in

MERIAHKAN HARI RAYA AIDILFITRI ANDA BERSAMA 8TV!

MERIAHKAN HARI RAYA AIDILFITRI ANDA BERSAMA 8TV!
8TV menjanjikan yang terbaik Hari Raya ini…

Selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya kepada semua umat Islam, lebih-lebih lagi kepada semua penonton beragama Islam 8TV.  Sempena menyambut Syawal yang mulia ini, stesen TV hip 8TV tidak lupa menyajikan program-program terbaik buat muslimin dan muslimat yang tidak sabar-sabar untuk menyambut Hari Raya yang mulia ini.

Bermula dari malam Raya sehingga Hari Raya ketiga, 8TV menjanjikan hanya yang terbaik untuk penonton setia yang mana termasuklah program-program tempatan dan luar negeri dari bentuk hiburan hinggalah filem-filem menarik yang bakal mewarnai hari libur anda.

30hb September 2008, MALAM RAYA:

THE 8TV QUICKIE S.O.S (siaran langsung)
TX: 11.45pm – 12.45am

Kami memulakan sambutan Raya lebih awal sedikit tahun ini dengan 8TV Quickie! Krew Quickie akan menceriakan sambutan malam Raya dengan memenuhi permintaan pemanggil yang menelefon mereka ketika rancangan ini keudara secara langsung.

1hb Oktober 2008, HARI RAYA 1 :

2007 35th ANNUAL AMERICAN MUSIC AWARDS
TX: 12.45am – 3.30am

8TV akan menayangkan sebuah rancangan anugerah muzik  berprestij yang mengabungkan selebriti-selebriti dan artis-artis terkenal.  Jangan lupa menyaksikan salah satu majlis anugerah tahunan terbesar untuk para pecinta muzik hanya di 8TV!

8TV Quickie Brings Home Raya (balik kampung)
TX: 10.00am – 11.00am

Ini merupakan tahun keempat Quickie-Raya menyambut lebaran bersama penonton dirumah.  Namun yang menariknya tahun ini, krew Quickie akan memberikan sesuatu yang berbeza khas untuk tatapan peminat semua.  Krew Quickie keluar beraya melawat kerumah anak-anak yatim untuk beraya bersama mereka di samping membawa beberapa hadiah comel untuk dikecil.

INDIE RAYA CHARITY CONCERT
TX: 11.00am – 12.30pm

Jangan lupa janji temu anda dengan menyaksikan kumpulan-kumpulan indie berhari raya.  Mereka bukan sahaja setakat mempersembahkan beberapa lagu popular mereka juga diselitkan paparan ketika mereka singgah melawat rumah-rumah kebajikan dan anak-anak yatim…saksikan Meet Uncle Hussain, Hujan, Deja Voodoo Spells, Estranged, One Buck Short and Gerhana Ska Cinta hanya di Konsert Mini Amal Indie Raya di 8TV!

KOREAN MOVIE: LOVELY RIVALS
TX: 2.00pm – 4.00pm

Ceriakan Raya anda dengan filem Korea yang mengisahkan mengenai perhubungan cinta antara guru dan murid  yang tidak sepatutnya berlangsung di dalam  Lovely Rivals.

8 E-NEWS RAYA SPECIAL (secara langsung)
TX: 4.00pm – 5.00pm

Rancangan berbahasa Cina 8 E-News yang menampilkan pengacara kesukaan ramai Gary Yap dan Xiao Yu tidak ketinggalan untuk sama-sama memeriahkan sambutan Hari Raya yang mana judul program ini juga membawa makna kepada sambutan Hari Raya!

CHINESE MOVIE: DRY WOOD FIERCE FIRE
TX: 6.00pm – 8.00pm 

Sempena Aidilfitri ini 8TV membawakan sebuah filem Cina berjudul Dry Wood Fierce Fire yang mengisahkan mengenai Alice seorang wartawan pelatih yang ditugaskan dimeja “Wanita” dan Ryan, penolong pengarang bertugas di bahagian “Lelaki”. Mereka berkenalan apabila kedua-dua bahagian ini digabungkan menjadi sebuah naskah majalah khas untuk Lelaki dan Wanita yang diberi judul “Boku”. Alice jatuh cinta pandang pertama terhadap Ryan namun hanya bertepuk sebelah tangan apabila Ryan sebenarnya bercinta dengan ketua baru mereka yang juga merupakan idola Alice. Ryan dan Alice pertama kali bertemu dalam keadaan tegang namun lama kelamaan bertukar menjadi baik.  Alice yang gemar membantu Ryan menghias rumah.  Atas pertolongan Alice dan khidmat nasihat beliau kepada Ryan lah yang membantu Ryan mendapat  Michelle.  Namun apabila mereka memadu kasih Alice ditinggalkan keseorangan.  Secara tidak sengaja Alice tertinggal diari peribadinya di rumah Ryan. Ryan mendapat tahu  Alice sangat mencintainya.  Bagaimanakah pengakhiran cerita ini?  Saksikannya hanya di 8TV!

RAYA MOVIE SPECIAL: LORD OF THE RINGS – THE TWO TOWERS
TX: 10.0pm – 12.00am

Kesinambungan dari The Lord of The Rings: The Fellowship of The Rings, mengisahkan mengenai Frodo dan Sam meneruskan pencarian sebentuk cincin di  Mordor.  Di dalam perjalanan, mereka menemui  Gollum iaitu pemilik cincin tersebut.

2nd OCTOBER 2008 (HARI RAYA 2) :

2008 MTV ASIA AWARDS
TX: 10.00am – 12.00noon

Jangan lupa untuk menyaksikan majlis anugerah  MTV Asia Awards tahun ini yang julung-julung kalinya diadakan di Malaysia iaitu di The Arena of Stars, Genting Highlands! MTV Asia Awards dihoskan oleh penyanyi dan pelakon kegilaan ramai, Jared Leto.

RAYA MOVIE SPECIAL: TAKING 5
TX: 12.00noon – 2.00pm

Taking Five diadaptasikan dari sebuah komik yang mengisahkan mengenai pelayaran hidup dua orang rakan Devon dan Gabby yang sangat meminati kumpulan penyanyi lelaki popular 5 Leo Rise. Sebuah syarikat minuman menaja konsert mereka dan  memberi peluang kepada pelajar yang ingin menonton secara percuma hendaklah mengumpul sebanyak mungkin botol kosong minuman tersebut.  Kelucuan timbul apabila dua rakan karib ini telah mengumpul botol-botol kosong dan ingin memberikan sendiri botol-botol kosong itu kepada penyanyi kesayangan mereka.

CHINESE MOVIE: EVERY DOG HAS HIS DATE
TX: 2.00pm – 4.00pm

Mengisahkan mengenai seorang wanita berkarier, Sharon yang tinggal bersama dengan anjing kesayangannya yang bernama Man.  Di suatu kejadian kemalangan, sesuatu yang tidak disangka-sangka berlaku apabila roh Man bertukar masuk ke badan manusia dan hidup sebagai manusia. Tidak meneydari keadaan sebenar, Sharon sering menolak kehadiran Man untuk dating lebih dekat. Keadaan menyedihkan lagi apabila  Man turut membantu seseorang untuk memenangi hati Sharon. Namun akhirnya Man sedar bahawa belaiu juga turut meminati tuannya.

TAICHUNG DANCE CONCERT 2008
TX: 6.00pm – 8.00pm

2 jam tanpa henti konsert Tai Chung Dance yang berlangsung  dengan menampilkan penyanyi-penyanyi terkemuka seperti diva popular Jolin Tsai, raja tarian Asia Show Luo, kumpulan penyanyi lelaki popular Taiwan Fahrenheit, Angela Zhang, penyanyi kelahiran program reality Million Star (Xing Guang Bang) dan ramai lagi.

