in , , ,

Betul Ke Mimifly One Nation Emcees Seorang Psiko?

Mimifly One Nation Emcees dikatakan mengalami tekanan hidup akibat rakaman peribadinya yang tersebar luas di dalam dunia siber. Mimi hidup menderita selepas dia diaibkan oleh lelaki yang bertopengkan syaitan sehingga Mimi sanggup membunuh demi maruah dirinya.

Begitulah kisah hidup Mimi ataupun Maya, watak yang dibawakannya didalam filem baru terbitan Grand Brilliance iaitu KLIP 3GP yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 13 Oktober 2011.

Menceritakan sedikit tentang filem KLIP 3GP yang mengisahkan tentang hidup Mimi sebagai seorang eksekutif yang berjaya, namun dia termakan hasutan seorang lelaki yang bernama Sunny, seorang gigolo yang membuat duit melalui ugutan untuk menyebarkan rakaman tersebut ke dalam internet.

Di sinilah perubahan yang akan penonton nampak apabila Mimi bertukar menjadi ‘Psiko’ dan mula membunuh semua orang yang bersalah kepadanya demi memuaskan hatinya yang sudah bertukar menjadi batu.

MIMI

Filem ini adalah ujian buat Mimi yang pertama kalinya berlakon di dalam industri filem Malaysia. Tambahan lagi, watak yang diberikan kepadanya adalah satu watak yang berat iaitu watak seorang ‘Psiko’.

Namun begitu, lulus dengan cemerlang adalah perkataan yang bertepatan kerana dia telah membuktikan bahawa dia bukan sahaja boleh menyanyi, menari, malah berlakon juga adalah bakat terpendam artis kelahiran Gangstarz ini.

MIMI

Tetapi apa yang membuat Mimi kurang senang adalah lakonan ranjangnya yang di dipaparkan di dalam KLIP 3GP. Apabila ditanyakan kepada Mimi tentang aksi ghairah itu, Mimi mengatakan bahawa penonton harus melihat mesej tersirat yang terdapat di dalam filem ini dan bukannya aksi ghairah semata-mata.

Tetapi dia sedar bahawa masyarakat kita mudah tersentap dengan aksi kontroversi tanpa melihat apa isi kandungannya dahulu dan dia bersedia menghadap apa jua kritikan yang bakal dilemparkan kepadanya.

Sempena filem KLIP 3GP, dua single terbaru berjudul ‘Psiko’ dan ‘Jika’ akan disiarkan di tonton.com.my dan gua .com.my bagi tatapan peminat setia One Nation Emcees kedua-duanya pada 28 September dan 5 Oktober 2011.

MIMI

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Go Green-eco-friendly 8TV FUN HUNT

Peraduan Menangi Tiket Konsert Rockaway 2011