in

Muzik Video Marsha Bebaskan Saingi Suara Demi Lovato?

Sejurus keluar dari dewan pawagam menonton filem Frozen 3D kat pawagam TGV Cinemas Sunway Pyramid minggu lalu, Budiey asyik nak ikut lagu Let It Go nyanyian Demi Lovato. Tapi kalau dalam versi Bahasa Malaysia pula, kita boleh dengar lagu Bebaskan didendangkan oleh Marsha Milan Londoh. Boleh tahan juga suara Marsha dalam lagu ni. Gemersik.

Bila Budiey cari kat Youtube, rupanya lagu yang dialih bahasa ini dah pun ada muzik videonya yang dilakonkan sendiri oleh Marsha. Boleh tahan juga muzik video ni sebab konsepnya cocok dan sesuai dengan versi asal. Cuma kalau baca kat ruangan komen, ramai sungguh penonton mempertikaikan kebolehan Marsha dalam video klip ini. Ada yang kata, versi Demi Lovato lebih best tapi ada pula yang cakap Marsha pun apa kurangnya.

Frozen

[pullquote align=”right”]Jika korang dah tonton filem Frozen, pasti tahu lagi Bebaskan ni. Beberapa kali dengar, kira irama dan liriknya dan stuck dalam minda.[/pullquote]

Muzik video ini diarahkan terkenal kelahiran Bombay, Tejal Patni yang dilantik oleh Walt Disney Studios untuk mengarahkan muzik video ini. Walt Disney juga melantik syarikat tempatan, Creature Communication Sdn Bhd untuk menyediakan kelengkapan dan pasukan produksi.

Menurut Marsha, dia sangat berpuas hati melihat hasil muzik video ini. Pada awalnya, Marsha sangat terkejut sebab penerbit siap sediakan sebuah caravan khas untuknya. Rasa macam kat Hollywood pulak.

Dianggarkan seramai 50 orang tenaga yang terlibat untuk menyiapkan pembikinan muzik video Bebaskan. Dikhabarkan, wakil Walt Disney Studios dari London, Hong Kong dan Singapura turut datang meninjau pembikanan muzik video yang dijalankan di KRU Studios, Cyberjaya.  Pengambaran bermula jam 6 pagi hingga 3 pagi keesokan harinya.

Marsha disolek seperti puteri raja oleh juru solek terkenal Monica Lee.

Anda boleh mendengar sendiri lagu ini di Youtube dan Marsha bukan sahaja menyanyikan lagu malah meminjam suaranya untuk melakonkan watak Puteri Elsa. FIlem animasi 3D, Frozen atau dalam versi Malaysia, Frozen: Anna & Permaisuri Salji masih lagi berperang di pawagam sejak menjengah panggung seluruh dunia pada 28 November lalu.

Frozen

Frozen

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Skull & Haha Fan Meeting in Malaysia

AirAsia Receives RNP-AR APCH Operations Approval