Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Mengapa Tiga Pelajar Akademi Fantasia Ditendang Sekaligus?

Bukan setakat dua orang tersingkir, kali ini Akademi Fantasia mengambil langkah ‘berani mati’ dengan menyingkirkan seorang lagi pelajar. Double ‘F’ (Fatin & Farha) + Noni = 3 orang pelajar malang tersingkir di konsert ke-4. Tentu ramai yang tidak boleh meneka kezutan boleh berlaku pada malam tadi termasuklah Mr. Manager yang berada di sebelah saya.

Pertama kali dalam sejarah AF, 3 orang pelajar ditendang sekaligus dalam satu konsert. Sangat memedihkan bagi peminat Fatin, Farha & Noni.

Soalnya mengapa?

Tidakkah ini satu tindakan kejam dan tidak berperi kemanusiaan? Ops! Dua perkataan ini agak kasar bunyinya. Tetapi saya ingin mengingatkan diri saya dan penonton bahawa inilah Akademi Fantasia. Macam-macam benda boleh berlaku. Tertakluk pada syarat dan peraturan yang ditetapkan. Penonton perlu akur.

Adakah disebabkan oleh Aura Ebi yang kian menonjol memberikan kuasa penarik kepada ramai pengundi untuk menghulurkan SMS? Ebi kini lubuk emas utama selain Dafi, Aizat dan Heliza. Maka, tidak hairan dan tidak ada kesan pun kalau 3 orang ini disingkirkan memandangkan hasil undian untuk mereka tidaklah banyak mana pun.

Kalau melihat pada prestasi Fatin, Farha & Noni, persembahan mereka pada malam tadi hanya cukup-cukup makan sahaja. Lagu joget Joget Gila Bayang ditangan Fatin sangat sedap kedengaran di telinga saya. Manis dan tidak banyak melakukan kesilapan. Tetapi mengapa masih tidak ramai yang mengundi?

Farha pula tidak ada ‘modal’ untuk menjadikan shownya lebih ‘WOW’dan tidak memberi sesuatu keajaiban untuk lagu As Long As You Love Me. Tidak all out dan nampak tidak agresif. Attitude tidak kuat dan goyah sana dan sini.

Begitu juga dengan Noni yang mendatar, tak banyak improvisasi serta lemah dari segi pitching dalam membawa lagu Siti Nurhaliza - Pastikan. Selain dikatakan meniru gaya Siti Nurhaliza, Noni hilang arah dan fokus. Tapi, saya rasa tak seronoklah takde Noni sebab tak dapat tengok Noni menggedik dan ‘gelenya’ lagi selepas ni.. Selain Dekna, karakter ceria yang penuh warna Noni adalah penyeri utama dalam diari AF.Ternyata, kegagalan Fatin, Farha & Noni mempengaruhi jumlah undian untuk mereka. Maka, wajarlah Farha & Noni menerima hukuman ini atas persembahan mereka yang sekadar OK itu, kan?

Saya rasa kezutan pada malam ini wajar dilakukan kerana pelajar yang tersingkir seharusnya diberi hukuman buat mereka. Sekaligus memberi peringatan pada yang lain supaya bukan setakat lakukan yang terbaik malah kena faktor X & ada ‘WOW’.

Heliza terselamat dengan pecahan undian dari 2 negeri yang masih berpihak kepadanya. Ebi pula akan terus meningkat di tangga teratas bersilih ganti dengan Dafi. Aura Ebi dikatakan menyamai dengan aura Mawi. Setujukah anda? Mawi yang kini bangkit dengan lagu Angan dan Sedar rasa saya punya cerita yang berbeza. Harap peminat Ebi dan peminat Mawi tidak berbalah sesama sendiri. Apa yang saya lihat, ramai peminat Mawi mula menerima Ebi seadanya.

Manakala Aizat masih berada di kedudukan yang lebih selesa. Tapi, saya pun terkejut apabila mendapati undian untuk Aizat tidaklah sebanyak mana. Persembahan Dafi hanya cukup-cukup makan. Dekna & Mila pula terselamat kerana lagu yang mereka bawa sesuai dengan tone suara mereka.

Ketika disingkir Noni begitu ceria sekali senyum-senyum. Siap boleh bergurau dengan kawannya yang lain. Seolah Noni mendapat hadiah yang dia ingin-inginkan.

Apa kata anda dengan penyingkiran kali ini? Lontarkan komen ada di ruang komen yang berada di atas.

Nota Budiey: Petang sebelum konsert, saya telah menghadiri pelancaran Kelab Peminat Dafi di Strawberry Cafe. Foto-foto akan diletakkan di sini kemudian. Tunggu!

kredit foto: Laman rasmi Akademi Fantasia

Tags: , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Senarai Penuh 14 Nama Pelajar Akademi Fantasia 6
  • Gambar Kekasih Alif AF6
  • Akademi Fantasia 6 atau Akademi Fantasia All Stars
  • Blog Terbaru Fatin - Akademi Fantasia 5
  • Lagu Konsert Akademi Fantasia 5 - Minggu ke 9
  • Sekadar Foto-foto Tribute Pada Yang Tersingkir
  • Senarai Lagu Ujibakat Akademi Fantasia ke-6
  • Anita Sarawak Jadi Guru Persembahan Pentas Akademi Fantasia 6
  • Lagu Konsert Akhir Akademi Fantasia 5
  • Ramli MS Pengetua Akademi Fantasia Musim ke-6



  • 13 Komen untuk entri “Mengapa Tiga Pelajar Akademi Fantasia Ditendang Sekaligus?”

    1. azrie kata:

      nampak budiey dengan mrmanager semalam.hehe

      ada beberapa pelajar yang memalukan semalam.
      exspecially noni yang banyak meNYUMBANGkan suara bila sampai high note.

      dafi? biasa sangat. sangat2 biasa.

      ebi memang WOW! sengaja dia terjun depan ogy.

      latest % semalam, after concert, ebi-43% dafi-10%

      overall, penonton dah boleh nampak siapa yang all-rounder. bukan mengharap pada muka jambu semata mata.opps!

    2. klubbkidd kata:

      sebenarnya tau da pada permulaan konsert.ada yang bagitau tiga orang…hiks. kenapa tiga? sebab lebih elok empat ke lma…tapi kang takde show lak LOL!

    3. wenkt kata:

      wah wah wah.. abg budiey ni.. demo kato demo toksey gi kosert, tapi gi jugok! ishhh….

      gamba kluar tibi lagih! heheh…

      btw, promote kelab dafi yang dafi-fc.com jugak ok!

    4. wenkt kata:

      kenapa masa noni terkluar, dan masa noni salam dengan Shawal, tiada penonton bersorak?

    5. zaidi kata:

      konsrt af5 saya rasa kurang menarik kerana para peserta masih tidak faham apa kehendak peminat kerana sekarang dah masuk musim ke lima peserta patut belajar dari musim pertama sampai ke ke empat saya rasa semua perserta yang bertanding dapat menyaksikan kesilapan demi kesilapan mereka patut belajar dari kesilapan itu ini tidak perserta sering melakukan kesilapan yang sama mengenai undian yang merosot bagi perserta wanita adalah adat dari af1 sampai af5 perserta wanita sentiasa mendapat undian yang sikit kerana golongan yang menyaksikan konsert kebanyakannya golongan wanita golongan lelaki kurang jadi wanita mesti pilih lelaki yang macho dan perwatakan menarik itu pebdapat saya tq

    6. hcfoo kata:

      Banyak sangat kezutan tak seronok lagi lar. Lagipun I rasa takde transparency langsung. Suka suka tendang tiga orang pelajar keluar.

    7. ummiaiman kata:

      Pada konsert yg ke empat ari tu persembahan yang paling menghiburkan - Ebi, Aizat also not bad. yang paling hancur Rizal dan noni. Berharap sgt Ebi atau Aizat boleh jadi juara. Pada mulanya saya menaruh harapan utk melihat Heliza menjadi juara tapi lately nie persembahan dia biasa2 jer tak boleh dibanggakan kadangkala membosankan.

    8. Ann68 kata:

      Too many kejutan and too early for all that crap. Dah ilang seri la, diari lagi la ilang seri tanpa Noni…like it or not…Noni penyeri diari apart from Dekna…akademi riuh je dgn gelak tawa dan perangai yg suka makan ais tu…skrg ni rasa mual je nak tgk diari, nasib baik Ebi dan Shawal ada lagi…kalau dua2 tak de…tunggu final konsert je…tu pun nak tgk betul2 ke tidak..Frankly, yg patut keluar last week was Rizal or Aswad…compared to Farha (not yet)..Fatin…suka tgk dia…ingatkan Mila yg keluar..mmm…and of course, tak sangka Noni tersingkir (not that soon)…

    9. Izham kata:

      ramai2 sikit pun okay. at least cepat tau result daripada nak menunggu berminggu2 baru tau sape juara.

    10. EYMON kata:

      ASKUM SEMUA…LAGU NIE MEMANG BEST LA..FEEL..WAKTU SYAWAL BAWAK LAGU NIE..BEST GILER..NANTI KITE NAK MASUK AF JUGAK LAH..CEWAHH..BEST LA ABG KAER…UMMA…

    11. Yana kata:

      tak best ar cam ni..napa farha plak yg jd mangsa..pttnya ksh kuar suma pmpuan..

    12. kyrani kata:

      salam…
      utk farha if tgk msj ni…
      ikhlas…sy nk bkenalan dgn farha,just as a friend klu farha sudi..sbb sy tgk spnjng 4mggu frha dlm AF mmg attitute farha mnyenagkan sy n fmly.even rock tp mantain islamic version.leh x tinggalkan email or smthing utk brhbng …sriously mmg sy nk jdkan farha kwn baik sy…leh x? klu ader rzki kn…tq!

    13. orange kata:

      urm,tahla..nak katekan sumenye berbakat..kalau x,nape diorang blh terpilih dlm fainalis AF..think bout this la..manusia nie byk sangat pantang larangnye..wat itu salah..manusie an xde yg perfect..dieorang juz student so they all memang learn from mistake

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET