Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Michael Jackson Memorial Live TV Streaming



RATA-RATA hampir kesemua stesen televisyen luar negara merebut peluang untuk menyiarkan secara langsung upacara memperingati Michael Jackson. NBC, ABC, CNN, MSNBC dan E! Entertainment telah mengesahkan akan menyiarkannya secara langsung dari Staples Center, Los Angeles pada 10 pagi hari ini (Selasa). Waktu tempatan lebih kurang jam 11 malam.

NBC pada awalnya merancang untuk menyiarkan upacara tersebut selama satu jam ketika waktu perdana pada malam Selasa. Charles Gibson akan mengetuai liputan untuk ABC. Penyampai berita CBS Katie Couric akan berada di The Staples Center untuk membuat liputan walaupun stesen televisyen tersebut masih belum memberikan kata putus sama ada untuk membuat siaran langsung itu.

CNN menyaksikan populariti meningkat dengan memaparkan berita Jackson. Ia akan menayangkan upacara tersebut menerusi rangkaian utama dan HLN (dulu dikenali sebagai Headline News).

CNN International akan menyiarkan upacara itu secara langsung ke segenap pelosok dunia. Anderson Cooper, Larry King dan Don Lemon ialah penyampai berita untuk liputan CNN.

Robin Meade, A.J. Hammer dan Jane Velez-Mitchell akan memberikan laporan berita terkini menerusi saluran HLN. CNN en Espanol turut akan membuat liputan. Chris Jansing bakal melaporkan berita mutakhir secara langsung menerusi MSNBC. Fox News Channel belum mengumumkan rancangan penyiarannya.

E! Entertainment pula akan membuat liputan upacara tersebut di rangkaian televisyen dan laman webnya.

Tags: , , , , , , , ,

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Hubungan Michael Jackson Dan Pengasuh Macam Pasangan Sudah Berkahwin
  • Michael Jackson Peluk Islam
  • 6.5 juta Layari Facebook Michael Jackson
  • Michael Jackson Gay?
  • Penyakit Kulit Hanya Alasan Untuk Michel Jackson Berkulit Putih
  • Diana Ross Jadi Penama Kedua Dalam Wasiat Michael Jackson
  • Tempat Michael Jackson Dikebumikan
  • Michael Jackson’s Michael Is The #1 Selling Global Album
  • Michael Jackson dan Farah Fawcett Meninggal Dunia
  • Laporan Bedah Siasat Mayat Michael Jackson Dikeluarkan Minggu Depan



  • 4 Komen untuk entri “Michael Jackson Memorial Live TV Streaming”

    1. Ntahla.. kata:

      Upacare memperingati MJ ni dah mcm konsert la plak..siap ade nyanyi2….

    2. intan kata:

      ala orang terkenal…….biasa la….

    3. comel kata:

      masih tertanya2 apa sebenarnya agama dia
      & cara dia dikebumikan….

    4. remotecontrol kata:

      usher nangis mase habes nyanyi lagu!!!!!

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK