in , ,

Misteri di Sebalik Erra Fazira Tidak Hadir Di Konsert Suria FM

Sabtu lalu tanggal 7 Julai 2007, berlangsung konsert anjuran Suria FM bermula jam 4 petang hingga 11 malam.

Saya hanya tiba di perkarangan Stadium Bukit Jalil jam 7 malam. Makan malam di food court perkarangan stadium bersama my best friend, Rizal. Di situ, bertembung dengan wartawan popular Joe Lee dan Juan Danza yang datang berkepit dengan Dafi AF5 untuk makan malam. Sempat sembang sepatah dua dengan bintang AF5 yang katanya telah berlakon dalam filem terbaru Saw Teong Hin, Apa Kata Hati. Dafi siap berganding dan bercinta dengan sang juara AF5, Mila lagi dalam filem tu. Dafi ada perform pada sebelah petang di konsert Suria FM.

Konsert gah dengan penyanyi popular 3 buah negara tapi sayang, tidak ramai penonton kita yang datang untuk turut sama menyokong. Seawal jam 8 malam, penonton masih lagi kurang. Kalau nak dibandingkan dengan konsert Jomheboh dan Gempak Selebriti Astro memang konsert Suria FM jauh dari persaingan ini. Tak boleh nak lawan. Mungkin Suria FM boleh memikirkan cara lain untuk mempromosikan acara mereka dan memperluaskan lagi empayar untuk memonopoli pendengar di lain masa.

Pada permulaan konsert lagi terdapat masalah teknikal dan bunyi. Ini berlarutan bukan sekali dua tetapi sehingga persembahan terpaksa diulang semula. Katanya ada sedikit masalah dengan bekalan elektrik. Nasib baik tidak berlarutan hingga ke akhir konsert. Diselang seli dengan penampilan penyampai dan selebriti yang menyampaikan mesej alam sekitar, konsert ini juga diserikan dengan slot tribute untuk Loga vokalis Alleycats yang meninggal dunia baru-baru ini.

Kalau anda pendengar setia Suria FM, pasti anda tahu yang radio ini juga mempunyai ramai pendengar dari warga Indonesia. Berkonsepkan lifestyle atau gaya hidup yang lebih rancak, radio ini katanya ada penyampai yang diimport dari seberang untuk mengendalikan beberapa slot seperti carta baik banget dan sebagainya. Jadi, saya tidak hairan mengapa lebih 60% penonton yang datang adalah dari warga Indonesia yang bekerja di Malaysia. Yang tak tahannya, diorang datang dengan banner yang tidak berkait dengan penyanyi yang buat persembahan. Macam-macam kain rentang yang diorang ni bawa. Memang menggerunkan juga persis mat-mat black metal tapi penampilan mereka tak ubah seperti kumpulan rock zaman awal 90 an dulu. Selain buat havoc tak tentu pasal, ada yang sampai naik pentas masa band rock dari Indonesia Slank buat show.

Saya kira usaha dan cubaan pertama dari Suria FM mengadakan konsert yang membawa mesej alam sekitar sebegini harus dipuji. Segalanya nampak lancar walaupun ada masalah teknikal. Itu dah biasa kan? Antara yang membuat persembahan itu ialah Khatijah Ibrahim, Maya Karin, Zainal Abidin, Noryn Aziz, Fazli Zainal, Dayang Nurfaizah, Norish Karman, MPire, Sofaz, Urban Method, Sixth Sense, Flop Poppy, Fairuz Hussien, Elyana, Bandi dan kumpulan Hujan. Konsert itu juga turut menampilkan penyanyi dari Singapura seperti Ramli Sarip, Ahli Fiqir, Ferhad dan Imran Ajmain, selain membawakan barisan penyanyi Indonesia seperti Yuni Shara, Katon Bagaskara, Titi DJ, Tangga, Element dan Slank. Konsert ini juga diserikan dengan penampilan istimewa bintang popular Indonesia seperti Samuel Rizal, Nicolas Saputra dan Marcella Zalianty serta Sazzy Falak dan Ashraf Sinclair dari Kuala Lumpur. Turut diundang ialah penyanyi dari Jordan, Toni Qattan. Hebat kan?

MANA ERRA FAZIRA?
Di mana Erra Fazira? Saya tidak nampak pun Erra Fazira buat persembahan tetapi mengapa nama Erra masih ada dalam senarai? Mungkin ini disengajakan untuk menarik perhatian penonton dan media untuk datang ke konsert ini. Sampai habis konsert, personaliti sensasi yang sedang dilanda kontroversi cinta tiga segi ini tidak nampak batang hidung. Apa citer?

Khabarnya, Erra menarik diri sebab ada di set shooting filem Hidden. Kononnya ada scene yang ditunda dan Erra terpaksa menghabiskan adegan tersebut. Itu yang dikatakan sendiri oleh Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin. Apabila bertemu dengan orang besar yang tiba-tiba meletop namanya di persada dunia hiburan tanahair ini, maka banyaklah soalan peribadi dilontarkan oleh media kepada Emran. Tapi malangnya, Engku Emran tak nak ulas banyak tentang soalan peribadi sebab dia tunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan sesuatu samada dia akan berkahwin dengan Erra Fazira atau bagaimana, tengok keadaan sahaja. Lagi pun dia tidak mahu mengeruhkan keadaan apabila ditanya tentang keadaan tangan Hans Isaac yang cedera kononnya berlaku pergelutan dan pergaduhan antara mereka. Yang pasti, kontroversi yang melibatkan COO Suria FM ini akan melonjakkan rating radio yang tidak sampai setahun beroperasi itu. Maka, tunggu sahajalah, pasti sure boleh punya Suria FM akan pecahkan rekod pendengar yang dipegang oleh Era FM dan Hot FM. Tungguuuu….

[tags]Erra Fazira, konsert Suria FM, Fazira Wan Chik, Erra Fazira, Han Isaac, Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Imran Engku Zainal Abidin, lirik Jangan Ditanya, frust, tips cinta bahagia, manderem, bomoh, Datuk Siti Nurhaliza, mp3 download, muat turun ringtones, Caller Ringtones, RBT, Ring back tones, cinta tiga segi, perkahwinan Erra dan Engku Imran, gambar, filem Cuci, Bollywood, Hollywood, Dafi AF5, Akademi Fantasia, Film Hidden, Akademi Fantasia, Mila, pelakon Indonesia, penyampai lelaki, radio, upacara persandingan, wedding, filem cinta, Khatijah Ibrahim, Maya Karin, Zainal Abidin, Noryn Aziz, Fazli Zainal, Dayang Nurfaizah, Norish Karman, MPire, Sofaz, Urban Method, Sixth Sense, Flop Poppy, Fairuz Hussien, Elyana, Bandi, kumpulan Hujan, Yuni Shara, Katon Bagaskara, Titi DJ, Tangga, Element, Slank, Samuel Rizal, Nicolas Saputra, Marcella Zalianty, Ashraf Sinclair, Sazzy Falak[/tags]

ashraf sinclair
imran ajmain
tuah
noryn aziz
yuni shara
faizal OIAM
fazly zainal
slank
suria fm
Imran Ajmain

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Superfriends Live Band di Planet Hollywood

Biodata Adlin Aman Ramli, Penerbit Bersekutu Filem Haru Biru