in

Minggu Setiausaha The Moments With Dato’ Jamal Abdillah

Penyanyi terkenal yang menyandang gelaran Raja Pop Malaysia, Dato’ Jamal Abdillah akan menghiburkan para setiausaha dan peminat di satu persembahan eksklusif sempena Minggu Setiausaha ‘The Moments With Dato’ Jamal Abdillah’ pada 24 April 2014 di Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya. Majlis yang akan diadakan bermula jam 2 petang hingga 5 petang itu turut menampilkan persembahan fesyen daripada pereka terkenal Hatta Dolmat dan juga ‘Career Talk’ oleh Imam Muda Najdi.  Menurut Sazrin Aizul Zailani selaku wakil penganjur dari Alam Hijrah Convention:

“Tiga perkara akan berlangsung dalam satu majlis. Bermula dengan persembahan nyanyian daripada Jamal, seterusnya pertunjukan fesyen berkonsepkan muslimah dari Hatta Dolmat dan seterusnya ‘Career Talk’ daripada Imam Muda Najdi. Majlis akan diteruskan kembali dengan persembahan nyanyian Jamal selepas itu.”

Bertemu dengan Hatta Dolmat di majlis pelancaran program tersebut, pereka fesyen itu berkata ini merupakan kerjasama pertamanya dengan pihak penganjur dan Jamal dalam satu majlis untuk Minggu Setiausaha.

jamal-abdillah

“Ini merupakan peluang pertama saya untuk Minggu Setiausaha. Saya belum pernah lagi melakukan pertunjukkan fesyen bersempena dengan Minggu Setiausaha. Sejujurnya, saya sendiri merupakan seorang peminat Jamal dan membesar dengan lagu-lagu nyanyian Jamal. Jadi tidak keberatan bagi saya untuk berkolaborasi untuk persembahan ini. Koleksi fesyen juga akan saya tampilkan dalam konsep muslimah. Konsep ini lebih kepada busana bercirikan Islamik dan sopan.”

Harga tiket bagi majlis tersebut terbahagi kepada kategori korporat, platinum, gold dan silver itu telah mula dijual bermula daripada RM445 seorang hingga ke RM1150 seorang. Manakala bagi penjualan meja untuk 10 orang bermula dari RM4450 hingga ke RM11500.

Syarikat korporat dan individu yang berminat untuk menyaksikan persembahan hebat Jamal bersempena dengan Minggu Setiausaha ‘The Moments With Dato’ Jamal Abdillah’ pada 24 April 2014 di Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya bermula jam 2 petang, hubungi 012-4748687, 012-2267679, 017-2798556, 016-3510117 dan 012-9060677.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang Tiket Konsert Avril Lavigne Live In Malaysia

Sebab Mamat Khalid Ambil Pelakon Baru Untuk Zombi Kilang Biskut