suka dengan gaya lawak Nabil yang dikatakan akan meletakkan nafas baru dalam stand-up comedy di Malaysia.

Nabil ternyata menggunakan ruang sepenuhnya untuk membawa karakter dracula yang menggunakan slang Chinese. Keunikan yang ditampilkan, penceritaan selamba dan lancar tersusun, senang difahami, penuh sinikal dan gurauan sinis, pedas tapi masih berlapik, mesra dengan mnida penonton dan padat dengan pengajaran mesej yang berguna… itulah kelebihan anak negeri Sembilan ini.
Nabil yang kelihatan tinggi lampai ini menerima ijazah lulus cemerlangnya dalam Raja Lawak kali ini. Pada Budiey, antara juara terbaik pernah dicipta oleh gelanggang lawak ini kerana Yus yang menjadi juara pada musim lepas tidaklah sehebat Nabil. Berbanding dengan Johan dan Zizan, Yus telah tenggelam dan jarang ditampilkan di Astro sendiri. Mengapa ini berlaku? Sudah tentu kerana semua ini atas pilihan penonton sendiri atau pihak Astro sendiri yang mahukan Johan dan Zizan lebih menonjol dari Yus.
Nabil telah mencipta wilayahnya sendiri dengan keyakinan yang dibina dengan graf yang semakin menaik setiap minggu. Malah Budiey rasa, pelawak yang terkenal sekarang ini pun tidak mampu untuk melakukan stand up comedy seperti mana Nabil. Budiey kita, Nabil bijak melakukan improvisasi dalam setiap cerita sehingga membuatkan penonton senak perut menahan ketawa.
Tidak dinafikan, macam penonton lain, Budiey rasa masa yang diberikan untuk Nabil tidak mencukupi sebab penonton mahukan lagi dan lagi dari Nabil. Kalau diberi peluang Nabil berlawak sejam pun saya nak dengar. Ketika di sidang media, Nabil mengatakan inilah kali pertama beliau mendapat gelaran JUARA dalam pertandingan. Nabil bersyukur sebab diberi peluang ini dan dia tak mengharapkan apa yang tidak pasti sebab rezeki Allah boleh diberi dan diambil balik. Dari situ, Nabil begitu humble sekali. Nabil juga tidak pernah ambil tugasan dengan sambil lewa dan cuba melakukannya sehabis baik.

CHARM TEMPAT KEDUA
Tempat kedua dimenangi kumpulan Cham yang meraih wang tunai RM8,000, pakej percutian dan trofi. Grup duo yang disertai oleh Muhammad Nizamudin Ahmad dan Asrul Zaidi Jamaluddin merupakan antara finalis yang sebenarnya berpengalaman dalam bidang lakonan. Asrul pernah menjadi pelakon tambahan dalam teater muzikal dan menjadi penyampai di Suria FM manakala Nizam pula pernah berlakon dalam satu sitcom. Mereka berjanji akan menggunakan platform Raja Lawak untuk membina semula karier sebagai pelawak dan bidang seni yang lain. Ini kerana mereka juga ada bakat dalam bidang nyanyian.
Charm ketika di pentas lebih tenang dan bersahaja. Secara spontan mereka bijak menarik perhatian penonton dengan gelagat mereka. Nampak mereka lebih selesa dengan gaya mulut dan percakapan yang rasa saya sudah pun dibuat oleh pelawak terkenal.

XN3 TANGGA KETIGA
XN3 (sebut = No Entry) yang hanya mendapat 4% undian SMS hanya mampu berada di tangga ketiga dan membawa pulang wang tunai RM5,000, pakej percutian dan trofi. Kumpulan yang terdiri dari Mohd Fadhil Mohd Nasir dan Norazhar Buyong ini kurang membina patch line yang kukuh untuk membuatkan penonton lebih selesa dengan lawak mereka. Kekemasan cerita tidak selari lantaran ada bahagian ada yang membosankan. Budiey rasa bosan dengan lawak yang diulang-ulang. Mereka kelihatan tidak all out untuk melakukan yang terbaik.

SHOW & TUGASAN
Persembahan dimulakan dengan intro lagu We Will Rock You versi parodi dan beberapa lagu yang menampilkan kesemua peserta untuk musim ini. Dua tugasan diberikan kepada finalis iaitu tema bebas dan tema ‘Inilah Cerita Saya’.
Selepas ini, Astro akan menerbitkan The Best of Raja Lawak yang menampilkan 3 finalis untuk setiap minggu.

ZIZAN & JOHAN PENYELAMAT
Budiey juga ingin mengucapkan tahniah buat hos Raja Lawak musim ini iaitu Zizan dan Johan kerana telah berjaya menghidupkan suasana dengan lawak-lawak spontan mereka. Meskipun ramai yang mengatakan mereka berdua ini terlalu over dan interprem kepada finalis yang lain, namun Budiey rasa itu sudah tanggungjawab mereka untuk memanaskan pentas dengan lawak sebegitu untuk tidak membosankan penonton.
OVER RUN?
Penganjuran hanya target untuk bersiaran selama 2 jam setengah sahaja namun, seperti biasa program final sebegini akan berlanjutan lebih satu jam. Tidak ketinggalam, Zaibo, Enot dan Harum Salim Bachik juga memberi peranan penting dalam memberi garis panduan kepada penonton dalam menentukan siapa yang terbaik. Salih Yaacob, Afdlin Shauki dan Mamat Khalid juga turut dijemput untuk memanaskan kerusi pengkritik secara bergilir untuk setiap peserta.
Antara selebriti yang hadir ialah bintang AF, Hazama, Leez, Farhan, Radhi Khalid, Lina Hangat, Farawahida, Rohana Jalil, Julie Dahlan, Anne Ngasri, penyampai Sinar FM; Subi, Jamal Jamaludin, Najman, Abby Fana, Datuk Aziz Satar, S. Shamsuddin dan ramai lagi.



[tags]juara raja lawak, Hazama, Leez, Farhan, Radhi Khalid, Lina Hangat, Farawahida, Rohana Jalil, Julie Dahlan, Anne Ngasri, penyampai Sinar FM, Subi, Jamal Jamaludin, Najman, Abby Fana, Datuk Aziz Satar, S. Shamsuddin, johan musim ke2, finalis, johan, zizan, charm raja lawak, xn3 raja lawak, nabil juara, negeri sembilan, stand up comedy[/tags]
Tags: Aaron Aziz, Astro, Berita, Abby Fana, Anne Ngasri, charm raja lawak, Datuk Aziz Satar, Farawahida, Farhan, finalis, Hazama, Jamal Jamaludin, johan, johan musim ke2, juara raja lawak, Julie Dahlan, Leez, Lina Hangat, nabil juara, Najman, negeri sembilan, penyampai Sinar FM, Radhi Khalid, Rohana Jalil, S. Shamsuddin, stand up comedy, Subi, xn3 raja lawak, zizanClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





March 15th, 2008 at 6:03 pm
tahniah nabil!! Nabil mmg lwk smlm.. Mmg layak jd juara
March 15th, 2008 at 11:12 pm
Tahniah nabil!! u deserve it…idea2 nabil mmg brilliant…nabil mampu menggugat barisan2 pelawak sediada…go nabil go!
March 16th, 2008 at 2:05 am
Tahniah Nabil, u deserved to win. Lawak u mmg BEST dan yg penting UNIK
March 16th, 2008 at 4:08 pm
tahniah jang…. den tumpang banggo!!!!
semoga sukses selalu…………….
March 16th, 2008 at 6:44 pm
tahniah..nabil krn mnjd raja lawak 2..nabil menjadi kebanggaan mambau..gu caya sama lu..lu pkir la sendiri..hehe..chill out..
March 17th, 2008 at 8:00 am
1st time rancangan realiti yang juara xde org p’tikaikan langsung…mesti lepas ni saham dia lagi tinggi dari mawi..huhuhu mawi pun dah ala2 syp je..dari awal aku suka nabil,cham dgn ketampi je…tapi mlm final tu 1 performance cham kureng ckitlah..along kena buang style apek dan kena buat style sendiri…takut org boring..tq.
March 17th, 2008 at 8:34 am
apa-apa pun korang memang happening dan always happy – anyway ingatlah pada Allah – kerana banyak manusia yang sentiasa happening dan happy di dunia tapi dalam kubur tak henti-henti menangis. Pinjamlah sedikit masa untuk bawakan diri anda dalam kubur, adakah yang happening ini akan menyelamatkan awak. Opps, salah pesanan -sorry. Pesanan ini hanya untuk orang yang mahu beriman sahaja. maaflah kalau salah orang. Tapi kalau dakwa diri beriman beringatlah. Tapi kalau tak rasa berdosa dan serba sempurna hidup, teruskanlah apa yang happening itu. Sekurangg-kurang telah diperingatkan….dari Saudaramu seagama yang sayangkan generasi muda melayu Islam. Berpada-padalah bila berhibur. Bak kata Nabik – lu ada otak – lu pikir-pikir la sendiri…
March 17th, 2008 at 9:19 am
congrats 2 bangBil..mmg bes gilak..
kump cham esp along, jgnle asik tiru apek..borink lak tgk
March 17th, 2008 at 9:38 am
Tahniah Nabil! lu mmg best…
March 17th, 2008 at 1:21 pm
Tahiah Nabil! Jangan lupa semua ni bila dah senang nanti … ingat hidup ni penuh dgn dugaan apatah lg dunia hiburan. Kena tahu batasan agama dan yg paling penting berhati2 dengan apa jua kata2 & perbuatan tu sbb sekarang dah ramai orang kenal .. Sebelum buat sesuatu .. aa lu pikir la sendiri! Assalamualaikum..
March 17th, 2008 at 9:25 pm
elelele tau ler muka budiey masuk tv.. makin glamer lle dia.. pape pun zizan & johan were superb!! lagi sakit perut aku gelak gila2.. hidup zifi!!!
March 18th, 2008 at 1:32 pm
tahniah nabil…..kitaorang akan sokong kau…………
TAHNIAH………………………………………………………………
May 1st, 2008 at 7:17 pm
wei nabil !!!!ko memang patut monang arr lu pikir lasendiri
May 1st, 2008 at 7:27 pm
jozan xyah lah jealuos sbb hadiah kali ni bestye nabil,cham,xn3 lorang memang bestttttttttttttt
arr lu pikir la sendiri,all right
May 2nd, 2008 at 8:02 am
nabil jangan nak berlagak sbb dah monang .den tau ko ada filem .tapi ko memang best
May 23rd, 2008 at 3:04 pm
nabil….congretz….teruskn usaha utk berjaya…
June 20th, 2008 at 11:07 am
nabil nie memang talent lah p zizan best juga