CHINESE MOVIE: WE ARE FAMILY
TX: 8.30pm – 10.30pm

Komedi terbaik lakonan Hacken Lee – We Are Family.  Kit lakonan Lee, seorang  pengurus muda yang mempunyai cita-cita untuk bergelar CEO syarikat.  Impiannya terlaksana apabila suatu hari ketuanya (Bey Logan) memberitahu Kit akan dinaikkan pangkat dan memberikan kiasan agar Kit perlu berkahwin untuk bergelar CEO kerana itu adalah lebih baik atau impian Kit akan tinggal cita-cita sahaja jika Kit berdegil.  Tanpa berlengah Kit telah melamar teman wanita lamanya Fong (lakonan Hu Jing), yang memberikan beberapa syarat .

Syarat-syaratnya ialah: Kit mestilah berjumpa dan memenangi hati kesemua keluarga dekat dan jauh termasuklah nenek Fong (lakonan Alan Tam yang telah disolek tebal), ayah Fong (lakonan Alan Tam yang memakai rambut palsu berwarna putih), ibu Fong (lakonan Law Koon-Lan), dan  abang paling tua Fong (lakonan Alan Tam yang ebrperut buncit). Di samping itu juga Kit perlu menemui adik lelaki bongsu Fong (Alan Tam juga), dan juga pembantu rumahnya (lakonan Joey Leung Wing-Chung menjadi wanita), serta pelbagai saudara mara di dalam linkungan keluarga Fong.  Bermacam-macam kisah lucu terjadi…saksikan hanya di 8TV.

2008 MTV MOVIE AWARDS
TX: 10.45pm – 12.45am

MTV Movie Awards adalah sebuah filem mengenai majlis anugerah yang diselenggarakan setiap tahun.  Saksikan filem dan selebriti amnakah yang bakal memenangi anugerah berrprestij tahun ini.

R-16 SPARKLING KOREAN GYEONGGI
TX: 12.15am – 3.15am

R-16 Korea Sparkling Gyeonggi 2008 adalah sebuah acara tarian mengenai pertandingan  break dance. Di terbitkan oleh Organisasi  Pelancongan Korea, acara terbaik dunia BBOY Master Championship, adalah untuk membentuk generasi muda kearah yang mempunyai cita-cita .

3rd OCTOBER 2008 (HARI RAYA 3) :

THE BRIT AWARDS 2008
TX: 11.00am – 1.00pm

Jangan lupa untuk menyaksikan acara gilang gemilang Brit awards tahun ini, yang mana industri muzik UK mengiktiraf pelopor-pelopor muzik untuk menaikkan jualan album.  Anugerah Brit Awards 2008 merupakan acara tahunan ke 28, merupakan majlis anugerah muzik terbesar di United Kingdom. Majlis ini diacarakan oleh  Osbournes dan dibimbing oleh  Fearne Cotton.
 
KAN CHEONG KITCHEN CELEBRITY SPECIAL
TX: 9.30pm – 10.00pm

Saksikan program paling Sensasi dan bakal emmbuat anda tidak kering gusi….episod istimewa Kan Cheong Kitchen. Menampilkan barisan finalis program pertandingan realiti nyanyian kelahiran 8TV, One In A Million (musim ke-2), episode istimewa ini pastinya membawa lebih erti kepada anda!

ONE IN A MILLION (SEASON 2) GRAND FINALS
TX: 12.00am – 2.00am

Tidak cukup menyaksikan acara dilang gemilang pertandingan akhir One In A Million (musim ke-2)?  Pastinya anda ingin melihat sekali lagi saat Ayu dinobtakan sebagai pemenang One In A Million (musim ke-2)? Inilah masanya! Jangan lupa saksikan program ulangan pertandingan akhir One In A Million (musim ke-2) hanya di 8TV!

Jangan ketinggalan memilih saluran 8TV di Hari Raya ini yang bakal memenuhi citarasa anda.  Kemeriahan bermula dari malam Raya (3hb September) dan bersambung sehingga Hari Raya ketiga (3hb Oktober). Berilah peluang kepada 8TV untuk menambah seri sambutan Aidilfitri anda!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nur Fazura Dibebaskan Tuduhan Mencederakan Suri Rumah

BURN NOTICE