in ,

Muzik Video Anugerah Syawal Bunkface & Idola Kecil Ultra

Kemeriahan Aidilfitri semakin dirasai terutamnya menerusi rangkaian televisyen Media prima Berhad yang menampilkan lagu istimewa Anugerah Syawal yang diberi nafas baru. Masih mengekalkan kumpulan Bunkface dan kini mereka ditemani duta Anugerah Syawal bagi TV9 iaitu Azzam, Balqis, Danial dan Harris.

Lagu ciptaan Sam Bunkface ini digubah mengikut trend semasa dan sesuai dengan vokal adik-adik Idola Kecil Ultra. Tahun lalu, lagu ini mendapat perhatian ramai dan menjadi siulan anak-anak muda kerana melodinya unik dan lirik lagunya yang ringkas. Petikan gitar dan alunan piano daripada kumpulan yang sering mendapat anugerah ini dilihat dapat mengusik jiwa dan menyemarakkan lagi suasana kegembiraan Aidilfitri.

Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad:

“Pasti ramai yang tertanya mengapa kami masih mengekalkan lagu Anugerah Syawal dan Bunkface! Lagu Anugerah Syawal ciptaan Sam Bunkface telah mendapat sambutan yang sangat memberansangkan tahun lalu. Rata-rata lagu itu menjadi siulan anak muda dan juga kanak-kanak. Malahan lagu Anugerah Syawal ini mejadi topik paling hangat di laman sosial media dan muzik video pula menjadi viral di You Tube dan disaksikan oleh lebih daripada 1 juta penonton serta ratusan parodi. Sebab itulah kami mengekalkan lagu yang sama dan diberi nafas baru mengikut peredaran masa. Lagu yang diberi nafas batu ini menyaksikan Bunkface bergandingan dengan finalis Idola Kecil Ultra. Muzik video ini akan mula disiarkan di semua rangkaian televisyen, radio dan juga online seminggu sebelum sambutan Aidilfitri.”

Muzik video Anugerah Syawal diarahkan oleh pengarah berpengalaman, Razaisyam Rashid. Beliau yang pernah mengarahkan filem CEO lakonan Remy Ishak. Pengambaran tersebut mengambil masa selama tiga hari dan dijalankan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur dan Ulu Langat.

Muzik video yang dilakonkan sendiri oleh Bunkface dan juga finalis Idola Kecil Ultra ini penuh dengan elemen keceriaan dan kegembiraan. Ianya menceritakan tentang seorang pemuda yang menghadapi pelbagai rintangan dalam usaha untuk pulang berhari raya di kampung halamannya,. Menariknya klip video ini menampilkan semua pelakon kanak-kanak melakonkan watak orang dewasa dan berhadapan dengan pelbagai rintangan untuk pulang ke kampung tetapi segala halangan dapat ditempuhi dengan kata-kata semangat dari kumpulan Bunkface sendiri! Walaupun usia kumpulan Bunkface dan adik-adik Idola Kecil Ultra ini berbeza, namun mereka mempunyai keserasian bersama dan amat profesional. Ini memudahkan lagi pergerakan kerja pengambaran. Saya pasti lagu Anugerah Syawal yang diberi nafas baru oleh Sam Bunkface ini akan digemari oleh semua lapisan masyarakat.

Layari www.ramadanraya.com.my untuk mengetahui menonton video serta panduan program-program menarik Anugerah Syawal TV3 dan TV9. Terus semarakkan bulan Syawal dengan #AnugerahSyawal di laman sosial.

Bunkface & Idola Kecil Ultra (1)Bunkface & Idola Kecil Ultra (2)

Bunkface - Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Iklan Anugerah Syawal Media Prima Berhad

Gambar Sekitar Iftar Him By Hatta di Rooftop Avenue K