in

Muzik Video Rasmi Caprice CHIKARO

CAPRICE MUNCUL DENGAN MUZIK VIDEO RASMI BAGI SINGLE “CHIKARO”

Caprice kini muncul dengan muzik video rasmi “Chikaro” yang dipetik dari album beliau yang bakal berada di pasaran, “Buat Relax Je Lah” terbitan What’s Up Entertainment (WUE).

Pelancaran video muzik “Chikaro” menyambung momentum kejayaan komersial lagu tersebut yang sering dimainkan di semua stesen radio tempatan. Lagu “Chikaro” berada di tangga pertama dalam rancangan FLY FM Top 30 dari 31 Januari hingga Februari 3.

“Kejayaan Caprice menduduki tangga pertama mengalahkan artis-artis antarabangsa membuktikan bahawa artis-artis tempatan mampu menghasilkan muzik yang mampu bersaing dengan artis dari luar negara”, kata Adam Zain, Ketua Progamming FLY FM. “Saya tidak sabar untuk mendengar lebih lagi daripada Caprice dan artis-artis lain yang bakal mengikut jejak langkah beliau.”

Sejak video muzik beliau ditayangkan di Bella (ntv7), Hello on Two (TV2) dan Melodi (TV3), video muzik “Chikaro” telah menikmati 50 ribu hits di saluran rasmi Youtube CapriceTV. Ia merupakan satu petanda positif bahawa kemunculan semula Caprice di persada muzik tanahair adalah sesuatu yang dinantikan oleh ribuan peminat setia beliau.

Penggambaran video muzik “Chikaro” dijalankan di tiga lokasi yang berbeza: Malaysia, Australia dan Amerika Syarikat. Ini adalah video muzik kedua Caprice yang dirakamkan di pelbagai lokasi antarabangsa.

Sebelum ini, video muzik “Fantasy Girl” memaparkan klip webcam yang dirakam oleh peminatnya dari seluruh dunia. Menariknya, selebriti internet Sofia Legend juga membuat penampilan khas dalam video muzik “Fantasy Girl”.

Lagu “Chikaro” adalah hasil kerjasama Caprice dengan penyanyi dan penulis lagu berbakat besar dari Australia, Ron E Jones (yang kini popular dengan lagu “Tear Us Apart” dendangan beliau dan Nadhira) dan Bryan B (penulis lagu dan penerbit album Ingerris sulung Dato’ Siti Nurhaliza “All Your Love”).

Para peminat Caprice boleh menonton video muzik “Chikaro” dan memuat turun nada dering Caprice dari syarikat telekomunikasi yang disenaraikan di Youtube CapriceTV.

caprice

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Supertots Supersquad The Movie

TV3 Umum Senarai Peserta Mentor Musim Ke-6