in

Musim Kedua LIE TO ME di NTV7

Musim kedua LIE TO ME bakal keudara di ntv7
Kebenaran yang dapat dilihat pada wajah setiap insan

Kebanyakan orang tidak dapat meneka dari riak wajah dan gerak geri badan ketika seseorang itu berbohong dan hanya pakar yang mampu membacanya. Daripada penerbit eksekutif drama siri ‘24’ dan ‘Arrested Development’, Lie To Me merupakan sebuah siri popular yang memaparkan seorang pakar tipu daya yang membantu mendedahkan kebenaran untuk pihak FBI, polis tempatan, firma undang-undang, korporasi, malah kes individu. Musim kedua Lie To Me bakal menemui penonton ntv7 mulai 15 Ogos, setiap Isnin pada jam 8.30 malam.

LTMS2b

Dr. Cal Lightman (lakonan Tim Roth) merupakan seorang pakar tipu daya terkemuka dunia khusus dalam mengesan ekspresi air muka dan bahasa badan dalam menentukan jikalau dan mengapa seseorang berbohong. Dengan analisa ini, dia mampu membaca pelbagai perasaan tersembunyi sehingga kepada tarikan seksual dan iri hati yang tak mungkin dapat disorokkan daripadanya. Pekerjaan Lightman ini memberikan pengetahuan dan kelebihan kepadanya dalam menimbulkan salah faham dan mengesan penipuan. Namun seperti yang sudahpun diketahui Lightman, keupayaan saintifiknya dianggap sebagai sebuah anugerah dan dalam pada masa yang sama merupakan sumpahan dalam hidupnya di mana penipuan di antara keluarga dan rakannya sendiri sama sahaja dengan perlakuan jenayah dan orang lain.

Lightman mengetuai sebuah pasukan di Syarikat Kumpulan Lightman yang terdiri daripada beberapa pakar dalam membantu penguatkuasaan undang-undang persekutuan, agensi-agensi kerajaan, polis tempatan, dan pihak individu dengan kes-kes mereka yang paling sukar diselesaikan. Dr. Gillian Foster (lakonan Kelli Williams) merupakan seorang ahli psikologi yang berbakat dan juga gandingan Lightman dalam mendapatkan gambaran yang lebih besar sementara Lightman tertumpu kepada perincian yang lain. Lightman memerlukan bimbingan Foster dalam perlakuan manusia samada dia sudah mengetahuinya ataupun tidak. Bersama mereka membentuk gandingan yang mantap dalam menyelesaikan setiap kes.

Dalam pada itu, Eli Loker (lakonan Brendan Hines) merupakan ketua penyelidik Lightman yang percaya akan kejujuran radikal. Namun begitu, Loker sering berdepan dengan masalah akibat menyuarakan fikirannya. Anak didik Lightman, Ria Torres (lakonan Monica Raymund) pula adalah seorang yang mempunyai sifat semulajadi dalam mengesan penipuan. Masih mentah dan tidak perlu dilatih, bakat Torres dan kelebihannya membuatkan dirinya disegani ramai.

Dalam musim kedua, barisan pelakon siri kegilaan ramai, ‘The Shield’ disatukan di dalam satu episod di mana Lightman dan bekas isterinya, Zoe (lakonan Jennifer Beals) mengalami kemungkinan menghantar orang yang tidak bersalah menjalani hukuman mati. Lightman turut dipanggil membuat ujian di dalam sebuah perbicaraan tentang seorang janda yang membunuh suaminya yang lebih tua; juga, kakak Torres ditahan dalam kes juvana hadir semula dalam hidup Torres setelah hilang secara misteri dan apabila seorang wanita meninggal di sebuah kempen tunjuk perasaan di Virgina. Pasukan Lightman kemudiannya diupah untuk mendapatkan kisah sebenar sama ada kes tersebut ada kaitan dengan kegagalan cubaan membunuh atau sebuah plot pembunuhan yang berjaya dirancang.

Sementara itu, Lightman sukar menerima kenyataan di rumah apabila anak gadisnya, Emily Lightman (lakonan Hayley McFarland) mula berpacaran. Musim ini juga cuba menampilkan watak Agen Ben Reynolds (lakonan Mekhi Phifer dari ‘8 Mile’) yang menyedari bahawa dia sebenarnya enggan bekerjasama dengan pasukan Lightman untuk menangkap perogol dan pembunuh bersiri.

Dihasilkan oleh Samuel Baum, drama siri Lie To Me ini diterbitkan penerbit eksekutif Alexander Cary, David Graziano, dan Sackheim, Vahan Moosekian dan Brian Gazer. Siri ini diilhamkan oleh penemuan saintifik oleh ahli psikologi sebenar yang mampu membaca petanda daripada raut wajah manusia, gerak badan dan alunan suara untuk mendedahkan kebenaran dan kes penipuan dalam penyiasatan jenayah.

Jangan lupa untuk menyaksikan drama siri menarik, musim kedua Lie To Me, yang bakal keudara mulai 15 Ogos, setiap Isnin pada jam 8.30 malam, untuk 22 episod, hanya di ntv7, Saluran Ceria Anda!

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ntv7.com.my dan www.tonton.com.my atau ikutilah perkembangan menerusi Facebook dan Twitter ntv7.

Barisan Pelakon
Tim Roth sebagai Dr. Cal Lightman
Lightman boleh melihat apa yang dikenali sebagai ‘ekspresi mikro’ yang berlaku dalam sekelip mata, ekspresi muka yang tanpa sengaja yang mendedahkan apa yang sebenarnya seseorang rasai.

Kelli Williams sebagai Dr. Gillian Foster
Untuk mendapatkan kebenaran, Foster memberi tumpuan kepada suara, perkataan, dan psikologi manakala Lightman memberi tumpuan kepada ekspresi wajah dan bahasa badan.

Brendan Hines sebagai Eli Loker
Loker sering melakukan analisis video di dalam makmal, dan merupakan seorang pakar dalam bidang psikologi kumpulan. Beliau adalah anak didik kepada Lightman dan Foster. Mahupun begitu, Loker seringkali ingin menyuarakan pendapatnya mengenai kes-kes yang diuruskannya.

Monica Raymund sebagai Ria Torres
Lightman merupakan mentor kepada Torres pada masa yang sama juga berasa cemburu terhadap Torres yang dilahirkan dengan bakat semula jadi di mana Lightman mengambil masa yang lama untuk berlatih untuk menguasainya.

LTMS2f

LTMS2h

LTMS2l

LTMS2r

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Menangi Hadiah Lumayan Di Everyoneconnects Open House

Pelancaran Album Voices of Ummi