Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Minggu Setiausaha 2009 Bersama Dato’ Siti Nurhaliza & Kris Dayanti



Dato’ Siti Nurhaliza akan menjayakan persembahan dengan 10 buah lagu ini pada 22 April ini manakala penyanyi Indonesia Kris Dayanti pada 21 April di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur.

Siti menandatangani poster Minggu Setiausaha 2009 sambil diperhatikan oleh Ketua Pegawai Operasi Cash Band Johan Thomas Low. Secara eksklusifnya, Siti kembali menjayakan Minggu Setiausaha bersama Quality Hotel buat kali keenam.

Siti berkata jika dulu dia selalu menggunakan khidmat pengarah muzik Aubrey Suwito tetapi kali ini Aubrey tidak dapat bersama-sama Siti kerana sibuk dengan program One In A Million.

“Kali ini saya akan menyanyi tidak lebih daripada 10 buah lagu dari album terbaru termasuk lagu-lagu popular saya dengan bantuan ‘live band’ oleh pengarah muzik Jenny Chin dan lima hingga enam penari. Lagu hits saya pula akan mewarnai segmen lagu nostalgia. Saya akan beritahu segmen menarik itu nanti kerana selebihnya peminat perlu datang dan menontonnya sendiri. Saya hanya akan melakukan persembahan seorang diri tanpa bantuan artis lain memandangkan kita sudah ada penglipur lara iaitu Dee,” beritahu Siti mengenai majlis yang sekali lagi melantik Dee sebagai pengacara majlis buat kali keenam.

Kali terakhir Siti menyertai majlis tersebut adalah pada dua tahun lalu. Tahun ini, Siti akan menjayakan persembahan tersebut pada 22 April ini manakala penyanyi Indonesia Kris Dayanti pada 21 April di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur.

“Apa yang membuatkan saya terpanggil untuk menyertai Minggu Setiausaha ini disebabkan rindu kerana biasanya saya hanya membuat majlis makan malam. Saya juga menerima tawaran ini atas hubungan baik antara saya dan Quality Hotel dan mereka tidak lupa menjemput saya membuat persembahan,” beritahu penyanyi yang sedang popular dengan lagu Dalam Taman Teman, Cinta Ini dan Ada Masa Mata ini yang dimuatkan dalam album Lentera Timur. [sumber]

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Sidang Media Minggu Setiausaha Hotel Quality
  • Gambar Siti Nurhaliza & Kris Dayanti di Red Carpet AIM 17
  • Peraduan Menangi Album 2 DIVA – Kris Dayanti & Siti Nurhaliza
  • Gambar Saida di Pelancaran Album CTKD
  • Siti Nurhaliza di Konsert Setiakawan 2 @ Dataran Merdeka Malam Ini
  • Beli Album 2 DIVA – Kris Dayanti & Siti Nurhaliza Di Pasaran Sekarang
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza & Krisdayanti di Minggu Setiausaha SACC
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Majlis Pelancaran Album CTKD
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Red Carpet APM 2009
  • Rakaman Eksklusif Dato’ Siti Nurhaliza Bersama Peminat



  • 7 Komen untuk entri “Minggu Setiausaha 2009 Bersama Dato’ Siti Nurhaliza & Kris Dayanti”

    1. Putra_hakim kata:

      Best la Siti Nurhaliza ni..
      smoga kak siti lebih sukses!
      Album baru siti lentera timur mmg best. tahniah siti.. MUAH!

    2. Badarsila kata:

      lawanye siti nurhaliza ni.. nampak cantik sangat. minat giler dgn siti lah!
      suara siti mmg power..
      show dia skali pun tak pernah menghampakan.. sentiase EXCELLENT!

    3. Ntahla.... kata:

      Nnt blhla pakai serkop yg liplap2 mase wat show kt mnggu sekretari tu ye CT, hehe….

    4. nur ajeerah hasya kata:

      dengar kata kak siti hisap rokok betul ke?

    5. nur ajeerah hasya kata:

      tapi saye x percaya.cause saya peminatnya

    6. nisyah kata:

      ct kan penyanyi no 1 malaysia…..setiap artis mesti ade tp xkan nk tunjuk ngan owg kottttt.
      mcm adik ct saerah isap okok smua owg no komen arrrr

    7. aina kata:

      as’kum saya memberi persamaan diantara erra dan siti dalam satu bumbung dunia artis hidup bahagia dan aman.

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK