Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Mila Juara Wanita Pertama Akademi Fantasia!



Tahniah! Berjuta dan bermillion tahniah untuk anda dan juga Mila. Akhirnya suara majoriti telah memilih seorang juara wanita yang punya vokal yang unik dan mantap. Ya atau tidak, vokal Mila dikatakan akan menggugat nama Jaclyn Victor. Pada saya pula. anda telah memilih juara yang memiliki vokal yang lebih mantap daripada Ezlynn. Ini berdasarkan pada penilaian saya. Apa-apa pun, anda akhirnya memecahkan tradisi juara Akademi Fantasia menjadi milik wanita. Syabas Mila, anda telah memecahkan rekod penguasaan pelajar lelaki yang selama ini mendominasi gelaran juara sebanyak 4 musim. Dengan mendapat 32% undian SMS sedikit sebanyak menyakinkan saya, penonton Malaysia sudah pandai menilai bakat dan kebolehan serta kredibiliti yang harus ada pada seorang bintang. Mila bersaing rapat dengan Ebi yang mendapat 26% undian SMS, dicabar pula dengan Aswad yang akhirnya tidak berganjak dengan 21% undian SMS. Heliza pula agak kurang selesa di kedudukan ke-4 dengan 11% undian diikuti Candy ditempat terakhir dengan hanya mendapat 9% undian sahaja.

Kalau diimbas kembali, laluan perjalanan Mila… saya rasa punyalah banyak likuan harus ditempuhi. Dari mula Mila mengorak langkah dengan terselamat daripada penyingkiran kerana Zana menarik diri, kemudian Mila seperti batu permata yang hilang sinarnya sehingga mengaburi pandangan penonton. Nasib Mila memang baik kerana terus terselamat dari konsert ke konsert. Tatkala pelajar lain mendapat sokongan dengan penubuhan kelab peminat, Mila bersendirian tanpa semua itu. Di konsert awal, saya perhatikan tidak ramai yang melaungkan nama beliau. Di konsert awal juga, tidak banyak banner yang dibawa oleh penonton di Dewan Sivik. Namun, semua ini berubah. Seolah sebutir bintang telah dilahirkan pada pertengahan laluan AF. Membuatkan ramai yang sedar dan membuka mata bahawa Mila sepatutnya diberi satu ruang untuk membolot segala hadiah buat juara. Mila mendapat sokongan yang berterusan walaupun terpaksa menghadapi persaingan yang begitu sengit.

AF kali ini, ternyata pada saya sangat mendebarkan walaupun ramai dapat menjangka Mila akan menang berdasarkan pada sorakan yang bergema di Stadium Putra. Penyokong Aswad, Ebi, Heliza dan Candy tidak menyerah kalah sebelum tirai undian ditutup. Namun saya percaya, lagu Persis Mutiara dari Mila daya penarik utama konsert akhir. Dalam ke lima-lima lagu baru yang dinyanyikan, hanya lagu Mila yang sedap dan catchy di telinga saya. Sungguh sedap lagu ini dan saya menjangkakan lagu ini bakal hits dan popular di radio-radio. Tidak syak lagi, kan?

Selesai menikmati konsert yang over-run itu, saya ke majlis sidang media untuk mendengar perbualan dan isu-isu yang dibangkitkan oleh wartawan. Tidak banyak isu-isu yang panas. Soalan kepada pelajar pun tidak terlalu pedas sangat kerana media pun tahu mereka masih mengalami kejutan budaya. Saya kagum dengan gaya Mila menjawab soalan dari media. Begitu yakin dan lancar sekali Mila menyusun ayat sehingga mendapat tepukan dari media. Apa yang saya ingin katakan, pilihan anda memang tepat. Mila ada pesona seorang bintang, Mila ada aura selebriti, Mila ada tahi lalat di pipi sebagai trademark, Mila ada suara yang sedap, Mila boleh buat orang suka dengan kegenitannya, Mila boleh buat orang suka dengan kegedikannya, Mila boleh mengundang ketawa dengan keletahnya… dan Mila ada bakat seni untuk membuka satu lagi cawangan lombong emas buat astro… ops ke situ pulak. Ulasan konsert dan beberapa cerita di karnival AF akan menyusul selepas ini. Jadi stay tuned di Sensasi Selebriti.

