Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









MONSTER WARRIORS LAKONAN LARA AMERSEY, MANDY BUTCHER



MONSTER WARRIORS : SETIAP ISNIN HINGGA JUMAAT, JAM 9.30 – 10.00 PAGI, MULAI 17 NOVEMBER – 30 DISEMBER 2008 DI RTM 2.

Kehadiran musim cuti sekolah pastinya saat ditunggu-tunggu oleh setiap kanak-kanak mahupun para remaja yang bercuti di hujung tahun ini. Maka tidak hairanlah setiap kanak-kanak dan semua golongan remaja yang bercuti pada hujung tahun ini meluangkan masa beriadah menonton televisyen bersama rakan-rakan dan keluarga tercinta. Radio Televisyen Malaysia (RTM), tidak ketinggalan menyiarkan pelbagai program kanak-kanak sepanjang musim cuti sekolah ini.

Rancangan bersiri bertajuk ‘Monster Warriors’ adalah mengenai empat remaja berlawan untuk menyelamatkan sebuah bandar besar. Telemovie yang berkonsepkan Siri Remaja disiarkan pada 17 November hingga 30 Disember 2008 mulai jam 9.30 pagi hingga 10.00 pagi dan akan dipertontonkan setiap hari Isnin hingga Jumaat menerusi siaran RTM 2.

Telemovie bersiri berbahasa inggeris, Monster Warriors yang berasal dari Amerika Syarikat membariskan pelakon-pelakon terkenal iaitu Lara Amersey, Mandy Butcher, Jared Keeso dan Yani Gellman. 

Siri penggembaraan, mengisahkan empat orang remaja yang menjaga Capital City bertanggungjawab menentang musuh kejahatan. Pelbagai kejadian dan rintangan dari ancaman serta gangguan makhluk ganas mengganggu penduduk di sekitar tempat tinggal mereka. Mereka berempat melawan raksaksa dan haiwan ganas dengan menggunakan senjata daripada alat-alat kelengkapan rumah.

Pertarungan sebagai Monster Warriors bekerjasama mencari punca kejadian dan kewujudan raksaksa ganas. Saksikan kisah pengembaraan 4 sekawan yang akan mengharungi cabaran dan pertarungan mereka antara Von Steinhauer dan Mystery Monster Maker. Apakah mereka dapat mencari si pembuat rasaksa itu? Adakah perlawanan tersebut menyebelahi mereka?

Saksikan Siri Remaja yang peniuh aksi dan pengembaraan dalam Monster Warriors  yang bersiaran  pada 17 November hingga 30 Disember 2008 mulai jam 9.30 pagi hingga 10.00 pagi dan akan dipertontonkan setiap hari Isnin hingga Jumaat menerusi siaran RTM 2.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Drama Kelong Kasih Lakonan Mas Muharni
  • Yumiko Cheng, Mandy Chen, Joey Yung, Vincy Yeung, Naughty Photo Scandal
  • Gossip Pelakon Jelita Goda Duda Kaya
  • Filem Animasi di TV9
  • Lirik Lagu Terbaru Kaer Bukan Kasihku
  • Drama Manjalara Musim Kedua Lakonan Emelda Rosmila Kembali
  • Gambar Lama Sherry Ibrahim di Majalah Mangga
  • ABC Monsters Cartoon Network
  • Gambar Memey Suhaiza Suhaimi Norman Hakim Tangkap Khalwat
  • Monster House, Kermit’s Swamp Years, Open Season



    • Mohd faiz Haziq

      kenapa crita monster warriors disiarkan pada waktu cuti…
      Kenapa tidak disiarkan pada setiap hari sabtu atau ahad tdk kiralah pada waktu sekolah atau pada waktu cuti panjang…

      SAYA INGIN CERITA MONSTER WARRIORS DISIARKAN SEMULA PADA HARI AHAD ATAU SABTU…

      SAYA RINDU AKAN CERITA MONSTER WARRIORS…

    • siti nur afisza

      kenapa cerita monster warrior tdk disiarkan lgi di tv 2……..saya rindu sangat cerita monster warrior………tolong lh siarkan lgi.cerita ni best……saya harap cerita ini akan disiarkn semula di tv2.



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK