in

MR. SIAO’S MANDARIN CLASS MUSIM KEDUA

MR. SIAO’S MANDARIN CLASS MUSIM KEDUA: LEBIH MENCUIT HATI!

Hanya dengan sedikit sentuhan humor dalam kehidupan harian anda, pasti akan membuatkan hari anda lebih sempurna. Terus ceria bersama ntv7 April ini bersama barisan pelakon Mr. Siao’s Mandarin Class Musim Kedua, mulai 7 April, setiap Rabu, 9.00 malam hanya di ntv7!

Lebih menggelikan hati dan sarat dengan humor tempatan, pelakon ternama – Auguste Kwan kembali memainkan watak Siao Lang dalam drama komedi mencuit hati ini. Dalam musim kedua, Robert Toh, pengasas Dream Big International, bercita-cita untuk mengembangkan perniagaannya ke negara Cina dan seterusnya menghantar Kumpulan Phoenix dan Shark ke Shanghai dan Beijing untuk lawatan perniagaan selama 2 minggu. Sementara mereka mula memahami budaya dan menerokai peluang perniagaan di Cina, mereka mulai menyedari bahawa kemahiran Bahasa Mandarin mereka masih di tahap yang rendah, dan untuk menempa nama di Cina, mereka harus mengasah bahasa Mandarin mereka terdahulu.

Sekembalinya dari negara Cina, mereka memujuk Mr Toh untuk mengambil semula Siao Lang sebagai tutor Bahasa Mandarin mereka. Dilakonkan oleh Auguste Kwan Tak Fai – watak utama, Siao Lang (Mr Siao) ialah seorang yang jujur dan tidak tahu erti berputus asa walaupun pelajar pelajarnya kadangkala cuba untuk mempermainkannya dengan pelbagai helah. Siao Lang, 35, merupakan pemegang ijazah dalam Kesusasteraan Cina. Auguste Kwan merupakan seorang pelakon yang tidak asing di industri hiburan Hong Kong terutamanya dengan lakonan mantapnya dalam The Battle Against Evil, Better Halves serta To Catch the Uncatchable dan banyak lagi.

Temuilah Four Fong Wong, 32 (Loo Aye Keng) – wanita yang paling sofistikated dan bergaya dalam kumpulan tersebut. Berdikari dan bijak, Fong Wong tidak mempercayai cinta seorang lelaki dan berkeras bahawa wanita lebih hebat daripada lelaki dan wang adalah kunci kejayaan. Pelawak tempatan – Alvin Wong melakonkan watak Tan Ta Shan, 32, seorang ulat buku dan mempunyai loghat Inggeris-British.

Juga seorang yang cukup riak, Ta Shan cukup pandai memasak dan terkenal di kalangan kawan-kawannya sebagai seorang yang obses pada kebersihan diri. Juga, jangan lupa pada watak – Amir (Zahamin Baki), lelaki Melayu yang sukakan Bahasa dan ingin mempelajari Bahasa Mandarin untuk memudahkan perbualannya bersama-sama rakan Cinanya. Amat merendah diri dan berbudi-bahasa, Amir cukup disayangi dan kerap dipuji oleh Siao Lang.

Berkenalanlah dengan Shah Rukh Khan (Rama), 30, seorang lelaki India yang cukup mesra. Gemar menonton drama Hong Kong, dia memasang impian untuk menubuhkan perusahaan di Cina pada suatu hari nanti. Seorang yang lurus bendul dan mempunyai hidup serba ringkas, Steve Yap memainkan watak Tey Eng Jin,28, berketurunan Baba yang memendam perasaan cinta pada seorang gadis – Cherrie Chung. Eng Jin cukup menyayangi Cherrie dan bersumpah akan sentiasa menemaninya walaupun jika dia terpaksa meninggalkan Malaysia.

Elvanna Raine, seorang model terkenal dari Taiwan ialah Hung Hung, 23, seorang gadis yang tidak tahu menggunakan Bahasa Mandarin dengan betul. Berbeza dengan kakaknya, Fong Wong, wanita muda ini cukup licik dan sering menggunakan kejelitaannya untuk memenuhi segala kemahuannya!

Pastinya, Mr Siao’s Mandarin Class Musim Kedua merupakan komedi Cina terbaik di Stesen TV nasional! Ikutilah keletah lucu karakter pelbagai warna ini tatkala mereka mempelajari cara bertutur Bahasa Mandarin dengan betul dan jelas! Saksikan Mr Siao’s Mandarin Class, setiap Rabu, 9.00 malam hanya di ntv7!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Jenguk Ke Angkasapuri Sambut RTM ke 64

Sudut Pidato Rancangan Terbaru Astro Awani