in ,

Muzik Muzik 27 Separuh Akhir Kedua Ahad Ini

Muzik Muzik 27 Separuh Akhir pertama menyaksikan 6 buah lagu iaitu Idola (Azlan & The Typewriter), Pelangi Senja (Stacy), Watak (Hafiz), Cerita Dia (Drama Band), Kasanova (Stacy) dan Biar Sampai Ke Bintang (Asmidar) berada dalam kedudukan 6 teratas daripada 11 buah lagu yang bertanding Ahad lalu.

[dropcap]N[/dropcap]amun, itu tidak menjamin tempat mereka di pentas Anugerah Juara Lagu 27 nanti.

Minggu ini, giliran 11 buah lagu lagi akan bertanding iaitu Anak Kampung (One Nation Emcees & Jimmy Palikat), Terukir Di Bintang (Yuna), Angkasa (Diandra Arjunaidi), Tanpamu (Amir Jahari), Sesaat Kau Datang (Ramlah Ram & Sleeq), Ombak Rindu (Hafiz & Adira), Terlalu Mencintaimu (Suki), Tapi Bagaimana (Spider), Sebelah Jiwaku (Jaclyn Victor), Lagu (Bedroom Sanctuary) dan Hatimu Milikku (Nera).

Selain itu, Separuh Akhir kedua ini turut menampilkan sebuah persembahan istimewa daripada bekas juara AJL iaitu Meet Uncle Hussain bersama Fauziah Gambus.

Hari/Tarikh : 18 November 2012 (Ahad)
Waktu : 9.00 malam
Tempat : Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sharnaaz Terima Surat Saman Bakal Lantik Peguam

Maxis Manfaat Teknologi Canggih Di Kalangan Belia