Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Movie Day Out Sensasi Selebriti – Filem Evolusi KL Drift 2



Salam buat semua pembaca budiman,

Dah tonton filem yang aksi lumba drift – Evolusi KL Drift 2? Kalau belum atau mahu menonton kali kedua, apa kata join Movie Day Out anjuran Sensasi Selebriti dan selain dapat menonton bersama pembaca Budiey.com yang lain, Budiey akan menghadiahkan hadiah goodie bag istimewa.

Budiey dengan ini ingin menjemput pembaca Sensasi Selebriti yang berminat untuk menyertai Movie Day Out Sensasi Selebriti – Evolusi KL Drift 2.

Evolusi KL Drift 2 adalah filem aksi lumba drift lakonan Syamsul Yusuf, Farid Kamil, Scha Alyahya, Ryzal Asyraf, Adam Corrie dan ramai lagi.

Bila? Hari Ahad ini, 25 April 2010, Jam 1.00 tengahari

Waktu Tayangan: 1:30 tengahari

Yuran Sensasi Selebriti: RM5 sahaja untuk seorang

Di mana? Pawagam GSC Mid Valley, Tingkat 3

Kategori: U – untuk tontonan umum

Runtime: 100 minit

Kepada pembaca yang join, Budiey akan menghadiahkan hadiah GOODIE BAG istimewa.

Semuanya menanti untuk korang~!

BAGAIMANA CARANYA?

Apa yang korang perlu buat ialah:

  1. Jadi pemanggil terawal. Sila hubungi Budiey di talian 019 6249479 sekarang! Tiket masih ada!
  2. Oleh kerana, sebelum ini, ramai yang bagi nama tapi tak hadir pada hari Movie Day Out, Budiey terpaksa meminta pembaca yang buat panggilan supaya BANK-IN yuran Sensasi Selebriti melalui MAYBANK2U. Nombor akaun akan diberikan semasa panggilan dibuat. Sila hantar resit bayaran Maybank2U kepada
  3. Selepas buat bayaran, barulah nama anda akan disenaraikan. Maaf atas segala kesulitan.

Segala SMS yang dihantar tidak akan dilayan. Siapa cepat dia dapat!!!

Kepada pembaca bertuah, kita jumpa HARI AHAD ini ya!

Jom tonton trailer filem Evolusi KL Drift 2:

Tags:

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Scha Alyahya di Majlis Prebiu Media Evolusi KL Drift 2
  • Gambar Sekitar Movie Day Out Filem Evolusi KL Drift 2
  • Gambar Aaron Aziz Jadi Gangster Dalam Filem Evolusi KL Drift
  • Gambar Sekitar Karnival Evolusi KL Drift 2
  • Gambar Scha Al Yahya di Karnival Filem Evolusi KL Drift 2
  • Aaron Aziz Kemalangan di Lokasi KL Gangster 2
  • Movie Day Out Bersama Pembaca Sensasi Selebriti Filem Star Trek
  • Filem Aku Bukan Tomboy Selongkar Dunia Tomboy
  • Sinopsis Filem Evolusi KL Drift Lakonan Fasha & Farid Kamil
  • Dr. Rozmey Dakwa Skim Wajib Tayang Tak Memajukan Industri Filem?



    • Hamba Allah

      Dah tengok citer ni dulu…tapi tak dapatla goodie bag mcm yg Budiey nak bagi ni!

    • ema mentari

      bestZzzz..arh cite ney??
      lebih dari pda KL Drift 1..



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK