in

Mila Fun Club Anjurkan Beriadah Sambil Beramal Untuk GAZA

Marilah kita beriadah di samping beramal untuk tabung mangsa Gaza. Semua ahli kelab-kelab peminat, khususnya kelab peminat dari Akademi Fantasia dialu-alukan untuk menyertai aktiviti riadah dan amal ini. Aktiviti ini anjuran Da VOM dan dibuka kepada fan club yang lain juga. Konsep santai dan sambil itu kita menderma.

Setakat ini yang sudah bersetuju untuk menyertai acara ini ialah Saida FC, Riz Angels,Bereh, Stacy FC dan Nadia FC dan Da Vom sendiri.

Tempat : Pangsun, Ulu Langat
Tarikh : 8 Febuari 2009
Masa : 10 pagi sampai 4 petang
Kutipan : RM10 seorang untuk bayaran banner, sewa pondok dan bbq.

Konsep aktiviti ini adalah santai. Di samping bayaran RM10 seorang, peserta adalah digalakkan membawa makanan lain (ala potluck) untuk di kongsi sesama kita. Selain kita berkelah sambil mandi manda, tabung derma mangsa GAZA akan di edarkan.

Di samping kita bergembira dan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim, kita juga dapat sedikit sebanyak menyumbang dan menghulurkan bantuan semampu kita, insyaAllah.

Untuk keterangan lanjut tentang penyertaan, sila hubungi:

1) Issey –     019 – 494 – 4748

layari  http://forum.milawazzup.com\

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Ibu Fouziah Gous Pelakon Sifu & Tongga

Short Hair Style Misha Omar Photo