Fakta SMS

Jumlah undian SMS AF1 – 4.5 juta
Jumlah undian SMS AF2 – 15 juta
Jumlah undian SMS AF3 – 10.7 juta
Jumlah undian SMS AF4 – 7.4 juta
Jumlah undian SMS AF5 – 6.6 juta

[tags]Mila AF5, Konsert Akhir AF5, Aswad, Ebi, Candy, Heliza, Astro, Lirik Persis Mutiara[/tags]

Tags: ,

Tags: , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Mila AF5, Juara Yang Sedang Laris
  • Magik Mila Bakal Menjuarai AF5?
  • Hafiz Juara Akademi Fantasia 7
  • Senarai Lagu Ujibakat Akademi Fantasia ke-6
  • Lirik Lagu Persis Mutiara – Mila AF5
  • Akademi Fantasia 6 atau Akademi Fantasia All Stars
  • Pantun Hari Raya Aidilfitri Akademi Fantasia 5
  • Mila Jirin Berjaya ke Pertandingan Open Mic UK 2010
  • Gambar & Ulasan Konsert Tirai Akademi Fantasia 9
  • Jom bersantai Bersama Mila di Perasmian DA VOM!



    • http://www.budiey.com Budiey

      Nak dengar lagu Persis Mutiara kat you tube sila ke:

      http://www.youtube.com/watch?v=oO-1X8imdDw

      makasih.

    • ayyman.

      yeah. mila deserve it~

    • http://headsteadi.com headsteadi

      rasanya inilah kali pertama AF betul2 memilih juara yang memang patut menjadi juara dan bukannya berdasarkan populariti atau rupa

    • dian

      yeay mila. u go gurl !!! mila memang hebat!

    • http://www.budiey.com Budiey

      ayyman, glad to read komen dari peminat setia Mila macam kamu deh.

      headsteadi, populariti Mila lebih ada impak selepas dia keluar AF. Mungkin pengundi perempuan dah suka undi pelajar perempuan, tak macam AF musim terdahulu ek…

      Dian, tunggu ya, nanti maestro katanya akan terus buat album Mila dalam masa yang terdekat.

    • http://www.mydafifc.blogspot.com Sarah

      Memang Happy giler..bila Mila bergelar juara AF5. tak sabar nak jumpa Mila..ada ke nanti pelajar af5 dtg Brunei? apa2pun..MILA lagu persis mutiara memang BEST!!

    • http://www.mohdismail.com mohdismail

      yahahahaha!
      akhirnya… sejarah tercipta…
      cayalah Mila :)

    • http://f41dh1.wordpress.com f41dh1

      congrats MILA!!! suka betul result AF taun nie…mmg puas hatilah…haha..

    • Pingback: myCypherHackz.Net

    • http://- has

      dah lame aku nak wish kat mila, baru ni dpt…..Mila mmg best, xkirela kt btudung @ tidak..peribadi kita dpt di lihat dari renungan mata bukan tudung. So..Mila, teruskan peribadi anda yang sopan itu…U GO GIRL….!!!!

    • http://www.friendster.com putri gemuruh

      padan muka kau emie……

    • capriconora_91

      wazzup2!!! Cayalah mila…. u rock mila… cute!

    • capriconora_91

      Gud luck…….. 2 mila… syg mila…. rindu sgt kat mila..

    • jesmi jamal

      harap jaga reputasi anak2 pp dan jadikan kerjajaya anda yang halal dan terjebak dengan tomahan yang tidak manis didegar sebagai IDOLA . harus memberi nashihat yang bernas kepada anak2 kecil yang sayang mila.
      jangan sampai nak cari poupular harus gadai diri, tak kaya pun tak pa .
      selian.
      TQ.

    • emeller emelsha..

      mila best…cayalah….

    • putri alya farsya

      i like mila..she so cute…i love u so much mila..

    • haritsd

      cayalah mila

    • efiyana…

      mmg patot mila juare…! mila so sweet…



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK