in ,

Muzik Video TEPI SIKIT Nyanyian Sleeq

Nama SleeQ telah melonjak naik apabila lagu ‘Untuk Dia’ nyanyian Sleeq bersama Najwa Latif dan menerusi lagu itu juga telah membuka mata yang selama ini ramai bertanya siapakah gerangan kumpulan SleeQ. SleeQ yang menekankan konsep hip-hop dan RnB telah ditubuhkan pada tahun 2005 oleh dua orang sepupu yang berasal dari Singapura. Mereka adalah Ahmad Syarifullah Bin Ahmad Soribah (Syarif) dan Muhammad Alif Abdullah (Alyph) yang merupakan ‘rapper’ bagi duo berkumpulan ini.

Kini, SleeQ hadir pula dengan single terbaru yang semakin melonjak naik yang berjudul ‘Tepi Sikit’. Lagu ‘Tepi Sikit’ ini telah dicipta dan dihasilkan oleh Alyph sendiri dan liriknya ditulis bersama dengan Joe Flizzow.

Dan kini, teristimewa untuk semua peminat SleeQ dan juga Sleeqmovement, muzik video yang dinanti-nantikan iaitu “TEPI SIKIT” nyanyian SLEEQ bakal berlangsung buat julung kalinya pada malam ini jam 8.00 malam hanya di YouTube Warner Music Malaysia.

aaron sleeq

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maxis Sediakan Tiket Bas & Bot Percuma Sempena Hari Gawai

Segmen Mesej Dari Penjara Rai Hari Ibu