in

Motor Naza Blitz Hadiah Cabutan Bertuah Rockaway 2011

Konsert Rockaway 2011 semakin hampir tiba. Hanya tinggal 2 hari lagi. Esok pula, akan diadakan sidang media terakhir yang akan membariskan band popular bertemu dengan media sebelum konsert terbesar ini diadakan di Car Park A, Stadium Bukit Jalil jam 12 tengahari. Budiey.com juga turut dijemput oleh penganjur untuk hadir menonton secara live festival Rock yang dikatakan terbesar di Malaysia ini. Budiey juga turut menerima 5 keping tiket untuk diberikan kepada pembaca. Korang yang nak tiket, boleh join contest kat sini.

Terbaru, berita yang Budiey terima, pihak penganjur telah menerima sebuah motor berjenama Naza Blitz tajaan dari Naza untuk diberikan kepada pengunjung bertuah yang membeli tiket berharga RM108 menerusi satu cabutan bertuah.

Kepada anda yang membeli tiket bernilai RM108, mungkin motor Naza Blitz bernilai RM5,000 ini akan menjadi milik anda!

Oh, jadi berita ini tiada kena mengena dengan pembeli tiket yang berharga RM68 dan RM88 ya. Jadi good luck kepada anda yang membeli tiket RM108.

Oh ya, Budiey difahamkan semasa sidang media ini akan dihadiri oleh barisan artis‐artis tempatan seperti One Buck Short, Love Me Butch, Jason Lo, Hujan, Metalasia, Pop Shuvit & Project E.A.R, Monoloque, Deja Voodoo Spells, They Will Kill Us All, Kyoto Protocol, Massacre Conspiracy, Dichi Michi, Busco, Tres Empre, Oh Chentaku dan Twilight Action Girl. Bersama dua lagi artis antarabangsa iaitu All Time Low & Story Of The Year, Rockaway 2011 bakal menjadi festival rock terbesar di Malaysia yang pernah dianjurkan selama 12 jam tanpa henti.

Teaser Rockaway Poster

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Pelancaran Mini Album Qalisha

Slot Sinema Ahad Imbas Nostalgia Filem Popular