• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Nabil Ahmad Tinggalkan Suria FM

1
  • by Budiey
  • in Nabil Raja Lawak · Suria FM
  • — 29 Nov, 2012

Pelawak Nabil Ahmad mengambil keputusan untuk berundur sebagai penyampai radio Suria FM selepas kontraknya tamat pada bulan Disember ini.

Nabil menyertai Suria FM pada Januari lalu dan digandingkan bersama penyampai radio popular Halim Othman serta Kencana Devi mengendalikan segmen Breakfast@Suria.

Raja Lawak 2
Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 29, berkata, keputusan itu dibuat kerana dia ingin memberi fokus kepada bidang lakonan dan pengacaraan pada tahun hadapan.

“Menjadi penyampai radio bukannya satu kerja yang mudah. Walaupun kita dilihat ke udara selama empat jam, tapi banyak perkara yang perlu dibuat seperti merancang segmen sebelum ke udara.

“Keputusan ini perlu saya ambil demi komitmen masa untuk keluarga dan cabang seni yang lain seperti berlakon dan mengacara.”

Tambah Nabil, sepanjang setahun bersama stesen radio tersebut, dia gembira kerana impiannya untuk mencuba dalam bidang penyiaran radio tercapai walaupun pada jangka masa yang singkat.

Nabil juga berkata, pengundurannya tiada kena mengena dengan tawaran daripada pihak lain.

“Bayaran yang saya terima di Suria FM juga sama dengan apa yang terdapat di stesen lain jadi soal tawaran tiada kena mengena langsung.

“Minat saya lebih ke arah televisyen, jadi saya perlu membuat keputusan untuk memilih antara satu dan tak boleh nak jadi penyampai radio dan berlakon sekaligus.”

Sementara itu, menurut Nabil, dia percaya pihak Suria FM akan dapat mencari penggantinya bagi menaikkan lagi jumlah pendengar radio berkenaan.

Dalam perkembangan lain, dia masih berminat untuk bergelar penyampai radio dan tidak menolak jika ada tawaran untuknya pada masa akan datang.

“Banyak yang telah saya timba sepanjang berada di Suria FM dan rakan-rakan di sana telah mengajar saya mengenai selok-belok penyampai radio.

“Saya akan gunakan ilmu tersebut untuk kebaikan dan jika ada tawaran selepas tiga atau empat tahun akan datang, saya mungkin akan pertimbangkannya semula,” ujar Nabil.

Sementara itu Timbalan Ketua Pegawai Penyiaran Kumpulan Radio The Star, Kudsia Kahar mengesahkan keputusan Nabil untuk tidak menyambung kontraknya semula.

“Kami dari Kumpulan Radio The Star ingin merakamkan ucapan terima kasih kami kepada Nabil dan juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepadanya.

“Memang benar Nabil telah datang dan berbincang dengan saya tentang hasratnya untuk menumpukan perhatian dalam bidang lakonan dan juga pengacaraan.

“Sepanjang perkhidmatannya dengan Suria fm, Nabil tidak pernah memberi masalah dan sentiasa berterus terang serta tidak pernah menyentuh pun soal bayaran dan juga soal-soal yang berkaitan dengan wang.

“Beliau masih muda dan ingin mencuba bakatnya dalam cabang seni yang lain jadi kami memahami perasaannya,” ujar Kudsia.

Dalam pada itu kata Kudsia, Suria fm masih berminat untuk terus mengadakan kerjasama dengan Nabil dan ini mungkin dapat diteruskan dalam rancangan yang dirakamkan.

“Bagaimanapun perincian mengenai perkara itu masih belum ditentukan dan buat masa ini berilah ruang pada Nabil untuk menikmati saat-saat manisnya sebagai bapa,” jelas Kudsia lagi.

Nabil baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata minggu lalu.

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: Ceria PagiHalim OthmanKudsia KaharNabil Ahmadsuria fm

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Lagu Sayang SHAE di Akustik Shae Astro Ria
  • Next story Fashion Police Celebrates Landmark 100th Episode

ENTRI BERKAITAN

  • Majlis Pelepasan Jom Balik Raya Suria FM 9 Sep, 2010
  • Gambar Halim Othman di Sidang Media Penyampai Suria FM 14 Jan, 2010
  • Pelajar UiTM Juara Sajimee Band Clash Bersama SURIA FM 6 Dec, 2012
  • Suria FM Prihatin Hari Aids Sedunia 8 Dec, 2011

1 Comment

  1. amirnawawi says:
    Thursday, November 29, 2012 at 11:13 am

    Hok aloh.. Sekalo dengar radio pagi2 kes nk dngar Nabil wak lawak ja la

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • MAYA KARIN – BINTANG SYURGA

    Bintang Syurga
  • SEARCH

  • TERKINI

    • Muat Turun Aplikasi Rexona Move & Menang iPad Mini
    • Zahiril Adzim & Shera Aiyob Dapat Anak Lelaki
    • Betul Ke Hani Hatim & Aidid Marcello Hos Baru Hip TV?
    • Air France Taja Tiket Terbang ke Paris Untuk Pemenang GM2
    • Imam Muda Asyraf Lancar Album Nasyid Pertama
    • Peraduan Jom Menonton Filem MAN OF STEEL™
    • Betul Ke Faizal Tahir Digam oleh Media Prima?
    • Photos World War Z Live In Sunway Lagoon
    • Peluang Kedua Buat Peserta Ceria Popstar Yang Tersingkir
    • Kemewahan Bali di Nusa Dua Beach Hotel & Spa
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • konsert-mega-bintangUlasan Konsert Mega Bintang Trinity All-StarTuesday, June 18, 2013
    • linkinKonsert Jelajah Dunia 2013 Linkin Park Living Things Di MalaysiaMonday, June 17, 2013
    • sharifah-ainiSebab Kenapa Malam Amal Bersama Tiga Diva DitundaFriday, June 14, 2013
    • pesawatGood Vibes Festival 2013Wednesday, June 12, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • muhammad aisy aniq nabihan bin ahmad fadzil on:Marion Caunter Hamil Anak Kedua
    • zulruzaini on:Noraniza Idris Lancar Program Pelancongan Sanggar Budaya
    • Mistazam on:Gambar Emma Maembong di Anugerah Blokbuster 2
    • nura on:Najwa Latif Sambung Belajar di Unitar International University
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    22Jun2013

    G-Dragon World Tour: One of a Kind

    Dari 08:00 PM hingga 11:30 PM

    di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

    Find out more...

    23Jun2013

    Showcase Dayang Nurfaizah @ The Venue

    Dari 08:30 PM hingga 10:30 PM

    di The Venue, Pavilion KL

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Muat Turun Aplikasi Rexona Move & Menang iPad Mini
    • Zahiril Adzim & Shera Aiyob Dapat Anak Lelaki
    • Betul Ke Hani Hatim & Aidid Marcello Hos Baru Hip TV?
    • Air France Taja Tiket Terbang ke Paris Untuk Pemenang GM2
    • Imam Muda Asyraf Lancar Album Nasyid Pertama
    • Peraduan Jom Menonton Filem MAN OF STEEL™
    • Betul Ke Faizal Tahir Digam oleh Media Prima?
    • Photos World War Z Live In Sunway Lagoon
    • Peluang Kedua Buat Peserta Ceria Popstar Yang Tersingkir
    • Kemewahan Bali di Nusa Dua Beach Hotel & Spa
  • KALENDAR

    June 2013
    M T W T F S S
    « May    
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan Di Sini

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.