in

Mini Parlimen 2014 Uji Bakat Cilik Jadi Pemimpin

Radio Televisyen Malaysia (RTM) sememangnya peka dengan kehendak penonton dalam menerbitkan program berkualiti yang memenuhi citarasa untuk seisi keluarga. Ternyata kenyataan tersebut direalisasikan RTM dengan penerbitan semula musim baharu program Mini Parlimen 2014 yang pernah mencipta sejarah dan menarik perhatian penonton sejak tiga dekad yang lalu.

RTM kembali mengulangi sejarah penerbitan program Mini Parlimen Kanak-kanak 1984 apabila menerbitkan semula program yang diminati dan popular di kalangan semua peringkat khususnya kepada kanak-kanak itu dengan suntikan idea yang lebih segar mengenai pelbagai isu daripada sudut pandang sesuai dengan umur dan pemikiran mereka.

penerbit Norsafaliza bersama peserta Mini Parlimen 2014

Ahli Parlimen Cilik Tunjuk Bakat Berdebat Dalam Mini Parlimen 2014 Di TV2

[dropcap]B[/dropcap]akal menemui penonton mulai 8 Mac depan, setiap Sabtu, pukul 10.30 pagi di TV2, kalangan penonton pastinya teruja apabila berpeluang melihat bagaimana kanak-kanak cilik berdebat di dalam Mini Parlimen yang disiarkan dalam 13 episod.

Menurut penerbitnya, Norsafaliza Mohd Yatim berkata musim baharu ini membabitkan penyertaan 35 anggota parlimen kanak-kanak berumur antara 8 hingga 12 tahun, 21 daripada pencadang dan 14 pembangkang.

Pelawak Azrul Zaidi Jamaluddin dipilih menjadi Yang Dipertua atau Speaker menggantikan Jamal Muhamad.

Antara kelainan ditonjolkan kali ini ialah disiarkan secara bersiri berbeza dengan penerbitan sebelum ini yang hanya disiarkan setahun sekali sempena hari kemerdekaan pada 31 Ogos.

Sementara itu speaker terdahulu, Jamal Muhamad berharap agar program hasil idea isteri perdana menteri keempat, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali dapat diteruskan sampai bila-bila kerana ia sememangnya menyumbang kepada kejayaan kanak-kanak yang pernah menjadi peserta program ini dimana ada di antara mereka kini bergelar arkitek, juruteknik dan tidak mustahil menjadi pemimpin negara satu hari ini.

Mini Parlimen 2014

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sarimah Ibrahim Hangat Bercinta Dengan Kerabat

Astro Tutor TV SPM Anjur Kempen Keputusan SPM 2013