in

Menangi Hadiah Pelancongan Dengan My Dream Getaway Petronas

[dropcap]B[/dropcap]ila sebut pasal minat dan hobi, Budiey percaya, pasti semua orang termasuk anda-anda semua ada hobi masing-masing, kan? Kalau ditanya, Budiey tak nafikan Budiey ni jenis yang suka jalan-jalan, makan angin, travel, melancong di tempat-tempat yang menarik. Budiey pasti, anda juga suka melancong terutama ke luar Negara.

Bukan apa, memang seronok kalau dapat melihat keindahan negara orang dan kita juga boleh kenal budaya orang. Tapi kan, Budiey rasa lagi seronok kalau kita dapat melancong secara percuma.

petronas

[pullquote align=”right”]Kalau nak melancong secara percuma, sekarang ni senang je. Masuk je contest My Dream Getaway yang dianjurkan oleh Petronas. Peraduan ni dah pun bermula sejak 8 Jun lalu dan akan tamat pada 31 Ogos 2013.[/pullquote]

Budiey dengar-dengar banyak sekali hadiah-hadiah yang best-best boleh dimenangi termasuklah hadiah utama iaitu voucher perjalanan sebanyak RM35,000 di mana kita boleh menggunakan voucher ini untuk melancong ke mana sahaja destinasi yang kita mahu. Wow, seronoknya kalau dapat hadiah macam ni kan? Mahu tak seronok.

Bukan itu sahaja, pemenang utama juga akan membawa pulang kamera Nikon DSLR bernilai RM5,000 dan PETRONAS Gift Card bernilai RM3,000. OMG, bestnya!

Baru-baru ini, Budiey dijemput oleh Petronas untuk menyaksikan sendiri Majlis Penyampaian Hadiah untuk pemenang bulanan bagi Peraduan MY DREAM GETAWAY di Hotel Impiana KLCC, Kuala Lumpur. Seramai 100 orang pemenang bulanan telah diumumkan di mana mereka menerima baucer penerbangan AirAsia sebanyak RM500 setiap seorang. Wow, memang bertuah dan beruntung mereka ni.

Petronas

[dropcap]B[/dropcap]udiey difahamkan masih ada baki 915 hadiah yang perlu dimenangi dan kini sedang mencari pemenang. Termasuklah 15 hadiah utama dan 700 hadiah saguhati serta 100 hadiah bagi bulan Julai dan Ogos. Kesemuanya kalau nak dikira, hadiah yang diberikan oleh Petronas ialah sebanyak RM1.5juta! Banyak tu!

Petronas My Dream Getaway

[dropcap]P[/dropcap]eraduan ‘My Dream Getaway’ ini masih lagi berterusan dan akan tamat pada 31 Ogos 2013. Jadi, kenalah cepat-cepat join. Budiey pun tak nak bertangguh lagi.

Budiey tahu tentang peraduan ni pun sebab selalu singgah ke stesen Petronas untuk isi minyak petrol. Kalau nak tahu, Budiey adalah pelanggan setia Petronas dan selalu membeli belah di Kedai Mesra Petronas. Setiap hari memang ada isi minyak di stesen Petronas. Dari sinilah Budiey tahu tentang peraduan ni. Jadi, setiap kali shopping di Kedai Mesra Petronas, setiap kali itu jugalah Budiey join contest ni.

Jauh di sudut hati, Budiey memang melonjak-lonjak untuk menang hadiah utama. Sebab Budiey pun ada impian untuk melancong gak. Budiey dah target dah, kalau menang hadiah utama, voucher pelancongan sebanyak RM35,000 tu, Budiey nak tukar dengan pakej pelancongan ke Paris bersama keluarga. Ye lah, RM35,000 tu bukannya sikit Kak Ton, banyak tu, kan? Rasanya boleh tanggung sampai 4 orang untuk ke Paris.

Petronas My Dream Getaway

Kepada pembaca yang nak menang hadiah yang ditawarkan untuk peraduan ni, senang je. Apa yang kita perlu buat ialah dengan membeli mana-mana barangan ‘featured combo’ yang berharga serendah RM3 di Stesen Kedai Mesra PETRONAS atau membuat pembelian sekurang-kurangnya RM10 di mana-mana kedai Mesra mini di seluruh negara.

Selepas itu, anda hanya perlu pastikan belakang resit pembelian tadi dicop oleh staf atau pekerja Petronas yang bertugas, tuliskan butir-butir peribadi, kemudian jawab soalan yang mudah dan letakkan borang itu tadi ke dalam kotak peraduan yang disediakan di kedai Mesra Petronas.

Budiey hadir di majlis penyampaian ni bukannya sebagai pemenang. Tapi Budiey datang untuk melihat sendiri pemenang hadiah bulanan mendapat hadiah masing-masing. Walaupun hanya voucher penerbangan AirAsia sebanyak RM500, tapi rata-rata pemenang semuanya tersenyum simpul sampai ke telinga dah. Bersyukurlah, kata mereka… rezeki bulan puasa.

Dalam ramai-ramai pemenang bulanan tu, Budiey sempat berborak mesra dengan Tee Keong Choon yang sangat gembira dengan kemenangan itu. Kata dia,

“Saya sebenarnya tak sangka saya dipilih antara yang bertuah sebab memang ramai yang join contest ni. Sekurang-kurangnya, baucar perjalanan ni dapat membantu merealisasikan impian saya untuk melancong ke tempat yang menarik.

Budiey juga sempat bertemu dengan Suraini Mehat yang bukan main happy lagi menerima voucher penerbangan tu. Katanya:

“Pertandingan ini sangat mudah sebenarnya untuk join dan kosnya pun taklah banyak. Berbaloi sangat bila dah menang. Walaupun tak menang hadiah utama, saya pasti akan cuba lagi. Sekarang ni pun, saya tak henti-henti untuk hantar lebih banyak penyertaan. Lagi banyak borang penyertaan yang kita hantar, lagi banyak la peluang untuk kita menang!”

Pada majlis itu juga, semua pemenang yang hadir juga berpuas hati dengan layanan dari Petronas di mana mereka dapat menikmati juadah berbuka puasa yang sangat lazat di Hotel Impiana Hotel.

Petronas My Dream Getaway

Majlis ini juga Budiey rasa sangat unik sebab dia mengambil konsep travel di mana semua yang datang disambut dengan beberapa orang pramugari bertugas dan dihiburkan dengan alunan muzik gamelan. Siap ada arahan dan pesanan dari kapten kapal yang bertugas. Dari sini, semua pemenang dah makin teruja dengan hadiah yang diberikan. Tak sabar la diorang nak melancong nanti.

Selain menawarkan lima ganjaran hadiah utama iaitu baucar perjalanan sebanyak RM35, 000, hadiah wang tunai RM20,000 dan RM15,000 mata kad Mesra setiap satu, Petronas juga mahu memberikan lima ganjaran hadiah ke-2 berupa baucar perjalanan RM30,000 beserta dengan hadiah wang tunai RM15, 000 dan RM10,000 mata Kad Mesra masing-masing dan tempat ketiga pula berupa, lima orang akan memenangi voucher melancong sebanyak RM25,000 beserta dengan hadiah wang tunai RM10,000 dan RM8,000 Mesra mata setiap satu.

Bukan itu sahaja, semua 15 pemenang hadiah utama masing-masing akan membawa pulang kamera Nikon DSLR bernilai RM5,000 dan PETRONAS Gift Card bernilai RM3, 000.

Bagi memastikan lebih ramai pelanggan mendapat manfaat daripada program ganjaran, Peraduan ‘My Dream Getaway’ juga akan menawarkan 700 pemenang saguhati dengan hadiah termasuk baucar perjalanan bernilai RM1,000, Samsung kamera bernilai RM1,000, PETRONAS Hadiah Kad bernilai RM500 dan mata Mesra bernilai RM200.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai pertandingan atau mendaftar sebagai ahli kad Mesra untuk menikmati lebih keistimewaan, anda semua bolehlah masuk ke www.mymesra.com.my.

Petronas My Dream Getaway

Petronas My Dream Getaway

Petronas My Dream Getaway

Petronas My Dream Getaway

Petronas My Dream Getaway

Petronas My Dream Getaway

Petronas My Dream Getaway

Petronas My Dream Getaway

Petronas My Dream Getaway

Petronas My Dream Getaway

Petronas My Dream Getaway

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu Raya Terbaik Dalam Album Oh My Raya

Yang Tertinggal dari Iklan HTC Robert Downey JR