My Best Pals @ Asian Hour 8TV

SLOT : ASIAN HOUR – MY BEST PALS 

Tarikh Siaran : 5 Mei 2008 – 6 Jun 2008
Isnin – Jumaat
Masa : 7.00PM – 8.00PM
Bahasa : Mandarin
Pelakon : Ming Dao, Chen Qiao En, Sam Wang, Jason Hui

8TV sekali lagi membawakan anda slot Asian Hour yang menawarkan drama-drama bersiri terbaru dari Korea, Jepun dan Hong Kong. Untuk kali ini, penonton akan disajikan dengan sebuah lagi drama hebat dari Korea berjudul My Best Pals yang mula ditayangkan di layar kaca televisyen pada 5 Mei 2008 jam 7:00 malam

Asian Hour merupakan salah satu slot rancangan paling diminati dan kerana itu kami menyajikan hanya drama bersiri terbaik Asia untuk para penonton kami.  Kali ini kami membawakan drama bersiri hits dari Korea berjudul My Best Pals. My Best Pals merupakan sebuah drama Korea yang dipenuhi pelbagai unsur aksi, romantik, suspens dan juga komedi yang pasti dapat menghiburkan para peminat dan penonton kami.

Menampilkan gandingan mantap pasangan Ming Dao dan Joe Chen dari ‘The Prince Who Turns into a Frog’, dan mereka sekali lagi digandingkan bersama dalam My Best Pals.

My Best Pals berkisarkan mengenai empat sahabat yang masih menuntut di sekolah menengah, Ah Jiang (lakonan Ming Dao) seorang yang kacak, Xia Tian (lakonan oe Chen) sebagai anak seorang Ketua Polis, Fang Wei (lakonana Sam Wang) anak orang berada dan Bulu (lakonan Jason Hui) anak seorang pengamal ilmu mempertahankan diri

Membesar sebagai remaja menyebabkan mereka bersikap ingin tahu dan nakal. Ini menjadi sebab mereka berempat sering terlibat dalam pergaduhan walau bagimanapun mereka tidak pernah ikut atau turut serta dalam mana-mana pergaduhan apatah lagi memburukkan lagi keadaan.

Walaubagaimanapun, sebulan sebelum majlis graduasi keempat-empat mereka berhadapan dengan satu hukuman yang tak disangka-sangka apabila mereka terlibat dengan satu pergaduhan di sekolah. Semasa pergaduhan tersebut berlaku, bapa Xia Tian yang merupakan seorang Ketua Polis kehilangan pistolnya dan keempat-empat sahabat ini telah dipersalahkan. Pengetua sekolah ingin membuang mereka dari sekolah jika mereka gagal membuktikan mereka tidak mempunyai kaitan langsung dengan kehilangan pistol tersebut.

Sedang mereka mencari jalan menyelesaikan misteri kehilangan pistol itu, mereka berhadapan dengan situasi rumit yang melibatkan seorang penjenayah bernama Hui Lang dan juga rakan sekolah mereka.

Berjayakah keempat-empat sahabat baik ini membuktikan bahawa mereka tidak bersalah? Adakah mereka akan menemui lebih dari sepucuk pistol yang hilang?

Untuk mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya, pastikan anda menonton My Best Pals pada 5 Mei 2008 jam 7.00 malam hanya di 8TV. 8TV juga boleh ditonton melalui saluran 708 di Astro.

[tags]my best pals, Ming Dao, Chen Qiao En, Sam Wang, Jason Hui, bulu, amanah raya berhad, arb, azharina isteri ketiga, 2008 resolutions, akademi fantasia 6, fauziah nawi, female breast, payudara wanita, rozita che wan, zizan nin terpegang ninin, datuk sukri hj mohamad, elegi sepi lirik, hidup bermadu, kelantan bar council, lelaki poligami, machang kelantan election, masalah poligami, seandainyagambar bulu roma, aksi budak sekolah, sabul movie, blogspot.com[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Siri Baru Ezora Ganti Bella di Akasia TV3 Lakonan Fazura

Sekitar Majlis Minum Petang Eksklusif Hari Ibu Datuk Sharifah Aini