Mila Juara Wanita Pertama Akademi Fantasia!
Tahniah! Berjuta dan bermillion tahniah untuk anda dan juga Mila. Akhirnya suara majoriti telah memilih seorang juara wanita yang punya vokal yang unik dan mantap. Ya atau tidak, vokal Mila dikatakan akan menggugat nama Jaclyn Victor. Pada saya pula. anda telah memilih juara yang memiliki vokal yang lebih mantap daripada Ezlynn. Ini berdasarkan pada penilaian saya. Apa-apa pun, anda akhirnya memecahkan tradisi juara Akademi Fantasia menjadi milik wanita. Syabas Mila, anda telah memecahkan rekod penguasaan pelajar lelaki yang selama ini mendominasi gelaran juara sebanyak 4 musim. Dengan mendapat 32% undian SMS sedikit sebanyak menyakinkan saya, penonton Malaysia sudah pandai menilai bakat dan kebolehan serta kredibiliti yang harus ada pada seorang bintang. Mila bersaing rapat dengan Ebi yang mendapat 26% undian SMS, dicabar pula dengan Aswad yang akhirnya tidak berganjak dengan 21% undian SMS. Heliza pula agak kurang selesa di kedudukan ke-4 dengan 11% undian diikuti Candy ditempat terakhir dengan hanya mendapat 9% undian sahaja.
Kalau diimbas kembali, laluan perjalanan Mila… saya rasa punyalah banyak likuan harus ditempuhi. Dari mula Mila mengorak langkah dengan terselamat daripada penyingkiran kerana Zana menarik diri, kemudian Mila seperti batu permata yang hilang sinarnya sehingga mengaburi pandangan penonton. Nasib Mila memang baik kerana terus terselamat dari konsert ke konsert. Tatkala pelajar lain mendapat sokongan dengan penubuhan kelab peminat, Mila bersendirian tanpa semua itu. Di konsert awal, saya perhatikan tidak ramai yang melaungkan nama beliau. Di konsert awal juga, tidak banyak banner yang dibawa oleh penonton di Dewan Sivik. Namun, semua ini berubah. Seolah sebutir bintang telah dilahirkan pada pertengahan laluan AF. Membuatkan ramai yang sedar dan membuka mata bahawa Mila sepatutnya diberi satu ruang untuk membolot segala hadiah buat juara. Mila mendapat sokongan yang berterusan walaupun terpaksa menghadapi persaingan yang begitu sengit.
AF kali ini, ternyata pada saya sangat mendebarkan walaupun ramai dapat menjangka Mila akan menang berdasarkan pada sorakan yang bergema di Stadium Putra. Penyokong Aswad, Ebi, Heliza dan Candy tidak menyerah kalah sebelum tirai undian ditutup. Namun saya percaya, lagu Persis Mutiara dari Mila daya penarik utama konsert akhir. Dalam ke lima-lima lagu baru yang dinyanyikan, hanya lagu Mila yang sedap dan catchy di telinga saya. Sungguh sedap lagu ini dan saya menjangkakan lagu ini bakal hits dan popular di radio-radio. Tidak syak lagi, kan?
Selesai menikmati konsert yang over-run itu, saya ke majlis sidang media untuk mendengar perbualan dan isu-isu yang dibangkitkan oleh wartawan. Tidak banyak isu-isu yang panas. Soalan kepada pelajar pun tidak terlalu pedas sangat kerana media pun tahu mereka masih mengalami kejutan budaya. Saya kagum dengan gaya Mila menjawab soalan dari media. Begitu yakin dan lancar sekali Mila menyusun ayat sehingga mendapat tepukan dari media. Apa yang saya ingin katakan, pilihan anda memang tepat. Mila ada pesona seorang bintang, Mila ada aura selebriti, Mila ada tahi lalat di pipi sebagai trademark, Mila ada suara yang sedap, Mila boleh buat orang suka dengan kegenitannya, Mila boleh buat orang suka dengan kegedikannya, Mila boleh mengundang ketawa dengan keletahnya… dan Mila ada bakat seni untuk membuka satu lagi cawangan lombong emas buat astro… ops ke situ pulak. Ulasan konsert dan beberapa cerita di karnival AF akan menyusul selepas ini. Jadi stay tuned di Sensasi Selebriti.
Fakta SMS
Jumlah undian SMS AF1 – 4.5 juta
Jumlah undian SMS AF2 – 15 juta
Jumlah undian SMS AF3 – 10.7 juta
Jumlah undian SMS AF4 – 7.4 juta
Jumlah undian SMS AF5 – 6.6 juta
Technorati Tags: Mila AF5, Konsert Akhir AF5, Aswad, Ebi, Candy, Heliza, Astro, Lirik Persis Mutiara




Baca artikel lain yang berkaitan:









May 20th, 2007 at 9:00 am
Nak dengar lagu Persis Mutiara kat you tube sila ke:
http://www.youtube.com/watch?v=oO-1X8imdDw
makasih.
May 20th, 2007 at 9:08 am
yeah. mila deserve it~
May 20th, 2007 at 9:34 am
rasanya inilah kali pertama AF betul2 memilih juara yang memang patut menjadi juara dan bukannya berdasarkan populariti atau rupa
May 20th, 2007 at 9:38 am
yeay mila. u go gurl !!! mila memang hebat!
May 20th, 2007 at 11:09 am
ayyman, glad to read komen dari peminat setia Mila macam kamu deh.
headsteadi, populariti Mila lebih ada impak selepas dia keluar AF. Mungkin pengundi perempuan dah suka undi pelajar perempuan, tak macam AF musim terdahulu ek…
Dian, tunggu ya, nanti maestro katanya akan terus buat album Mila dalam masa yang terdekat.
May 20th, 2007 at 11:16 am
Memang Happy giler..bila Mila bergelar juara AF5. tak sabar nak jumpa Mila..ada ke nanti pelajar af5 dtg Brunei? apa2pun..MILA lagu persis mutiara memang BEST!!
May 20th, 2007 at 2:02 pm
yahahahaha!
akhirnya… sejarah tercipta…
cayalah Mila
May 20th, 2007 at 2:59 pm
congrats MILA!!! suka betul result AF taun nie…mmg puas hatilah…haha..
May 20th, 2007 at 4:28 pm
Mila Juara Akademi Fantasia 5…
Entri kali ini aku nak bercerita pasal dua perkara, iaitu pasal Juara Akademi Fantasia 5 dan juga pasal persaraan Aznil Haji Nawawi dalam Akademi Fantasia.
Juara Akademi Fantasia
Akademi Fantasi 5 kali ini telah memecah tradisi apabila juaranya adalah …
May 29th, 2007 at 10:09 am
dah lame aku nak wish kat mila, baru ni dpt…..Mila mmg best, xkirela kt btudung @ tidak..peribadi kita dpt di lihat dari renungan mata bukan tudung. So..Mila, teruskan peribadi anda yang sopan itu…U GO GIRL….!!!!
June 2nd, 2007 at 10:17 am
padan muka kau emie……
June 2nd, 2007 at 2:57 pm
wazzup2!!! Cayalah mila…. u rock mila… cute!
June 2nd, 2007 at 3:00 pm
Gud luck…….. 2 mila… syg mila…. rindu sgt kat mila..
June 13th, 2007 at 11:05 am
harap jaga reputasi anak2 pp dan jadikan kerjajaya anda yang halal dan terjebak dengan tomahan yang tidak manis didegar sebagai IDOLA . harus memberi nashihat yang bernas kepada anak2 kecil yang sayang mila.
jangan sampai nak cari poupular harus gadai diri, tak kaya pun tak pa .
selian.
TQ.
December 7th, 2007 at 2:45 pm
mila best…cayalah….
February 15th, 2008 at 2:57 pm
i like mila..she so cute…i love u so much mila..
July 19th, 2008 at 11:35 pm
cayalah mila