in

Mia Sara Nasuha Lancar Kempen Dutch Lady Milk Mug

[dropcap]K[/dropcap]etika Ramadan semakin hampir, Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) bersama-sama duta yang baru dilantik bagi Susu Untuk Membesar Dutch Lady, Mia Sara Nasuha, telah melancarkan kempen “Susu dan Sahur” dengan tujuan menggalakkan kanak-kanak untuk meminum susu sewaktu Sahur kerana ia adalah sunnah yang digalakkan sempena bulan puasa, ketika pelancaran Kempen Dutch Lady Milk Mug di MegaKidz, MidValley Megamall.

Mia sharing her views on milk drinking habits and her plans for Ramadan with Aishah Sinclair

[pullquote align=”right”]Kanak-kanak digalakkan untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan sempena bulan mulia.[/pullquote]

Dalam usaha untuk memberi inspirasi dan galakan kepada kanak-kanak di seluruh negara, Mia telah berazam untuk berpuasa penuh sepanjang 30 hari bulan Ramadan ini. Dia juga mengajak semua kanak-kanak Islam di negara ini untuk berpuasa bersama kerana amalan berpuasa pada bulan Ramadan ini dapat memberi faedah kepada masyarakat melalui azam Dutch Lady yang ingin mendermakan segelas susu kepada rumah anak yatim terpilih berdasarkan jumlah hari kanak-kanak yang berpuasa. Mia membuat azam ini bersama-sama 20 kanak-kanak lain yang berusia antara 4 hingga 10 tahun dari Rumah Amal Siraman Kasih. Rumah Amal Siraman Kasih ini terletak di Rawang dan merupakan salah satu rumah anak yatim yang dipilih untuk kempen “Susu dan Sahur”.

Anja Henze, Pengarah Pemasaran Dutch Lady Malaysia berkata:

“Bulan Ramadan adalah bulan mulia bagi umat Islam, jadi kami ingin memperkenalkan kempen yang bukan sahaja menggalakkan kanak-kanak berpuasa dan meminum susu, tetapi memberikan mereka peluang untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik. Sebagai selebriti kanak-kanak, kami yakin Mia dapat memberikan pengaruh positif kepada kanak-kanak lain dengan menyemai gaya hidup sihat seperti meminum susu, berpuasa sepanjang bulan Ramadan serta mengambil berat terhadap golongan yang kurang bernasib baik. Apabila kanak-kanak membesar dengan nutrisi yang baik dan disemai dengan nilai-nilai positif, pada masa itulah kami benar-benar membantu warga Malaysia maju ke hadapan.”

Penyertaan Kempen “Susu dan Sahur”
Untuk menyertai kempen “Susu dan Sahur”, orang ramai boleh mendapatkan kalendar “Susu dan Sahur” yang boleh diperoleh secara percuma di kedai-kedai terpilih mulai 1 Julai. Kalendar ini akan menampilkan tip-tip dan petikan inspirasi daripada Mia Sara bagi menggalakkan kanak-kanak berpuasa sepanjang bulan Ramadan. Tandakan pada kotak dalam kalendar untuk hari-hari kanak-kanak berpuasa dan hantarkan kembali kepada Dutch Lady Malaysia sebelum 17 Ogos 2013. Selain membantu kanak-kanak kurang bernasib baik, 5 pemenang bertuah juga berpeluang untuk menyambut Hari Raya bersama Mia Sara pada bulan September.

Dutch Lady Milk Mug
Susu Untuk Membesar Dutch Lady memulakan kempen “Susu dan Sahur” bersama pelancaran Milk Mug baharu mereka. Ia boleh didapati mulai 1 Julai sehingga 31 Ogos sebagai sebuah promosi di seluruh negara.

Milk Mug diperkenalkan agar kanak-kanak berasa seronok ketika menikmati susu mereka. “Di Dutch Lady, kami ingin menjadikan pengalaman meminum susu untuk membesar sebagai pengalaman yang menyeronokkan bagi kanak-kanak. Jadi, kami telah menghasilkan pelbagai siri Milk Mug menarik yang sesuai mengikut peringkat umur kanak-kanak bagi menggalakkan mereka meminum lebih banyak susu,” kata Cik Henze.

Dutch Lady Milk Mug juga boleh didapati dengan setiap pembelian pek promosi Susu Untuk Membesar Dutch Lady 123; Susu Untuk Membesar Dutch Lady 456; atau Susu Untuk Membesar Dutch Lady 6+ yang mengandungi dua pek Susu Untuk Membesar Dutch Lady 1kg.

Milk Mug ditawarkan dalam lima reka bentuk berbeza, The Bee (kuning), The Elephant (ungu) dan The Crab (merah) untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun, sementara reka bentuk yang lebih terkini bersama tali ditawarkan dalam warna biru (untuk kanak-kanak lelaki) dan merah jambu (untuk kanak-kanak perempuan), buat kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas.

Bersempena dengan pelancaran Dutch Lady Milk Mug, jenama ini turut memperkenalkan permainan video Facebook berjudul “Moo-It, Moo-It” yang dibuka pada 15 Jun. Peserta boleh menggunakan lima watak Milk Mug untuk merebut peluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM6,000.

Untuk keterangan lanjut tentang kempen “Susu dan Sahur”, Dutch Lady Milk Mug dan permainan video Facebook ‘Moo-It, Moo-It’, sila layari www.smartmoments.com atau www.facebook.com/DutchLady.SmartMoments.

Mia and children of Rumah Amal Siraman Kasih with the Susu dan Sahur calendar together with Dutch Lady team

Mia presenting the Susu dan Sahur calendar  to Rumah Amal Siraman Kasih

Children of Rumah Amal Siraman Kasih having a ball during the Milk Mug and Susu dan Sahur campaign launch

L to R - Van Tran (Marketing Manager, Dutch Lady Malaysia) and Anja Henze (Marketing Director, Dutch Lady Malaysia) at the launch of Milk Mug with Mia Sara

Mia and children of Rumah Amal Siraman Kasih enjoying their milk in the newly launched Milk Mug

Dutch Lady Milk Mug Range

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kenapa Konsert Thunder In The East Ditunda

Syura Muncul Masterchef Selebriti Malaysia Kedua