Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Menangi RM100 Ribu Dalam Demam Mac KLFM



RM100 RIBU UNTUK DIMENANGI MENERUSI ‘DEMAM MAC’ DI KLFM

Stesen radio KLfm dengan slogan ‘Demam Mac’ bulan ini menawarkan pelbagai hadiah hebat menerusi kuiz-kuiz menarik yang bakal menemui anda sepanjang Mac ini. Selain kuiz-kuiz menarik, KLfm juga menghidangkan rangkaian lagu-lagu terkini hiburan seisi keluarga anda.

Kuiz Radio Hunt KLfm yang bermula dari Februari lalu dan akan berakhir pada 26 Mac 2010 menawarkan hadiah berupa Pakej Pelancongan ke Jakarta, Bandung, Bangkok, Bali serta tiket penerbangan ke Cairo, Pakej Umrah selain hadiah keseluruhan hampir mencecah nilai RM100 ribu.

Dayang Nurfaizah

Pendengar-pendengar hanya perlu mendapatkan klu-klu yang akan ke udara setiap hari melalui setiap segmen di KLfm dan membawa klu tersebut berupa barangan beserta kad kreatif ke lokasi mingguan Showcase Radio Hunt KLfm. Hadiah-hadiah hebat juga menanti kad kreatif paling menarik setiap minggu.
Bawa klu anda ke lokasi-lokasi Radio Hunt Mini Showcase KLfm seterusnya yang dijadualkan pada:

14 Mac 2010 – Kompleks PKNS, Shah Alam
20 Mac 2010 – Pentas Terbuka, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur
27 Mac 2010 – Mydin Mall, USJ Subang Jaya, Selangor

Artis-artis popular antaranya Ezwan Pilus, Dayang Nurfaizah, Jay Jay dan ramai lagi akan menghiburkan pengunjung-pengunjung yang hadir selain peserta akhir Segmen Suka-Suka Ok yang akan turut beraksi menyampaikan lagu-lagu pilihan pada mini ’showcase’ tersebut.

Segmen Suka-Suka Ok melalui penerbitnya Juliana Hussin dan Awang Suffian Awang Hussin menampilkan artis-artis popular setiap Isnin hingga Khamis dari 9.15 hingga 11.00 malam bagi membantu pendengar mencuba nasib berkaraoke selain dapat berkaraoke bersama penyanyi kegemaran mereka.

Antara artis-artis yang bakal tampil di studio KLfm bagi segmen ini antaranya Bagio Damasutra, Yantzen, Rahmat Ekamatra, Joey BPR, Nash dan kumpulan Kopratasa. Komposer-komposer seperti Rosli Selasih, Fauzi Marzuki, Siso dan Mahzan B pula adalah antara panel yang akan menilai nyanyian karaoke para peserta.

Pendengar yang ingin menyertai dan memenangi hadiah-hadiah menarik atau penggemar aktiviti berkaraoke, teruskan mendengar KLfm melalui frekuensi 97.2 fm (Lembah Klang) atau layari laman sesawang www.kl.fm atau http://blog.kl.fm untuk mendapatkan frekuensi di kawasan anda.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Konsert KLFM Alive Bakal Gegarkan Dataran Remaja, Kompleks Negara Bukit Jalil
  • ANUGERAH SEMPRIT RAYA KLFM
  • Menangi RM100,000 dalam Masyuk Bersama HOT FM
  • Lirik Lagu Demam – Candy AF5
  • Khai dan Rosma di Pertandingan Bintang Kecil 2008
  • Pelakon Drama Wulan Giovani L. Tobing & Dhini Aminarti Di Malaysia
  • Rebut RM70ribu di Peraduan Lagu Berduit Suria FM
  • RM100 Ribu Jadi Rebutan Pemenang Finalis Gah 1
  • Menangi RM Suku Juta Dalam Ketawa & Ceria Bersama Suria FM
  • @Ceriapagisuria Follow @NajibRazak



  • Satu Komen untuk entri “Menangi RM100 Ribu Dalam Demam Mac KLFM”

    1. Hamba Allah kata:

      Nak cuba la…kalau menang pasti best!

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK