in

Muzikal Kanak-Kanak Balik Kampung Pulang Bandar

MUZIKAL KANAK KANAK: BALIK KAMPUNG…PULANG BANDAR DI RTM

Baju raya, kuih-muih dan duit raya adalah antara yang dinantikan oleh kanak-kanak di Hari Raya. Merekalah insan yang paling gembira tatkala menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah letih sebulan berpuasa. Kesempatan itu, Radio Televisyen Malaysia mengambil inisiatif untuk bersama-sama golongan cilik ini bagi menambah keriangan mereka dengan menyediakan program khas yang melalui rancangan Muzikal Kanak-Kanak: Balik Kampung…Pulang Bandar.

Rancangan khas sempena Hari Raya ini merupakan sebuah program yang berkonsep muzikal dengan lakonan oleh beberapa pelakon kanak-kanak dan diserikan dengan himpunan lagu-lagu raya lama dan baru. Pagi raya pastinya ceria tatkala menanti waktu bersalaman dengan menonton Balik Kampung..Pulang Bandar yang bermesejkan keistimewaan aidilfitri dan sambutan hari raya dulu dan sekarang yang boleh dijadikan tauladan.

Muzikal ini mengisahkan tentang tujuh kanak-kanak berusia lingkungan 9 hingga 11 tahun yang bersekolah jauh dari kampung halaman. Kerinduan dan keghairahan mereka untuk kembali ke rumah berhari raya bersama keluarga dan rakan-rakan di kampung digambarkan pada setiap episod melalui lagu yang dinyanyikan, senikata yang disampaikan serta tarian dalam suasana dan keriangan Hari Raya.

Balik Kampung…Pulang Bandar menceritakan dari saat semasa mereka di asrama sekolah hinggalah ke rumah mereka, samada di kampung atau di bandar. Saksikan muzikal lakonan pelakon-pelakon cilik yang berbakat besar seperti Muhammad Aidil, Firzanah, Nur Azmil, Nur Sabrina, Muhd Arief serta Manja Munira.

Muzikal Kanak-Kanak ini akan disiarkan pada 10 dan 11 September 2010 (Hari Raya Pertama dan Kedua), jam 9.00 pagi hanya di saluran Dunia Ria TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Suspek Bunuh Sosilawati Datuk Berbangsa India

Raya Ke-5: Syurga Cinta