Nabil Akan Disaman RM2 juta

Pelawak Nabil atau Ahmad Nabil Ahmad, 27, kini menghadapi tuntutan saman sebanyak RM 2 Juta selepas gagal memenuhi kontrak perjanjiandalam filem Lu Pikirlah Sendiri De Movie.

SDAF Pictures yang menerbitkan filem berkenaan, melalui syarikat guaman Hing & AlvinAdvocate & Solicitor telah menfailkan saman bertarikh 24 Februari2010 keatas Nabil selepas pelakon utama Lu Pikirlah Sendiri De Movieitu telah memberi kenyataan media yang menjatuhkan reputasi filemberkenaan.

Melalui surat tersebut Nabil diminta menjelaskan RM2Juta kepada SDAF Pictures ataupun kes ini dibawa ke mahkamah sekiranyagagal.

Sutradara filem tersebut, Aminah Rhapor menjelaskanpihaknya telah berbincang dan merasakan inilah keputusan terbaik untukmenyelesaikan perkara ini.

“Saya bukan nak aniaya Nabil dengansaman ini. Tetapi saya tak ada pilihan lain. Saya mahu perkara iniboleh menjadi ikhtibar kepada artis lain agar mereka lebih berdisiplin.Kalau dia datang kepada kami minta maaf saya rasa tak ada sampai jadimacam ini. Tetapi nasi sudah menjadi bubur, tiada lagi masa untukberbincang.

“Sebelum hantar surat saman ini, pihak kami adamenghubungi pengurus Nabil iaitu Latif. Kami meminta 2 perkara. Pertamapihak kami minta Nabil ikut serta dalam beberapa acara bagimempromosikan filem Lu Pikirlah Sendiri De Movie.

“Terbaru,kami minta beliau datang ke majlis tayangan amal yang diadakan diUniversiti Malaya baru-baru ini. Waktu kami adakan promosi Lu FikirlahSendiri The Movie ini di Universiti Teknologi Mara, baru-baru ini pundia tak datang.

“Kedua, pihak kami memberitahu Nabil tidak bolehmemberi kenyataan yang boleh menjatuhkan nama baik filem. Pihak kamiada memberi amaran kepada Nabil bahawa benda ini boleh menjadi lebihbesar.

“Berkali-kali kami cuba menghubungi diorang untukmemberitahu perkara ini, tetapi pihak Nabil langsung tidak menunjukkanmaklum balas yang baik. Jawapan daripada mereka adalahmelenting-lenting dan bercakap kasar,” katanya.

Jelas Aminahlagi, apabila pihaknya menjemput Nabil untuk menjayakan majlis promosiLu Fikirlah Sendiri The Movie, macam-macam alasan yang diberi.

“Diaorang(pihak Nabil) cakap kami ini demand. Suruh buat itu suruh buatini. Nabil cuba menegakkan apa yang dia rasa betul. Nabil langsungtidak memberi kerjasama yang baik.

Saya juga akui Nabilmempunyai bakat yang besar dalam lakonan. Tetapi perbuatannya sudahmelampau. Saya mahu industri kita ini belajar daripada apa yang sedangberlaku,” katan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Aaron Aziz di Sidang Media ABP

Quotes of The Day: Saya Tak Cinta Ibu Mertua Saya