MISI PENCARIAN MUKA BARU di ntv7 BERMULA!
Adakah anda mempunyai sifat humor yang tinggi, petah bercakap dan berkeyakinan tinggi di hadapan kamera? Jika ya, anda mungkin berpeluang untuk muncul sebagai bintang – muka baru untuk rancangan yang mendapat ratings tertinggi – Kids@fgw (terdahulunya dikenali sebagai Whoa!). Kini, kami amat berbangga untuk memaklumkan bahawa stesen ntv7 akan memulakan misi pencarian pengacara terbaru Kids@fgw. Terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur lapan hingga dua puluh tahun, Saluran Ceria Anda mencari calon-calon yang mahir bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, fotogenik, berani dan selesa dengan kamera. Mereka yang berminat digalakkan untuk menyertai sesi ujibakat di Sri Pentas (Bandar Utama), Sabtu, 31 Januari 2009 dan Ahad, 1 Februari 2009 dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Juga, jangan lupa untuk membawa koleksi gambar terbaik anda untuk tatapan kami!

Mula bersiaran pada tahun 2005, rancangan ini pernah dikemudikan oleh bintang yang semakin dikenali seperti Lisa Surihani dan Rusdiana Rusdi. Kedua-duanya merupakan bekas pengacara rancangan Whoa! dan hari ini, bukan sahaja mereka digilai namun bakat mereka juga semakin berkembang dan mendapat pengiktirafan. Pastinya, sesi ujibakat ini dilihat bertepatan dengan usaha stesen untuk tampil sebagai platform terbaik untuk rakyat Malaysia mencungkil dan mengembangkan kemahiran dan bakat terpendam mereka. Oleh itu, bagi mereka yang mempunyai impian dan harapan tinggi untuk menjadi penghias kaca televisyen – ini mungkin detik permulaan yang terbaik untuk anda menceburkan diri dalam industri hiburan tempatan!
Selain itu, jangan ketinggalan untuk bersama kami di “Day Out With Kids @ fgw”, – sebuah mini karnival yang menyediakan hiburan berkualiti terbaik dalam suasana yang menghiburkan untuk kenikmatan seisi keluarga! Selain menganjurkan sesi ujibakat, Saluran Ceria Anda turut akan menyediakan aktiviti hebat, persembahan secara langsung dan himpunan permainan untuk aktiviti luar sepanjang dua hari berturut-turut (Sabtu, 31 Januari & Ahad, 1 Februari) di Sri Pentas, 10.00 pagi – 5.00 petang.
Dari aktiviti lari dalam guni, lari bersama bola pingpong ke persembahan artis, kerusi muzik, bingo, sand arts, demo masakan dan tayangan kartun terkenal ntv7….segalanya di sini! Lebih menambahkan warna pada acara ini ialah kanak-kanak akan diberi peluang untuk mempamerkan bakat mewarna mereka dalam beberapa sesi. Hadiah hebat menunggu! Pengunjung turut akan dihiburkan dengan nyanyian merdu penyanyi wanita terkenal – Dina.
Untuk pertanyaan lanjut mengenai Sesi Ujibakat Kids@fgw dan Day Out With Kids @ fgw, sila layari laman web kami di www.ntv7.com.my. Alamilah suatu pengalaman hiburan keluarga terbaik pada Sabtu, 31 Januari & Ahad, 1 Februari, 10.00 pagi – 5.00 petang, Sri Pentas Bandar Utama.
Tags: NTV7
Tags: NTV7Click on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





January 24th, 2009 at 12:15 pm
sape2 yang ada kriteria macam budiey sebut tu cepat2 lah yer..
December 8th, 2009 at 1:27 pm
Saya berbangga dengan konsep NTV7 yang berjaya memaparkan liputan berita(Edisi7) yang lebih natural. dominan dan komprehensif, terutamanya liputan dari Mahkamah.Inilah yang saya mahukan, sebuah stesyen TVyang mempunyai konsep yg tersendiri tanpa terikut-ikut peralihan politik yang berat sebelah. Konsep seperti ini menepati amalan negara Demokrasi yang sejati. Tahniah … ntv 7. Teruskan usaha murni anda
November 29th, 2010 at 12:53 pm
macam mana sy nk join ni?
January 16th, 2011 at 1:40 pm
Hi macam mn caranye.?