Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Mengapa Dafi Tersingkir Dari Akademi Fantasia?



Setelah penyingkiran seorang pelajar yang diluar jangkaan minggu lalu, kini Dafi yang dikatakan akan ke konsert final juga menerima nasib yang sama. Kedua-duanya adalah pelajar ‘favorite’. Kedua-duanya adalah pelajar yang seringkali menduduki berada di tanggal teratas dalam carta undian. Sekaligus merobohkan laluan Dafi untuk konsert final. Keputusan undian tidak dapat diduga. Seperti juga dengan penyingkiran minggu lalu, senario penyingkiran Dafi mendapat pelbagai reaksi. Ada yang suka dan sebaliknya ada yang sedih.

Padahal kalau nak dikira, Dafi adalah pelajar pertama yang membuat persembahan. Pengundi dan peminat Dafi mempunyai masa untuk menghantarkan undian. Kemungkinan besar pada minggu hadapan, Ebi pula akan tersingkir. Ini kerana Ebi juga dikatakan berada di kedudukan yang selesa seperti Dafi. Melihat pada graf prestasi, ternyata minggu lepas adalah minggu kemuncak bagi Dafi. Mendapat 4 lampu biru dan pujian melambung mungkin ini yang membuatkan pengundi Dafi rasa lebih selesa. Mungkin Dafi dikatakan sudah dapat mengumpulkan ramai lagi peminat untuk mengundi.

Melihat pada persembahan Dafi untuk lagu It’s Gonna Be Me, saya rasa Dafi mempunyai gaya showmanship seorang penyanyi yang hebat. Perhatikan gerakan tarian yang kemas, tepat dan tajam itu… Dafi boleh pergi jauh. Namun, dari segi vokal saya masih ragu-ragu untuk mengatakan ya pada bakat Dafi. Vokal Dafi hanya sesuai dengan lagu-lagu tertentu sahaja. Tidak semua genre lagu boleh dibawa. Kalau ada pun, pemilihan lagu perlu tepat dan sesuai. Sudah tentu, kalau nak jadi penyanyi yang lebih fleksibel dan serba boleh, Dafi harus lebih banyak belajar. Dafi masih muda. Masih punya masa untuk menimba ilmu. Pintu peluang masih terbuka untuk melayari bahtera anak seni seandainya Dafi pandai membawa diri. Dafi punya pakej yang lengkap dari segi rupa paras. Ada penampilan wajah yang comel dan cute. Digemari oleh semua yang melihat. Dafi ada gaya untuk menjadikan dirinya lebih komersial dan lebih berketrampilan dalam dunia showbiz. Dia boleh jadi duta, model iklan dan boleh menjadi selebriti yang mudah didekati. Cuma, Dafi kena tekankan lagi dari segi kebolehannya membuka suaranya untuk membawa lagu yang bernada tinggi. Itu adalah satu cabaran sebenar.

Kini tinggal lagi 3 pelajar perempuan dan 3 pelajar lelaki. Hanya tinggal satu konsert lagi untuk melangkah ke final. AF Masuk tidak akan dibuat. Itu bagus. Siapa tersingkir pada minggu hadapan? Susah nak ramal. Aswad saya kira akan ke final. Undi simpati masih berpihak kepada Aswad. Lagi pun pada minggu ini, Aswad mendapat makanannya dari resepi pilihan yang lazat. Genre rock kapak memang menjadi makanan Aswad. Cuba genre yang lain pula minggu hadapan. Nak tengok macamana seorang yang bakal juara boleh mevariasikan suaranya. Persembahan Heliza pula mengkagumkan saya. Pertama kali saya mendengar Heliza menjauhkan suaranya dari dibayangi oleh suara Datuk Siti Nurhaliza. Syabas! Permulaan yang baik. Lagu Kesal itu saya kira agak sukar pada Heliza kerana terpaksa mengerah suara sehingga menjadi serak. Lagu itu tidak semestinya diserakkan. Imej rock akan timbul dengan gaya persembahan. Vokal yang mantap adalah pelengkap utama. Candy dan Mila pula seolah-olah diberi laluan yang luas untuk ke final. Peningkatan kedua pelajar genit ini begitu ketara dari minggu ke minggu. Sekiranya mereka tersingkir minggu hadapan, ternyata peningkatan itu seolah dipersiakan begitu sahaja. Shawal pula agak sederhana persembahannya. Seingat saya, sebelum ini Shawal diberi lagu berentak yang sama. Ingat lagi dengan Izinkan Ku Pergi versi Shawal? Ya, kalau nak dinilai lagu Kaulah Segalanya memberi satu ruh pop dalam imej Shawal. Kebolehan Shawal menyuntik kelainan itu yang ingin kita lihat.

Akhir kata, Sensasi Selebriti ingin mengucapkan selamat maju jaya pada Dafi. Kepada peminat Dafi di luar sana, terima kasih kerana tidak henti-henti menyokong Dafi.

Baca ulasan Konsert AF5 lanjut di sini:

  1. Pengurus Ning… Jangan Bersedih Lagi
  2. Pakcik MMA; Antara rasa & bicara
  3. Ulasan Ringkas Ahmad Faidhi
  4. Lupa nak kasi T-shirt Heliza kat Joe Lee
  5. Ceritera Sultan pasal vokal dan showmanship

[tags]Ulasan Konsert, Akademi Fantasia, Dafi, Aswad, Candy, Mila, Shawal[/tags]

Selamat tinggal, Aznil?
Selamat tinggal, Dollah Cantek?

Tags: , , , ,

Tags: , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Alif Tersingkir Kerana Penyebaran Gambar Kekasih di Internet?
  • Akademi Fantasia 6 atau Akademi Fantasia All Stars
  • Gambar & Ulasan Konsert Tirai Akademi Fantasia 9
  • Mengapa Tiga Pelajar Akademi Fantasia Ditendang Sekaligus?
  • Gambar Dafi di Majlis Pra Tonton Apa Kata Hati
  • Gambar Dafi AF5 di Anugerah Era 07
  • Cenderehati Akademi Fantasia 5
  • Senarai Lagu Untuk Konsert Pertama Akademi Fantasia 5
  • Gambar Seksi Ebi dan Pelancaran Dafi FC Esok!
  • Sekadar Foto-foto Tribute Pada Yang Tersingkir



    • mazen

      emm… dafi dah kuar ek?

      tubuhkan boy band jer la dafi mcm pakcik mma ckp tu. bagi mazen dafi tak sesuai b’gerak secara solo klu cuma nak b’bekalkan vokal yg mcm tu. sorry to say yer.. sorry bebanyak kpd peminat dafi. he he he…

      jgn marah mazen tau. itu cuma pendapat jer.

    • http://amanz.net aman

      dgar citer aznil pun dah nak stop dari akademi.. :(

    • http://www.budiey.com Budiey

      Mazen, kalau tubuh band, mazen nak jadi pemain drum ke? Baik solo la sbb tak yah kongsi…
      Aman, Aznil dah umum semalam… dia dah tak nak jadi hos AF. Dah tua, so, dia nak kasi kat orang baru… soalnya, ada ke pengacara baru yang muda berbakat penghibur cam Aznil?

    • http://www.ahmadfaidhi.com faidhi

      ntah la .. tatau sape yg leh jadi pengganti aznil .. aznil la tonggak utama af ni .. jatuh bangun af kerna aznil … siapa yang bakal jadi pengganti aznil .. erm … jimmy shanley ??

    • http://www.f41dh1.wordpress.com f41dh1

      persembahan Dafi kurang bertenaga dan ditenggelamkan oleh pelajar2 lain..itu pasal peminat2 ter’lupa’ mengundi Dafi…

      tapi takpe, kl Dafi betul2 menghargai peminat2 yg telah mengundi tue, dia kenalah teruskan pengajian dan meningkatkan vokal…so lepas tue keluarkan album untuk peminat…coz I think dia nie serious sikit dari Amirul bila masuk AF..sebab dalam masa 8 minggu ada peningkatan..tak macam si Amirul tue..minggu ke-8 tuelah persembahan dia paling teruk…lagu Jatuh..

      pasal Aznil, lebih baik kak Mah Gali lah jadi pengacara…lagipun nama dia sudah kira sinonim dengan AF….but next yr buatlah bulan June…jangan buat time org tengah xam..waa!!…back to studies..!!

    • wiwi

      waaaaaa…ebi lak ke rase2 nyer akan tersingkirr??uhuhu..harap2 idak lah yer…..

    • http://faiznordin.blogdrive.com pakcik MMA

      budiey,
      thanks for the link. hmm. aznil dah takder. sedey. takper. mungkin rezeki dier di luar sana. :D

    • coinsss

      Rase nyer next AF xde seri lagi klau xde Aznil,coz org kenal AF sebab Aznil. Jatuh & bagun AF selama nih Aznil yg rase. waaaaa mcm xcaya.

    • http://akuminatnovel.newscrewd.com zeti

      Rase nyer next AF xde seri lagi klau xde Aznil,coz org kenal AF sebab Aznil. Jatuh & bagun AF selama nih Aznil yg rase. waaaaa mcm xcaya.

    • http://akuminatnovel.newscrewd.com zeti

      persembahan Dafi kurang bertenaga dan ditenggelamkan oleh pelajar2 lain..itu pasal peminat2 ter’lupa’ mengundi Dafi…

      tapi takpe, kl Dafi betul2 menghargai peminat2 yg telah mengundi tue, dia kenalah teruskan pengajian dan meningkatkan vokal…so lepas tue keluarkan album untuk peminat…coz I think dia nie serious sikit dari Amirul bila masuk AF..sebab dalam masa 8 minggu ada peningkatan..tak macam si Amirul tue..minggu ke-8 tuelah persembahan dia paling teruk…lagu Jatuh..

      pasal Aznil, lebih baik kak Mah Gali lah jadi pengacara…lagipun nama dia sudah kira sinonim dengan AF….but next yr buatlah bulan June…jangan buat time org tengah xam..waa!!…back to studies..!!



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK