in

Menangi RM100,000 dalam Masyuk Bersama HOT FM

MASYUK BERSAMA MENANG HAMPIR RM100,000 Di Hot FM

Salam semua pembaca budiey.com, bermula hari ini, Hot FM mengadakan peraduan Masyuk Bersama Hot FM yang memberikan peluang kepada pendengar memenangi hadiah lumayan RM100 ribu selama tiga minggu.

Berbeza dengan peraduan sebelum ini, bukan seorang tetapi dua pemenang dipilih pada satu-satu masa. Ini bermakna, dua pemanggil boleh menjadi pemenang serentak dan berkongsi wang kemenangan.

hot FM

Apa yang anda perlu buat untuk menang… Pendengar hanya perlu mendengar siaran Hot FM dan nantikan isyarat memanggil (Hot FM Masyuk Bersama) ke udara dan jadi pemanggil ke lima dan ke enam yang menembusi talian Hot FM. Kemudian mereka harus meneka tajuk-tajuk lagu dan penyanyi yang TELAH di mainkan pada jam ’Inilah Lagu Hot FM Masyuk” secara bergilir-gilir dalam masa 20 saat. Sekiranya kesemua jawapan yang diberikan tepat dan mengikut turutan, kedua mereka akan memenangi sekurang-kurangnya RM600 atau jumlah wang yang terkumpul setakat jam tersebut.

Namun jika ada kesilapan ketika meneka, maka wang tersebut akan di bawa ke sesi seterusnya. Ingat, ada hampir RM100,000 untuk di menangi oleh semua pendengar Hot FM. Terdapat juga Jam Bonus di mana pertambahan wang tunai sebanyak RM400 untuk pasangan yang berjaya. Mereka hanya perlu membeli akhbar Berita Harian.

Di Jam Bonus ini, pendengar harus menjawab satu soalan yang berkaitan dengan kolum ”Hot FM Masyuk Bersama Berita Harian”.

Layari: http://www.hotfm.com.my

Fakta Ringkas :

• Jumlah keseluruhan untuk di menangi adalah RM100,000.

• Peraduan Hot FM Masyuk Bersama adalah dari 19 Mac 2012 hingga 6 April 2012.

• Wang Tunai serendah RM600 untuk dimenangi oleh pasangan pedengar yang berjaya menembusi talian hangat Hot FM ketika isyarat memanggil (Hot FM Masyuk Bersama) keudara. (Pendengar perlu menjadi pemanggil yang ke lima dan ke enam)

• Mereka hanya perlu meneka tajuk lagu serta penyanyi lagu tersebut dengan tepat secara bergilir-gilir dalam masa 20 saat.

• Peraduan ini di jalankan secara berasingan di 3 stesen Hot FM iaitu, Hot FM Klate, Hot FM T’Ganu dan juga Hot FM

• Peraduan ini akan di jalankan sebanyak 3 kali sehari

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ujibakat Imam Muda Musim Ketiga Secara Online