in ,

Senarai Penuh Pencalonan MET10 Awards

MET10 Awards yang akan dianjurkan pada 16 Januari depan dijadual berslangsung sekitar Kuala Lumpur dijangka bakal menggegarkan industri hiburan tanahair! Anugerah ini adalah bertujuan untuk meraikan kejayaan serta memberi pengiktirafan kepada barisan artis Malaysia yang menyanyikan lagu berbahasa Inggeris yang mengungguli carta mingguan Malaysia English Top 10 (MET10) di hitz fm sepanjang tahun 2015.

Bertemakan “Back In Time”, acara yang dijangka berlangsung selama 3 tiga jam akan membawakan barisan artis tempatan dari pelbagai generasi yang berbeza, untuk menggegarkan pentas pada malam itu nanti!

Untitled

‘MET10 AWARDS’ KINI KEMBALI: UNDI ARTIS KESAYANGAN ANDA!

Dengan kerjasama Tune Talk, MET10 Awards pada tahun ini menyaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio, Jake Abdullah dan Jason Lo selaku Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk selaku pengacara bersama bagi anugerah ini. Pertemuan Jake dan Jason dianggap sebagai perjumpaan semula bagi kedua-dua orang yang amat berpengaruh dalam industri muzik tanahair selepas kali terakhir Jason bersama hitz fm pada tahun 2007. Jake dan Jason Lo juga sebelum ini telah mengendalikan Carta Mingguan MET 10 yang keudara stiap hari Ahad bermula jam 3 petang hingga 4 petang.

“MET10 Awards telah dilancarkan hampir satu dekad yang lalu untuk meraikan arena muzik tempatan yang berbahasa Inggeris.Saya rasa amat gembira apabila anugerah ini dapat diteruskan sehingga ke tahap yang hebat seperti harini. Artis-artis seperti Yuna dan Zee Avi adalah sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi dalam muzik arena antarabangsa, manakala band pop rock Paperplane Persuit telah melayakkan lagu utama mereka tersenarai dalam Carta Billboard Top 40 “kata Jake Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio.

Untitled

“Kami juga amat teruja kerana diberi peluang untuk menganjurkan semula MET10 Awards pada tahun hadapan dan kami percaya penyokong muzik tempatan akan menghargai apa yang telah kami sediakan kepada mereka. Selain itu, saya mempunyai berita baik untuk peminat yang tidak boleh berada di sana secara fizikal. Para pendengar boleh mendengarkan secara langsung di hitz fm atau sebagai alternative lain adalah melalui aplikasi RAKU. Apa yang mereka perlu lakukan adalah memuat turun aplikasi RAKU dan boleh dengarkan lebih dari 20 stesen radio, dan dengarkan senarai artis-artis utama tempatan termasuklah Yuna, Paper Plane Pursuit, Dasha Logan dan banyak lagi, “katanya.

“Secara peribadi, saya telah menyaksikan pertumbuhan yang besar dalam industri muzik tempatan berbahasa Inggeris berbanding dengan 10 tahun yang lalu. Pada zaman inim peminat muzik lebih terbuka untuk memilih muzik kegemeran mereka. Sebilangan kecil bakat-bakat di Malaysia bahkan telah berjaya menembusi gelombang di luar negara, apabila berjaya menarik perhatian peminat di sana dengan penghasilan muzik Inggeris tempatan. Ini merupakan suatu petanda yang baik, kerana ketika ini persaingan akan menjadi lebih besar dan saya amat bersemangat untuk menantikan karya-karya muzik terkini dari artis-artis tempatan berbahasa Inggeris di Malaysia, ” kata Jason Lo, Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk.

“Muzik merupakan salah satu salah satu elemen teras untuk mewarnai Tune Talk. Dengan adanya kerjasama bersama hitz fm, anugerah sebegini akan memberikan satu penghormatan bagi pihak kami sebagai pihak penganjur yang akan menjangkakan perkara yang lebih besar selepas ini. Tanggal 16 Januari 2016 nanti, kami berharap agar ini merupakan hadiah pembukaan tahun baru dan akan memberikan sajian terbaik sepanjang 2015 kepada peminat muzik tanahair dan mengingatkan semula zaman kegemilangan muzik suatu ketika dahulu” katanya.

Untitled

Senarai Kategori MET10 Awards:

1. MET 10 BEST MALE ARTIST
2. MET 10 BEST FEMALE ARTIST
3. MET 10 BEST BAND/GROUP
4. MET 10 BEST SONG
5. MET 10 BEST LIVE PERFORMER
6. MET 10 BEST MUSIC VIDEO
7. MET 10 BREAKTHROUGH ACT
8. Hall of Famer/Artist of The Year (no nomination required)

Untuk mengundi, peminat boleh melayarai lawan web MET10Awards.com dan tarikh akhir pengundian pada 27 Disember 2015.

Antara artis yang bakal mengegarkan pentas MET 10 Awards adalah nama-nama besar seperti De Fam, Jin Hackman, Paperplane Persuit, OAG, dan semestinya Jason Lo untuk bersama-sama memeriahkan lagi malam tersebut!

Untitled

SENARAI PENCALONAN MENGIKUT KATEGORI

KATEGORI NAMA-NAMA CALON
MET 10 BEST MALE ARTIST

 

(ARTIS LELAKI TERBAIK)

BALAN KASHMIR
KARMAL
JIN HACKMAN
RESH
OJ LAW
ROSHAN JAMROCK
MET 10 BEST FEMALE ARTIST

(ARTIS WANITA TERBAIK)

EUNICE HOO
DASHA LOGAN
TALITHA TAN
FROYA
ELIZABETH TAN
 

MET 10 BEST BAND/GROUP

 

(BAND/KUMPULAN TERBAIK)

TRES EMPRE
PASTEL LITE
KYOTO PROTOCOL
DE FAM
PAPERPLANE PURSUIT
MET 10 BEST SONGS

 

(LAGU TERBAIK)

RESH <HALF THE MAN>
OJ LAW <INTROVERT>
DE FAM <#SUPERGIRLS>
JIN HACKMAN <BANANA>
PAPERPLANE PURSUIT <WHO’S GONNA STOP ME?>
ROSHAN JAMROCK <THE BOSS>
MET 10 BEST LIVE PERFORMER

 

 

(PERSEMBAHAN ‘LIVE’ TERBAIK)

PAPERPLANE PURSUIT
KYOTO PROTOCOL
JIN HACKMAN
RESH
TRES EMPRE
MET 10 BEST MUSIC VIDEO

 

(MUZIK VIDEO TERBAIK)

PAPERPLANE PURSUIT <WHO’S GONNA STOP ME?>
JIN HACKMAN <BANANA>
DE FAM <SUPERGIRLS>
OJ LAW <INTROVERT>
GOLDFISH & BLINK <SOMEWHERE NEW >
RESH <HALF THE MAN>
MET 10 BREAKTHROUGH ACT DE FAM
GTEXPERIMENT
JON LIDDEL
EUNICE HOO
ALI AIMAN
+2DB

Untitled

Untitled

About hitz fm

Broadcasting since 1997, hitz fm continues to be Malaysia’s #1 English radio station with a total of 1.2 million listeners. The station’s No.1 English Breakfast and Drive shows increased to 559k and 644 k listeners respectively. hitz fm also grew its Exclusive Audience and Average Audience to 205k and 47k respectively, while TSL (Total Spend Listening) was also up slightly to 6hours and 22 minutes.

Catering to the new generation of listeners between the ages of 10 and 29, hitz fm channels the freshest vibes daily by playing the hottest international hits from the mainstream music charts. Its winning formula year after year is its connection with its young demographic through an exceptional blend of up-to-the-minute entertainment news, fun segments and giveaways, and nothing but the latest hits.

Always on the pulse of what’s new and hip, hitz fm is the first radio station in Malaysia to embrace the use of social media and mobile apps. Keeping listeners entertained 24/7, hitz fm connects with listeners on multiple levels via a combination of radio, internet, television (Astro hitz on Channel 705) and wireless devices.

Complementing the sensational day programming is the DJ Division, with spin-doctors like Jakeman and Skeletor dropping the biggest urban club bangers and dance-floor anthems while Hardwell On Air heats up the airwaves with the fieriest EDM hits. On the weekends, the Malaysian English Top 10 (MET10) showcases the best music from the country’s homegrown talent pool. The fun doesn’t stop there, with hitz fm taking the party to its audience through social and corporate events as well as on-ground campaigns.

hitz fm all-round excellence is reflected in the numerous recognitions and awards won including 17th Annual Webby Awards 2013, Putra Brand Awards 2014 & 2015, MARKIES 2015 and Sparks Awards 2015.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selebriti Sahut Cabaran #CILIPADICHALLENGE

Coldplay Leads the U.K. Chart Crown