in

Muzik Video Andai Ku Bercinta Lagi MOJO

Saksikan Klip Video “Andai Ku Bercinta lagi”, lagu yang sedang hangat diputarkan disetiap corong radio tanah air. Bagi penggemar lagu “Andai Ku Bercinta Lagi”, sudah pasti klip video ini merupakan sebagai satu tanda penghargaan MOJO buat peminat.

Lagu yang mendapat sentuhan magis Edry Abdul Halim adalah diilhamkan dari kisah benar tentang seorang suami yang kehilangan isterinya akibat penyakit cancer. “Andai Ku Bercinta Lagi” lebih menceritakan gambaran realiti dan cinta sejati seorang suami selepas kematian isterinya.

MOJO merupakan sebuah ‘Super-Band’ terbaru daripada KRU Music yang terdiri daripada Aweera (bekas finalis OIAM) selaku vokalis utama, penampilan istimewa komposer/penerbit ternama, Edry sebagai pemain synthesizer, Denny selaku gitaris (pemuzik undangan studio dan pentas berpengalaman), dan pemain drum, Johar (anggota kumpulan Tilu dan bekas beberapa kumpulan Indie), melengkapkan kumpulan dinamik ini.

Kumpulan MOJO sedang di dalam proses menghasilkan album penuh yang bakal diterbitkan sebelum penghujung tahun 2012, namun penantian itu disegerakan dahulu dengan kemunculan EP pertama MOJO yang mengandungi 3 buah lagu iaitu ”Andai Ku Bercinta Lagi” ciptaan Edry, ”Agar Tetap Indah” ciptaan gitaris Denny, dan ”Mimpi” ciptaan pemain drum Johar. EP ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep ’Synth-Rock’ MOJO kepada peminat seni tanah air.

Anda boleh mengikuti perkembangan terkini kumpulan MOJO di Facebook, di http://www.facebook.com/pages/MOJO.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dongeng Cinderella Versi Melayu Dalam Fantasi Si Laila

Sekitar Pelancaran Astro On-The-Go