in ,

Muzik Video Elizabeth Tan KNOCK KNOCK di Laman Youtube

Siapa yang tidak mengenali penyanyi sensasi YouTube iaitu Elizabeth Tan yang kini popular dengan single sulungnya yang bertajuk ‘Knock Knock’. Hanya dengan menyampaikan lagu-lagu cover di YouTube, Elizabeth berjaya mencuri hati peminat serta para penggemar muzik di laman YouTube dan bakat semula jadi yang ada pada Elizabeth telah dikesan oleh penyanyi terkemuka, Faizal Tahir.

Elizabeth Tan kini juga merupakan artis di bawah naungan Faithful Music yang juga dipelopori oleh Faizal Tahir. Lagu ‘Knock Knock’ ini baru sahaja dilancarkan beberapa bulan yang lalu dan sudah mula mendapat sambutan yang hangat sejak berkumandang di corong-corong radio dan sudah mula mengungguli carta radio tempatan.

Lagu ‘Knock Knock’ yang berentak catchy ini telah dicipta sepenuhnya oleh Faizal Tahir yang mengisahkan tentang amaran yang diberikan kepada si dia yang mahu memikatnya supaya tidak menyakiti hati dan perasaannya. Kini, muzik video ‘Knock Knock’ sudah pun berada di YouTube untuk tontonan anda semua.

Kepada peminat-peminat Elizabeth Tan, jangan ketinggalan untuk menyaksikan muzik video ‘Knock Knock’ yang kini sudah pun berada di YouTube.

Elizabeth Tan - Knock Knock

LIRIK Elizabeth Tan KNOCK KNOCK

Bulan bintang kau janjikan
Tidak aku teruja
Cakap memang mudah
Semuanya mampu

Kata manis kau beri
Ku terpikat belum tentu
Cakap memang murah
Oh, kau pun tau

Kiranya kau benar mahu
Kiranya kau benar mahuku
One, two ku sayang kamu
Jangan sakiti aku

Knock knock
Mahuku perhatian
Knock knock
Mahuku kau buktikan
Jangan tersalah, jangan tersilap
Jangan abaikanku

Knock knock
Ku berikan semua
Knock knock
Ku buktikan diriku
Jangan tersalah, jangan tersilap
Jangan abaikanku

Jaga-jaga hati, jaga-jaga nanti
Kalau ku hampa kau kan rasa
Jaga-jaga hati, jaga-jaga nanti
Kalau ku terluka kau pun kan sama

Bukan mahu tunjuk diva
Bukan nak mengada
Cuma ku tak mahu kecewa selalu
Dan andai apa ku beri
Tidak cukup untukmu
Katakan padaku apa kau mahu

Kiranya kau benar mahu
Kiranya kau benar mahuku
One, two ku sayang kamu
Jangan sakiti aku

Knock knock
Mahuku perhatian
Knock knock
Mahuku kau buktikan
Jangan tersalah, jangan tersilap
Jangan abaikanku

Knock knock
Ku berikan semua
Knock knock
Ku buktikan diriku
Jangan tersalah, jangan tersilap
Jangan abaikanku

Jaga-jaga hati, jaga-jaga nanti
Kalau ku hampa kau kan rasa
Jaga-jaga hati, jaga-jaga nanti
Kalau ku terluka kau pun kan sama

Satu, haruslah setia
Dua, jangan cakap bohong
Buatku nangis jangan, jangan
Tiga, buatku tersenyum
Empat, ulangi dari satu

Knock knock
Mahuku hanya perhatian
Knock knock
Mahuku untuk kau buktikan
Jangan pernah kau abaikanku

Knock knock
Mahuku perhatian
Knock knock
Mahuku kau buktikan
Jangan tersalah, jangan tersilap
Jangan abaikanku

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Meriah & Happening di Animax Carnival Malaysia 2015

Teater BAIK PUNYA CILOK di Istana Budaya