in , ,

Menangi Kereta Mazda3 dalam Peraduan WHY NOT Acer

Teknologi makin berkembang. Kalau dulu, masa menuntut di universiti, bukan main susah nak beli notebook. Bukan sahaja mahal tapi tidak banyak pilihan.

Tapi sekarang, rata-rata pelajar khususnya penuntut universiti, masing-masing dah ada notebook. Sekarang ini, Budiey dapati banyak sekali notebook dijual di pasaran. Harga pula mampu dimiliki. Sebagai pengguna, sudah tentu kita akan pilih notebook yang bermutu, efisen, mudah digunakan, fleksibel tapi dalam masa yang sama harganya berpatutan. Betul tak?

Acer

Jika diperhatikan, dalam banyak-banyak jenama tu, Budiey terpikat dengan jenama Acer. Ya, masih ingat lagi, notebook pertama yang pernah Budiey beli adalah dari jenama Acer.

Terbaru, Acer dan Intel bergabung menghasilkan sebuah notebook 2+1 yang mana dikuasakan oleh Intel® processor. Salah satu produk yang menarik minat Budiey ialah Acer Aspire Switch 10 E.

Acer

Jadi, untuk memenuhi gaya hidup Budiey yang sentiasa bergerak ke sana ke mari dan perlu siapkan kerja dengan cepat, Budiey ke Plaza Low Yat untuk membeli Acer Aspire Switch 10 E. Melihat kepada ciri-ciri notebook ini, Budiey pasti ramai pelajar dan penuntut universiti atau golongan Gen Y berminat nak memilikinya.

Ada sebab Budiey berkata demikian. Salah satu sebab utama Gen Y patut memiliki Acer Aspire Switch 10 E adalah kerana mereka bijak memilih dan mempunyai idea yang cukup kreatif. Jadi mereka pastinya menjadikan Acer Aspire Switch 10 E ini sebuah gajet yang dapat memenuhi keperluan pembelajaran dan gaya hidup mereka.

Acer

Paling penting ialah jangka hayat bateri. Acer Aspire Switch 10 E boleh bertahan selama 8 jam. Memang boleh bertahan lama dan biasanya Budiey gunakan gajet ni semasa berada di event untuk menulis blog secara live update.

Tidak banyak masalah apabila guna Acer Aspire Switch 10 E ni sebab dia dikuasakan oleh Intel Atom processor 2-in-1, Windows 8.1, ada Skype serta dari segi rekabentuknya pula sangat cantik lagi fleksibel di mana kita dapat menggunakan dalam 4 cara! Ya, Acer Aspire Switch 10 E kini dah jadi trendsetter sebab boleh digunakan sebagai tab dan juga notebook.

Acer

Nah, ini dia spec Acer Aspire Switch 10 E:

• Intel® Atom™ processor Z3735F (quad-core 1.33 GHz, up to 1.83 GHz Intel® Burst Technology, 2 MB L2 cache)
• Windows 8.1 (32-bit)
• Office 365 Personal 1-year. Activation required within limited time.
• Intel® HD Graphics with 3D graphics
• 2 GB DDR3L RAM
• IPS HD 1280 x 800
• 32 GB eMMC + 500 GB with keyboard dock

RM1,399 (Price includes 6% GST)

Ada 5 keistimewaan Acer Aspire Switch 10 E:

1. Acer BluelightShield™
Fungsi ini mengurangkan rasa stress yang disebabkan oleh cahaya biru apabila kita menatap skrin notebook dalam jangka masa yang agak lama. Acer BluelightShield™ ada empat mode iaitu – low reduction (18% blue light reduction), mid/high reduction (36% blue light reduction, 54% LED backlit reduction) dan long hour mode untuk penggunaan berterusan.

2. Long 12-hour battery life
Jangka ketahanan hayat bateri selama 12 jam di mana pengguna boleh set ‘Long Hour Mode’.

3. Acer Snap Hinge™ 2
Fungsi magnetik Acer Snap Hinge™ 2 membolehkan kita menggunakan notebook ini secara fleksibel dalam pelbagai gaya mengikut keselesaan kita. Budiey dah cuba kesemua gaya. Ada empat gaya yang kita boleh pilih samada nak guna sebagai laptop, tablet, display dan tent.

4. Acer SwitchLock™
Fungsi ini membolehkan kita mengunci data yang ada dalam HDD dengan mengguna keyboard dock. Jadi, ini dapat memastikan segala data kita tidak dicuri dan dilindungi dengan lebih selamat.

5. Rekabentuk Yang Menarik
Acer Aspire Switch 10 E didatangkan dalam beberapa warna yang menawan serta mempesonakan serta rekabentuk yang dinamik. Tapi Budiey memilih warna hitam sebab ia nampak elegan, tahan lasak dan yang pastinya ia sesuai untuk lelaki maskulin.

Acer

Paling penting permukaannya tahan calar, senang untuk dibersihkan sekiranya ada kekotoran. Acer Aspire Switch 10 E tersedia dalam lima warna iaitu Moonstone White, Shark Grey, Peacock Blue, Coral Red dan Magenta Pink.

Di atas sebab tersebut, Acer telah melancarkan kempen di mana anda semua yang memiliki produk Acer dapat menyertai Peraduan WHY NOT.

Acer

Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu membeli produk yang dikuasakan oleh Intel® processor dari 15 Julai hingga 30 September 2015 dan anda layak untuk memenangi sebuah kereta Mazda3 serta banyak lagi hadiah menarik lagi fantastik seperti HD TV, kamera dan barangan Acer.

Jadi, apa tunggu lagi, kepada semua pembaca yang nak menang Mazda 3 ni, kenalah beli produk Acer sekarang.

Layari Facebook Acer untuk info lanjut: http://bit.ly/WhyNotAcer

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Festival Seni & Persembahan Melaka MAPFest 2015

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Filem KNOCK KNOCK